Asam Garam Kehidupan: Pintu masuk syaitan.

Nuffnang

Pages

2 Jun 2014

Pintu masuk syaitan.

Sedih, ngeri juga dengan kes terbaru pembunuhan seorang anak comel yang tak berdosa yang berlaku khamis lepas, tapi walau apapun yang diandaikan, seperti saksi kenapa tak menjerit ke arah susupek, atau supaya ibubapa lebih berhati-hati tidak melepaskan anak sewenang-wenangnya, yang pasti semuanya dah berlaku akibat kelalaian manusia...cuma yang pasti anak itu sudah menjadi sekuntum bunga di syurga dan berbahagia tanpa dosa, seksa kubur atau hari hisab yang azab...

Dan kita...nasib kitalah yang belum pasti......


Cuma, yang ralatnya bila dah terjadi barulah nak fikirkan langkah pencegahan, langkah keselamatan. Tak mengapalah...moga jadi peringatan kepada semua untuk masa akan datang..

Jom kita tinjau pintu masuk syaitan ke dalam hati kita....

1.  Sifat marah dan nafsu syahwat.
2.  Sifat dengki dan rakus.
3   Cinta makan- perut kenyang dengan makanan walaupun dari makanan yang halal.
4.   Cinta perhiasan-perabut, kain baju apabila terlampau berlebihan, barang yang tidak digunakan selama 40 hari akan dihisab, pemberian orang kepada kita tidak dihisab, tapi kalau berlebihan kita kongsikanlah pula dengan yang lebih memerlukan.
5.   Sifat tamak haloba.
6.   Sifat terburu-buru atau tergesa-gesa.
7.   Sifat kedekut dan takut miskin.
8.   Sifat cinta harta- berupa wang ringgit, tanah, kenderaan mewah, rumah mewah.
9.   Sifat fanatik mazhab, taqlid buta, dengki dengan musuh dan memandang hina kepada musuh.
10. Sifat suka menyibukkan diri dengan urusan duniawi semata-mata.
11. Sifat suka menyibukkan diri dengan urusan orang lain.
12. Jahat sangka sesama muslim.

Ubat untuk menghindarkan pengaruh syaitan ke dalam diri ialah dengan mengenal bisikan syaitan, menyumbat tempat-tempat masuknya syaitan, seterusnya membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela ini.


Kalaulah kita boleh sepak syaitan camni je...

6 comments:

  1. takutnya bila baca..memang syaitan ni sentiasa cari jalan dan menyesatkan manusia. moga Allah ssentiasa lindungi kita.salam ukhuwah

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah dan salam kenal buat Sal Bee Yah, trmkasih ats kunjungan dan komennya..
    moga kita sama-sama dapat manfaatnya, In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. Itulah kerja syaitan yang sentiasa nak meyesatkan manusia ni kan Nor Azimah.. moga kita dilindungi dari syaitan yg direjam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang syaitan tu kerjanya menyesatkan kita umat manusia, jika kita terleka je, jarum tipu-helahnya pun berjalan, jom kita lawan syaitan sungguh-sungguh, trmkasih atas kunjungan dan komen CH yea.

      Delete
  4. sentiasa alert pada diri sendiri . tahu bezakan antara keperluan atau kehendak hati yg lbh kepada bisiskan syaitan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan kita sentiasa beringat dan berawas.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign