Asam Garam Kehidupan: Ilmu dari seekor anjing

Nuffnang

Pages

5 Apr 2014

Ilmu dari seekor anjing

Suatu hari Abu Yazid sedang berjalan-jalan di suatu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti manusia" Kalau kulit aku kering terkena pakaian tuan, maka tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulitku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan air dari tujuh sungai sekalipun. Dosa batin itu payah dicuci."

Abu Yazid berkata, " Wahai anjing, kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

" Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia, sedangkan tuan dipuji oleh dunia. Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan akanan untuk setahun." jawab anjing itu.

Mendengar kata-kata anjing itu, Abu Yazid berbisik sendirian, " Kalaulah seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di 'majlisNya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil."

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign