Asam Garam Kehidupan: Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah....

Nuffnang

Pages

13 Apr 2014

Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah....

Kadang-kadang walau hanya sebagai seorang cikgu tadika( pagi ) dan KAFA (petang ) saya merasa hilang arah bila berhadapan dengan bermacam kerenah nakal pelajar saya. Di dalam kelas tadika ada seorang pelajar keturunan Afghanistan bernama Abdullah, budaknya comel, tapi...hmmm, tangannya cepat, suaranya kuat, tak boleh duduk diam, MasyaAllah.....

Di KAFA pulak, nak kata nakal sangat tu taklah, cuma suka lengah, dah berkawan, leka borak, leka main sampai semuanya jadi lambat, sepatutnya kelas start pukul 3 petang, habis pukul 4.30. Tapi, hmm..tapi juga...

Saya bukan nak mengeluh, terus-terang juga, semua cabaran di atas adalah hiburan buat saya sebenarnya. Kadang-kadang anak saya tanya, kenapa ibu senyum sorang-sorang, haaaa..sebab teringatkan macam-macam perangai diorang yang mencuit hati.

Cuma nak share dengan cikgu-cikgu di luar sana, amalkan 3 surah ini setiap pagi- Yasin, Al-Mulk dan Al-Waqiah.InsyaAllah akan ada pertolongan dari Allah...
Tak sempat? banyak sangat? OK..satu lagi yang mudah, letak tapak tangan kanan di dada kiri dan baca surah Al Insyirah ( Alamnasyah )...InsyaAllah...
Saya, budak tshirt belang-belang di belakangnya itulah dia ABDULLAH, yang selalu menguji kesabaran saya....

6 comments:

  1. budak pintar tu, tanpa dia sehari suasana kt sana pasti sunyi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul sesangat, jumaat lepas dia tak datang, aman tadika tu, ha ha

      Delete
  2. lbh mudah jika dibahagikan ... yassin selepas solat maghrib . al mulk selepas solat isya' . insyirah sebelum tidur sambil berniat sesuatu . al waqiah selepas solat subuh ...

    ReplyDelete
  3. terpulang kepada diri masing2, utk memudahkan pengamalan, tapi akak Alhamdulillah boleh buat sementara dalam pjalanan ke tempat keje...niat hadiah utk arwah mak dan minta sangat Allah prmudahkan urusan hari tu.

    ReplyDelete
  4. anak saya dua org pun dah pelbagai macam ragam... ini kan pula berbelas atau berpuluh budak tadika... huhuhu moga sentiasa dipermudahkan Allah dalam mendidik mereka.. Amin...

    ReplyDelete
  5. dah biasa dah NK, dah lebih 20 tahun pengalaman dgn budak-budak, tapi memang saya perasan kalau saya tengah 'cuti' tak dapat buat amalan tu, memang lain macam sikit bebudak tu, bila diamalkan rasa sangat ada pertolongan Allah di situ.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign