Terjumpa segmen ni kat blog cikgu rajin@etuza, jadi saya ni dah macam jadi habit plak, cikgu join saya pun nak join, mana la tau kalau Bro HH sudi nak menjengah ke sini kan siapa tau. Asalnya saya wujudkan blog ni kerana ingin meluahkan rasa rindu pada almarhumah bonda saya yang genap 3 tahun meninggalkan saya esok 29/12/2014...saya luahkan seluruh rasa rindu, sedih, kenangan bersama almarhumah bonda, rasa terkilan dalam entri-entri awal saya. Semuanya berkisar pada rasa kasih seorang anak pada ibu tercinta yang telah pergi buat selamanya. Tapi kemudian saya sedar, saya tak seharusnya terus hanyut dalam kesedihan. Walau bagaimana sedih, terkilan, rindunya saya pada pada almarhumah bonda, dia takkan kembali... jadi saya beralih menulis lebih kepada entri yang bersifat mendidik, mengajak ke arah kebaikan, ada juga berkisar pada kisah anak-anak dan kerjaya saya sebagai guru tadika. Tapi in shaa Allah rasanya saya takdela menulis perkara-perkara lagha. Dan sekarang ni, kalau bolehla saya nak Bro HH ajar saya bagaimana bole saya jana income melalui dunia blog ni. Nak juga ramai kenalan supaya dapat kongsikan lebih lagi perkara yang bermanfaat, in shaa Allah. NAMA BLOGGER: NOR AZIMAH ( saya pakai nama penuh yang keluarga saya bagi ) EMAIL: azie.shukor @gmail.com URL:http://srikandiofficialblog.blogspot.com/ |
sedih baca..teruskan niat moga blogger HH kongsikan ilmu kepada kiat semua hal menjana income di blog
ReplyDeletein shaa Allah, tq cikgu..moga Bro HH sudi pandang blog picisan saya ni, hi hi
Deletetahnia ada kemahuan untuk berjaya
ReplyDeletenak juga tahu cara dan rahsianya, mana tahu kot ada rezeki
DeleteSalam..balas kunjungan dari segmen yang sama n done follow this blog..yg pergi tetap pergi , kita yg masih diberi peluang perlu mempergunakan masa yang ada sebaik-baiknya ke jalan yag diredhainya..InsyaAllah..semoga sentiasa diberkatiNya..dari follower # 106..
ReplyDeletetq..sudi follow akak..
Deleteamin..
semoga berjaya in shaa Allah
ReplyDeletein shaa Allah
DeleteSelamat bersegmen
ReplyDeletetq UA..moga rumah UA selamat yea.
Deletebegitu rupanya..alfatihah untuk arwah bonda..
ReplyDeleteSetiap dari kita ada kisah tersendiri..
DeleteInsha allah, semoga blog kak NA boleh memberi manfaat pada orang lain dan boleh menambahkan lebih ramai kenalan
ReplyDeleteIn shaa Allah sal, tq atas doa yg ikhlas, sori akk blm sempat bls kunjung, ni pun online kt phone je, hujung thn ni sbl berhijrah tmpt keje nk settlekan dulu tadika ygnk ditinggalkan ni:-)
DeleteKasih anak dgn bonda memang tak pernah putus. Apalagi bila tadah tangan masa solat mesti teringat/terbayang wajahnya. Moga mak kita dlm peliharaan Allah..
ReplyDeleteSelamat bersegmen. HH ni blogger femes kakak malu hihi...
Saya setiap hari akan hadiahkan yasin utk arwah bonda sbb bila buat camni terasa hubungan tu tak putus, bila rindu sesangat tu, baca berulangkali rasa mcm mak ada di sisi...
DeleteTry je kzakie...manalah tau, tapi pageview dh terlebihla plak..hmmm, tapi Alhamdulillah...
Rindu nak join segmen..
ReplyDeletejomla join, banyak sgt segmen kalau betul nak join, he he
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetakziah ..untuk menghilangkan rasa kerinduan , banyakkan sedekah alfatihah dan surah yasin.. btw dari segmen yg sama.. =) http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
ReplyDeleteTerimakasih..itulah yg saya buat setiap hari
ReplyDelete