Asam Garam Kehidupan: Kutip dedaun itu....

Nuffnang

Pages

10 Apr 2014

Kutip dedaun itu....

Ada seorang wanita tua, hidup sebatang kara. Jalannya terhincut-hincut. Kudratnya nampak tidak seberapa. Setiap pagi, dia akan berjalan ke pasar, membawa kayu api untuk dijual. Hasil jualan itulah sumber untuk menampung hidupnya.

Petang selepas habis berjualan, wanita itu akan singgah di sebuah surau tidak jauh dari pasar. Di tepi surau itu, ada pohon besar nan merimbun. Dedaunannya jatuh berguguran di dalam kawasan surau. Selesai solat, wanita itu akan mengutip satu-persatu dedaun yang gugur di halaman surau itu. Tidak ada sehelai pun yang tinggal. Setelah bersih kesemuanya, barulah wanita tua itu berjalan kaki pulang ke rumah. Tidak pernah jemu dia melakukan tugas itu berseorangan. Walaupun bajunya bermandi peluh., wajahnya dipanah terik mentari, wanita itu tidak pernah mengeluh.

Melihat keadaan itu, para jemaah lain berasa kasihan. Suatu hari jemaah di surau itu sepakat membersihkan dedaun yang gugur sebelum wanita tua itu tiba. Mereka tidak sanggup melihat wanita itu bersusah-payah mengutip dedaun itu lagi.

Seperti biasa, selepas solat wanita itu keluar untuk melakukan rutin hariannya. Namun dia terperanjat apabila melihat halaman surau itu sudah bersih. Dia menangis. Lalu wanita itu bertanya kepada jemaah di situ., mengapa daun yang gugur sudah disapu sebelum dia membersihkannya. 

" Kami sedih melihat nenek membersihkan daun-daun itu berseorangan dan mengutipnya satu-persatu. Oleh itu kami bantu membersihkannya." Jawab jemaah yang hadir.

Sambil menyeka airmata wanita tua itu menjawab, " Jika kamu kasihan denganku, maka berilah aku kesempatan untuk membersihkannya." Hairan dengan permintaan wanita itu, jemaah surau hanya menuruti sahaja. Keesokannya, wanita itu kembali melakukan rutinnya.Mengumpul semua daun yang gugur di situ. 

Salah seorang jemaah yang hairan lantas bertanya, mengapa wanita itu sedih apabila daun-daun itu dibersihkan? Mengapa dia sanggup menangis untuk mengumpulkan daun itu satu-persatu.

Bagaimana jawaban wanita itu, " Aku ini orang miskin. Tidak banyak amalan yang mampu aku lakukan. Maka setiap kali aku mengutip sehelai daun yang gugur ini, aku mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Setelah aku mati, biarlah semua daun-daun ini menjadi saksi untuk selawat ku itu."

SUMBER: MASTIKA  Novembar 2013.

Dedaun gugur apabila ia lupa berzikir kepada Tuhannya...ihsan google.

4 comments:

  1. daun tak ada tapi sampah byk le..jiran pya nor tlong sapu...harap jadi saksilah sampah tu nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, asal ada ikhlas:)

      Delete
  2. Allahuakbar, semoga apa saja yang kita lakukan yang baik dapat menjadi saksi kita di sana nanti...

    ReplyDelete
  3. jadi apa saja kebaikan yg kita buat, niatlah kerana Allah..even kutip sepuntung sisa rokok, InsyaAllah berpahala..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign