Asam Garam Kehidupan: Bersolek hanya untuk suami

Nuffnang

Pages

19 Apr 2014

Bersolek hanya untuk suami

Tabarruj selalunya dikaitkan dengan wanita yang suka bercantik-cantik, berhias atau bersolek ketika keluar rumah atau berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Perbuatn itu termasuk dosa dan akhlak keji yang tidak sepatutnya ada pada wanita beriman. Rasululullah SAW bersabda:

" Allah melaknat perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi telanjang. Pakaiannya terlalu tipis membayang atau kerana ketat menampakkan bentuk badan dan menggiurkan syahwat lelaki."

Memakai pakaian yang labuh dan tudung menutup kepala jika masih berbentuk memperagakan kecantikan, juga dikira bertabarruj dan tidak menepati syarat-syarat  menutup aurat dan memelihara maruah diri wanita itu. Sabda nabi lagi:

"Perempuan yang melabuhkan pakainnya, dalam keadaan berhias-hias ( atau memakai perhiasan ) adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya."

Perempuan yang memakai pakaian yang menutup auratnya sekalipun, sekiranya pakaian itu berwarna cerah dan menarik dan berhias-hias serta ia bebas bergaul dengan lelaki ajnabi, maka keadaanya tiada jauh bezanya daripada perempauan yang berpakaian tapi telanjang.

Kecantikan tubuh badan, muka, kaki, tangan dan pakaian boleh menggugat perhatian lelaki. Bak kata pepatah, ' dari mata turun ke hati'. Bayangkanlah apabila seorang lelaki telah terpaut dengan seorang wanita, berlakunya pergaulan bebas, bersekedudukan, lahirnya anak luar nikah dan buang anak berpunca dari wanita itu sendiri.

Wanita yang tidak berakhlak di dunia lagi Allah timpakan kehinaan. Di dalam kitab Uqudiljin fi Bayan Huquqil Zaujin ada dinyatakan:

" Apabila zahir pada seorang perempuan 3 perkara maka ia dinamakan 'qahbah' yakni perempuan penyanyi, perempuan fasiq atau lebih tepat lagi perempuan sundal: ( pertama ) Ia keluar rumah dengan bertabarruj, iaitu ia memperlihatkan segala perhiasan dan kecantikannya dan berjalan antara laki-laki.

( kedua ) Ia mengangkatkan suaranya sehingga didengar oleh laki-laki ajnabi. ( ketiga ) Ia mengangkatkan suaranya sehingga didengar oleh laki-laki ajnabi, walaupun ia perempaun yang soleh, kerana ia menyerupakan dirinya dengan perempuan yang fasiq."

Di antara ancaman Allah kepada mereka yang mengingkari syariat menutup aurat seperti sabda Rasulullah SAW:
" Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya itu ialah kerana dahulunya ( waktu di dunia ) ia tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki ajnabi."

" Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih ( seperti ) bertelanjang, yang memalingkan pandangan lelaki ajnabi, kepala mereka seperti ungguh unta khurasan ( sarang tebuan ) , tidak akan masuk syurga dan tidak  akan mencium baunya sekali-kali." 

Sekarang ramai perempuan memakai tudung sengaja ditambah sanggul buatan untuk menampakkan bentuk sanggul kepala, itulah yang dikatakan Rasulullah " kepala mereka seperti ungguh unta khurasan" dan ini dikira salah satu bentuk tabarruj.

Dosa bertabarruj dikira salah satu dosa berat, dirangkai sekali dengan dosa syirik, berzina, mencuri dan lain-lain, wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah bersumpah kepada Rasulullah antara lainnya tidak lagi akan bertabarruj seperti pada zaman jahiliah. Disebut dalam hadis:

" Telah datang Umaymah bintu Ruqayyah kepada Rasulullah SAW, memberi bai'ah kepadanya untuk berpegang kepada agama Islam. Maka sabda Junjungan, Kupinta dengan nama Allah bahawa engkau tidak akan mencuri dan berzina, tidak akan membunuh anakmu, tidak akan mendatangkan fitnah pesona yang direka-reka antara dua tanganmu dan dua kakimu, tidak akan meraung-raung ketika berlaku kematian seseorang dan tidak akan bertabarruj dengan tabarruj jahiliah dahulukala.
 ( hadis riwayat Ahmad dan At Thabrani )

Bagi wanita beriman, kecantikan rupa paras dan tubuh badannya dikhususkan untuk suami semata-mata. Bila berada di sisi suaminya, dia akan enghiasa diri dengan pakaian yang menyenangkan hati suami, berwangi-wangian dan berakhlak mulia. Ketika keluar rumah ( dengan izin suaminya ) dia akan menjaga maruah dan tidak membiarkan dirinya jadi tatapan atau tumpuan lelaki lain.


ihsan google


4 comments:

  1. saya pakai simple2 jer.. berbedak ala kadar & pakai gloss, tak pakai lgsung xleh gak sbb sbg penjawat awam (kena jaga imej jabatan) & perlu brhadapan ngan org ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga, imej kita sebagai muslimah kena jaga juga, jangan sampai selekeh..biar nampak kemas, bersih, sekaligus menaikkan imej wanita islam.

      Delete
  2. semoga kita tahu apa yg terbaik demi akhirat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. letakkan diri kita sesuai dengan keadaan.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign