Asam Garam Kehidupan: Kenduri kawin, Umar Zikri yang jujur.

Nuffnang

Pages

1 Jun 2014

Kenduri kawin, Umar Zikri yang jujur.

Sampai rumah pukul 8.30 malam..
Alamak, tak sabarnya nak update blog,  dan rindunya pada kengkawan..kzakie, knor, baby-pose, QV ( sekadar menyebut beberapa nama ).

Cuti sekolah ni sebenarnya takdelah sibuk sangat, cuma berebut komputer dengan anak-anak, tu yang tak dapat update hari-hari, tapi tab impian ku sampai esok, ermmmm..tak sabarnya, boleh update kat tab je.

Hari ni gi makan kenduri, diorang ni pangkat anak sepupu sebelah suami,
maafla..gambarnya tak cantik, snap dalam keadaan kelam-kabut,
sebab pangantin sampai kami dah nak balik, nak kejar waktu
zohor, pastu nak bawa anak2 jenjalan lagi hari ni,
dah alang-alang berjalan biar sampai ke mana yek?

Dia ni kalau kat rumah masih nak bersuap, kalau kat tadika, restoran
atau tempat kenduri camni baru nak makan sendiri. Masa nak balik
tu, kami tunggu juga pengantin sampai, mak pengantin nak
bagi lagi satu goody bag, dia membatukan diri, taknak ambil,
puaslah mak pengantin memujuk suruh amik,
kemudian dia cakap, dah dapat, ada dalam beg ibu,
saya tak perasan masa bila dia letak, mak
pengantin kagumlah juga dengan kejujuran
budak nih.



8 comments:

  1. Knor pun rindu juga...samalh berebut2 juga..tk suka bt n3 guna tap...tk puas..
    sedaplh mkn lauk knduri yew..tahniat kt anaknya yg jujur tu..setgh bdk sambar je..bkn anakya, mknya yg sambar dulu...


    ReplyDelete
    Replies
    1. he he..takpe kot tak puas sikit, asal bole update hari-hari.
      Alhamdulillah, saya berharap sgt pada Allah agar Umar Zikri kekal bersikap jujur hingga bila-bila, bukan mudah nak didik anak kan knor.

      Delete
  2. tab nanti sampai ye NA beli online ke. bestkan. jujur anak NA. rasa cutenya

    ReplyDelete
  3. minta tolong adik belikan sbb dia 'pakar' juga dengan hal-hal camni, dia kirim pakai skynet. Alhamdulillah..

    Umar Zikri ni kesayangan abg kakak, maklumla sibungsu..

    ReplyDelete
  4. Budak ni Azie perangai dia hasil didikan kita. Dah tahu membezakan mana yg betul dan salah. Bersih dan jujur dia bermakna dah tahulah bagaimana ibu-bapanya...

    ReplyDelete
  5. betul cakap kzakie tu, cuma yang risau bila dah besar, dah berkawan-kawan..MasyaAllah.. Mudah-mudahan Allah sentiasa pelihara anak-anak kita..

    ReplyDelete
  6. comelnya...moga sentiasa kekal jujur sampai dewasa ye dik :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign