Silala lawat ke sini yea kengkawan. |
Berdebar juga dada saya ni sebab...sebab, camana nak citer ek? Sebab berkait dengan diri juga ni, aduhai, risaunya kepala otak ni, serabut memikionya.
Hai..cam besar je masalah. Ekceli kecik je. Camni..sebenarnya jiran blogger Muhammalina sebelah rumah yang saya dok tumpang pi keje ni dah naik pangkat. A'ah..jangan la buruk sangka, tak baik tau, takdela saya nak pedajal dia sebab dia naik pangkat tu, lagipun bukan saya keje kat JPN, saya cikgu tadika je tau. Cuma..kan..saya rasa mungkin saya kena berenti keje cikgu tadika tu sebab mungkin dia kena ditukar daerah ke, tukar cawangan ke..tak mungkinla saya boleh tumpang lagi sebab dah tak syariat la plak kalau saya dengan suami dia saja kan, walaupun si Muhammad tu jauhla muda dari saya.
Dah tu, berenti jelah iye dok. Hrmmm..
Saya suka bekerja di tempat keje saya sekarang, walaupun gajinya sangatla tak seberapa. Bukan duit sandarannya, money is not everything..ceh..sesekali berenggerih, haa OKje, saya pun pandai buat istilah tau, kalah 'memeyek' , hi hi..
Saya tunggu petang ni, keputusan samada Tengku Amalina ni kena pindah cawangan ke, pindah daerah ke. Pastu tu bole decide apa nak buat. Cuma saya harap Allah dengar doa saya supaya TA ni masih keje di Putra Jaya walaupun dia dah naik pangkat, so bole saya tumpang dia lagi.
Laa, janganla tanya kenapa saya tak beli kete sendiri. Tak cukup duit nanti sapa nak sambung bayar, ada lesen pun perabih duit je dok renew tapi dok simpan beku dalam purse je.
Pengangkutan awam ada tak kak? Ke kawasan tu susah pengangkutan awam? Hu hu hu... tak pun cuba akak cari tadika yang dekat-dekat...
ReplyDeleteA'ah, pengangkutan awam susah, sebab kawasan perumahan akak ni agak jauh ke dalam.
ReplyDeleteTu la, akak pun terpikir camtu. Cuma tempat keje akak sekarang ni sgtlah fleksibal, bosnya sgt spoting, akak bole buat mcm tadika tu mak bapak akak punya je, hi hi
hu hu semoga dipermudahkan...
ReplyDeleteKalau rezeki Azie di tempat sama rasanya tak kemana. Kalau tak cari aje yg lebih dekat.
ReplyDeleteRezeki mungkin tertulis ditempat lain Azie. Yg jual kuih tu macam mana? Kakak rasa Azie ni berbakat kalau buat kuih. Commersialkan jual ke restoran yg meriah mesti ramai yg suka.
kekadang keterpaksaan akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik. yang tak terfikir sebelum ini..
ReplyDeletejeng..jeng..kita lihat apa yang akan ditakdirkan Allah...
naik motor sng.. hihi.. laju jer...
ReplyDeleteSemoga Allah mendengar doa akak. Amin
ReplyDeleteSalam perkenalan kak.. Zarith follower ke #97
Ciksiti, tq atas doanya, aminn.
ReplyDeletebetul juga cakap kzakie tu, kalau ada rezeki kt situ tak kemana kan, atau apa saja yg Allah takdirkan itulah rezeki saya juga.
ReplyDeleteSaya masih buat kuih tu, hantar kat kedai Madah di JPN putra jaya tu, Alhamdulillah sangat dapat sambutan. Mungkin bole dipertimbangkan apa yg kzakie cadangkan, tq
IM, tq.
ReplyDeleteSaya dok tunggu lagi ni, rasa nak wasap je tanya, kang nampak plak saya yg lebih2, hmm..
Knor, nak bawak kete pun saya takut, bawak motor lagi la..jauh plak tu
ReplyDeleteZarith, tq sudi jadi kawan akak, akak hargai sesangat, moga kita jadi kawan selamanya yea, in shaa Allah.
ReplyDeleteKalau berdoa sungguh2 mesti Allah tunjukkan jalan tu cg Azie..inshaAllah akan selesai dengan keputusan terbaik dari cg sendiri..tindakan cikgu..
ReplyDelete