Asam Garam Kehidupan: April 2014

Nuffnang

Pages

30 Apr 2014

kisah sedih seorang nenek dan hakim yang bijaksana.

Kisah Hakim Indonesia Yang Bijaksana - Menghukum Nenek Yang Mencuri

Kisah sedih yang mengharukan...bagaimana keadilan dan hati nurani bergabung secara bijaksana - menghasilkan satu keputusan penghakiman yang sangat bernilai tinggi di sudut kemanusiaan!! Tetapi sesungguhnya di dunia hari ini, tidaklah ramai manusia seperti hakim Marzuki ini. Bacalah...

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

 
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda RP1juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2 setengah tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
 
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang RP1juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar RP50ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak RP3.5juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang RP50ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini. 

http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

Salam rabu..

Salam ukhwah salam kasih sayang buat semua teman yang berkunjung hari ni.

Alhamdulillah, terimakasih ya Allah kerana Engkau masih memberi peluang untuk hambaMu ini hidup sehari lagi, semoga dengan kesempatan yang sedikit ini hambaMu ini mampu menambah perbekalan dan memohon ampun di atas segala dosa yang telah hambaMu ini lakukan..semuanya dengan rahmat dan kasih-sayangMu jua ya Allah..

Ya Allah..jadikan aku hambaMu yang tau bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan, begitu banyaknya ya Allah..tanpa Engkau minta balasan sedikitpun, cuma Engkau minta aku tau dan sedar diriku adalah hambaMu..

Jangan tinggalkan aku Ya Allah...

29 Apr 2014

Jika isteri lebih pandai dari suami.

Camane tuh?
Isteri ada phD, suami ada diploma je, tapi dah itu jodohnya, mampu tak untuk taat, tawadhuk dan merendah diri terhadap suami?

Kenalah tanya iman di dada tu yea....

Nak jadi isteri solehah kenalah kita bersakit-sakit, membiasakan diri dengan kesusahan yang mendera tangkai hati, mengikis sifat-sifat mazmumah yang sekian lama bersarang di hati.

Selalunya kita sebagai wanita memang mengharapkan sumai lebih segala-galanya dari kita supaya suami jadi pembimbing kita, dapat mendidik dan memberi ilmu paa kita. Tiba-tiba ditakdirkan kita mendapat suami yang kurang bijaksananya. Di sinilah nampaknya kita kena bermujahadah untuk mentaati dan melayan suami.

Ketika itu kita kena ingat yang suami itu adalah pemimpin yang menguasai diri kita, walaupun dirinya kurang daripada kita., dia tetap menjadi pelindung yang patut ditaati dan dilayani. Dengar dengan baik apa yang mahu diperkatakannya, walaupun kurang tepat. Jika tersalah apa yang dikatakannya, jangan cepat membangkang. Jaga hati suami supaya dia tidak rasa diperbodohkan.

Kalau nak bagi pandangan atau idea, berilah secara berhikmah, lemah-lembut dan merendah diri. Contohnya kita cakap macam ni....

" Bagaimana pandangan abang kalau kita buat camni..."
                                         
                                          atau...

" Maafkan saya bang, abang setuju tak kalau kita buat begini..."

                                        atau....

" Cantik pandangan abang tadi kalau ditambah dengan..."

Percayalah, tak rugi memandang suami lebih pandai daripada kita walaupun hakikatnya tidak begitu. Carilah ilmu dan pengalaman dari orang lain jika suami tidak dapat memenuhinya. Kalau datang rasa tidak puasa hati terhadap suami kerana dirinya tidak seperti yang kita harapkan, kenalah bermujahadah, datangkan rasa suami itu tetap istimewa dan hebat kerana dia diistimewakan Allah. Merendah dirilah kepadanya biar bagaimanapun keadaan dirinya.
Yang penting kita hendakkan rahmat dan keredhaan Allah...


Kena banyak merendah diri jika dapat suami
yang kurang bijaksana-ihsan google.

Tips: CANTIK ahklak.

AKHLAK BAIK PADA WANITA.
1..
Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, 
ibu-bapanya, rakan-rakannya dan masyarakat iaitu:
(a) Bersopan santun dalam segala percakapan
dan tindakan terhadap suaminya.
(b) Bercakap dengan bahasa yang baik ( tidak
suka memaki hamun dan berbahasa 
kesat) terhadap anak-anak.
(c) Bersopan-santun dan beradab dengan ibu
bapanya, dan juga keluarga 
mentuanya.
(d) Beradab dengan rakan-rakan, jiran dan
masyarakat, tidak mencari kesalahan
mereka dan sentiasa memaafkan
kesalahan mereka.

2.
Tidak jahat mulut, iaitu tidak gemar mengadu-ngadu hal
kepada ibu-bapa, rakan-rakan dan jiran
mengenai keburukan suaminya.

3.
Banyak sabarnya dalam menempuh segala
kesusahan dan ujian daripada ALLAH serta dalam
mengerjakan perintah-perintahNya.

4.
Tidak berhias yang melampaui batas ketika keluar
rumah kerana dia tahu kecantikan isteri hanyalah
untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.

5.
Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh
kesusahan hidup.

6.
Tidak memaksa suami untuk memenuhi 
segala keinginannya.

7.
Memadai (redha) dengan apa-apa pemberian
suaminya samada pemberian itu
disukainya atau tidak.

8.
Tidak gemar bercakap perkara yang sia-sia.
Suka memperkatakan kebenaran
dan hal-hal kebaikan.

9.
Bila berada di rumah, dia kan menguruskan segala
keperluan suami dan anak-anak dengan
sebaik-baiknya, anak-anak dididik
dengan sebaik-baiknya dengan
adab dan akhlak mulia.

10.
Selalu berpuasa sunat, solat-solat sunat, membaca
Al Quran, berzikir dan bersedekah menjadi
amalannya yang disukai.

11.
Selalu merenung keaiban diri, seterusnya bertaubat
dan memperbaiki diri.
Sabda Rasulullah SAW:
" Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu,
puasa di bula Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, maka masuklah
dari mana-mana pintu syurga
yang ia kehendaki."
( Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani
dan Anas bin Malik )

***** Alhamdulillah, berjaya juga dengan izin Allah, aku melawan mata yang mengantuk dan badan yang letih pagi ni, kalau tiada rahmat dan kasih-sayang Allah rasanya aku dah tumbang 
dalam usahaku untuk menjadi seorang isteri yang baik ( belum mampu jadi solehah ),
syukurku padaMu ya Allah, jangan pernah Kau biarkan aku lalai, pimpinlah 
hambaMu ini selalu*****
ihsan google.


28 Apr 2014

Salam Isnin.

Salam hari isnin.

Takde apa sebenarnya..takleh nak tulis panjang, tengah bersiap nak ke tempat kerja.

Semoga sahabat ukhwah dan sesiapa saja yang sudi singgah dan tersinggah di sini sentiasa mendapat rahmat dan kasih-sayang Allah.

Apalagi lagi yang mampu kita harapkan sebagai hamba yang serba lemah..selain mengharapkan keredhaanNya....

27 Apr 2014

Kisah seram di petronas Jalan Subang Airport.



Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb.

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku cuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul…

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.
Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang 
http://penpatah.blogspot.com/2014/04/kisah-seram-di-petronas-jalan-subang.html

Nilai Kecantikan

Nilaian kecantikan pada diri seseorang bukanlah pada rupa yang memikat,
gaya yang menawan dan senyuman yang menarik.
Kecantikan akan terserlah apabila seseorang itu
berahklak mulia, mempunyai
keperibadian yang tinggi.

kecantikan seorang isteri terserlah apabila dia menjadi
isteri yang solehah. Kecantikan seorang anak
ialah apabila mampu menjadi
anak yang baik dan membahagiakan
hati orang tuanya. Kecantikan
seorang pemimpin ialah
apabila dia mampu menjadi
pemimpin yang bertanggungjawab
dan adil.
Begitu jugalah kepada individu-individu yang lain,
kecantikannya dinilai pada akhlak dan kehalusan budinya
kepada ALLAH dan manusia.


Di sini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ahlan wa sahlan buat teman ukhwah saya yang
terbaru- saudari Shaliza dari http://sazlishaliza.blogspot.com/ dan http://hijrahkukeranamu.blogspot.com/
semoga kita bersama mendapat manfaat dan jalinan ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga, aminn.

26 Apr 2014

Kenapa jadi macam tu?

Semalam anak murid KAFA saya bawak balik cerita yang tak sepatutnya dilihat oleh mereka. Saya musykil sangat macamana perkara macam ni boleh berlaku.

Macam ni, mereka belajar di salah sebah sekolah kebangsaan di PR16 Putrajaya. Mereka ni pelajar darjah 3, maknanya baru berumur 9 tahun. Mereka diminta oleh cikgu ke makmal komputer dan buka komputer sendiri. Tengah dok cari bahan-bahan yang dikehendaki tu, terkeluar video lucah yang memang tak sepatutnya mereka saksikan. Sempatlah mereka sekumpulan dalam 6 ke 7 orang pelajar 'tertengok' video tu. Lepas diberitau barulah cikgu mereka delete video tu.

Mereka balik cerita kat saya dengan gaya-gaya mukanya sekali. MasyaAllah...saya tak terkata apa dah. Saya nak jumpa parents mereka ceritakan hal ni. Pada saya sepatutnya cikgu kena pantau sentiasa bahan yang ada dalam komputer tu. Itu komputer sekolah, untuk kegunaan anak-anak sekolah, tak sepatutnya benda camni berlaku. Bayangkan budak-budak tu baru 9 tahun, hati dan jiwa mereka masih bersih, kalau dah tengok benda-benda kotor camtu, rosaklah mereka. Tu yang berlaku budak sekolah umur 12 ke 13 tahun dah pandai buat maksiat. Rosaklah generasi muda Islam, dan sememangnya itu yang Yahudi mahukan.

mujahid muda yang syahid di Syria

Abu Khurayra Al-Kazakh merupakan seorang mujahid muda yang berusia 19 tahun berasal dari Kazakhstan. Beliau berjihad melawan rejim Nushairiyah di Suriah bersama kumpulan Jaish Al-Muhajirin wal Anshar.

Berita syahidnya Abu Khurayra datang bersama dengan khabar sedih syahidnya dua lagi Mujahidin lain yang berasal dari Tajikistan dan Dagestan, mereka dilaporkan gugur ketika melancarkan jihad di Syria. Menurut Akhbar Sham, sebuah laman web berbahasa Rusia yang menyokong Jaish Al-Muhajirin wal Ansar, satu kelompok mujahidin asing yang dipimpin oleh komandan dari Kaukasus (Russia).

Akhbar Sham melaporkan bahawa Abu Khurayra Al-Kazakh, Abu Ahmad Al-Tajik, dan Ismail Al-Dagestan telah gugur syahid di Syria, Ketiganya dikabarkan berjuang bersama Jaish Muhajirin wal Anshar, Abu Ahmad Al-Tajik bertempur di Brigade Imarah Kaukasus. Al-fatehah
Sejak hari pertama berjihad, dia sudah terlihat [nyaman] seperti berada di rumah sendiri di tengah-tengah kelompok jihadnya.
Dia merupakan salah seorang dari mujahidin yang, selain masih muda, 
juga memiliki karisma.

Melihat perilakunya dan mendengarkan dia berbicara, sepertinya sukar bagi kita untuk membayangkan bahawa kita mungkin akan berdebat dengan dia. Ceria, cerdas, dia dengan senang hati bergabung dalam percakapan rakan mujahidinnya, dalam diskusi-diskusi, tapi tetap lembut dan santun, tanpa melelahkan dirinya sendiri atau [menyakiti hati] teman-temannya.

Dia hampir tidak menceritakan apa-apa tentang dirinya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh majoriti Mujahidin lainnya.
Salah seorang mujahid yang lebih senior sempat mengusiknya:

“Anak padang rumput Kazakh, mari kita cuba teka namamu. Kau mau aku menyebut tiga nama untuk meneka namamu? Apakah kau Zhumabay? Bukan? Baiklah, itu berarti kau adalah Tuligen atau Serik.”

“Bukan,” jawabnya sambil tersenyum. “Namaku Abu Khurayra.”

Itu saja yang mampu diketahui tentang dia. Satu perjalanan hidup yang cukup singkat, namun mujahid muda ini meninggalkan jejak yang begitu benderang di hati rakan-rakan seperjuangannya, selamanya.




Wahai Jiwa Yang Merdeka [ أيها الأحرار ]

 أّيهَا الأحرَارُ سيروا للخُلُود .. واعْبُرُوا جِسرَ المَنَايَا واللُّحُود 
Wahai jiwa yang merdeka, teruskan perjalanan yang abadi… (menjemput Syahid) 
Dan lintasilah jembatan kematian dan liang lahat.
.
 إنَّمَا تُدرَكُ بالمَوتِ العُلا .. وكَذَا الأمجَادُ بالسِيْفِ تَعُود 
Sesungguhnya ketinggian derajat itu diraih dengan kematian.. (syahid) Dan begitu juga kemuliaan, akan kembali dengan pedang (jihad) 

لاَحَتِ الجنّاتُ مِن خَلفِ العِدَى .. فاعْبُرُوا الأَهوَال للمِجدِ التَلِيد 
Surga Allah sedang bersinar di belakang para musuh.. Maka lintasilah rintangan (musuh) itu menuju kemuliaan yang agung

 لا تهابوا زمرةَ اللِّيْلِ فَمَن .. يَعتَصِم بالله حتمًا سَيَسُود 
Jangan takut kegelapan malam, maka barangsiapa berpegang teguh dijalan Allah (akan janji dan syariatNya) sudah pasti akan menang

 موعِدُ الحَسِمِ أتَى فلتُقدِمُوا .. لَقِّنُوا البَاغِين درسًا فِي الصُمُود 
Waktu perjuangan telah tiba maka majulah ke depan.. Berilah musuh-musuh yang ingkar itu satu pelajaran, tentang ketabahanmu

 واقْلَعُوا الأَشْوَاكَ مِن جَنَّاتِهَا .. وازْرَعُوهَا مِن جَدِيدٍ بالوُرُود 
Dan cabutlah duri-duri itu dari tanahnya (tamannya)…. Dan tanamkanlah kembali di tempat itu dengan mawar-mawar (yang harum). Semoga Allah S.W.T menempatkan kamu Abu Khurayra di tempat para syuhada yang lain, gembiralah kamu disana....insyaallah. Al Fatehah. 


sumber http://www.arrahmah.com/news/2014/04/05/abu-khurayra-al-kazakh-mujahid-muda-asal-kazakhstan-yang-gugur-di-suriah.html -

24 Apr 2014

Selipar dan kasut.

Dari sejak zaman remaja, saya tak dibiasakan ada banyak kasut. Tambahan pula mak pun bukan orang berduit. Saya pernah tinggal dengan mak saudara di Batu Pahat selama 3 tahun, anaknya cuma 2 orang, jadi dia nak tolong supaya saya boleh belajar dengan sempurna. Masa tinggal dengan mak sedara tu pun, saya hanya ada selipar rumah, kasut sekolah dan sepasang kasut jalan yang dibelikan menjelang hari raya.

Sedih juga la masa tu, yela..remaja la katakan, teringin juga nak ada beberapa pasang kasut untuk bergaya sesuai dengan keadaan, tapi ..tak berduit, mampu tengok, mampu berangan jelah.

Pastu bila dah mula bekerja, ( cikgu tadika dari dolu-dolu ), gaji cikgu tadika berapalah sangat, pun tak boleh meralisasikan angan-angan nak berkasut banyak. Then..dah jadi terbiasa dengan sandal atau selipar yang cuma ada sedikit tumit. Ada juga beli kasut bertumit, saya cuma mampu pakai sekali dua, rasa tak selesa, jadi kasut tu terbiar tak dipakai. Dah jadi membazir, cuma masa tu takdelah akal tu terjangkau pasal membazir, hisab akhirat ke..

Bila dah tua-tua camni ( sedar pun diri dah tua, amalan tak seberapa , hua, hua ),  dah terbiasa dari kecik, alam sekolah, alam remaja..cuma ada sepasang selipar dalam hidup ( mbik kau, dalam hidup tuh, maksud saya untuk suatu tempoh masa, hi hi ) saya dah jadi tak kesah dah, sepasang selipar tulah saya lanyak ke pasar, ke tempat keje, jalan-jalan, balik rumah mak mentua, ke rumah terbuka datuk Zahid Hamidi ( oitttt...apa crita tetiba masuk nama DZH ni, sasepen jer ye, DZH tu pak sedara biras, jadi masa raya tahun lepas pi rumah terbuka dia, orang lain bergaya dengan macam-macam kasut merelit-relit, saya bantai selipar jer ). 

Pasal tetiba cerita pasal kasut nih, entah le..

Takde..sebenarnya masa lepak-lepak tunggu kawan kat stesen bas, saya tengok ramai sangat yang berselipar, tapi selipar cantikla..
Dari atas, tudung cantik, baju cantik, handbag cantik, tetiba kaki kat bawah pakai selipar. Then saya terpikir-pikir, mesti dalam pejabat ada kasut cantik, selipar tu pakai nak gi kantin ke, toilet ke, sebab selipar SELESA..


......selesa.....selesa...selesa....

Kita hari ni selalu lupa bersyukur dengan segala macam nikmat yang ada, kita selesa dengan apa yang kita ada, kereta, rumah, anak-anak, suami, isteri, segalanya telah kita miliki dengan izinNya, cuma dek kerana kita dah SELESA, kita tak menyedarinya. Macam pakai selipar tu, mudah dimiliki, kalau hilang murah je nak beli lagi, kita rasa mampu dapat dengan usaha kita, padahal kalau tanpa izinNya, nak gerakkan sebatang jari pun tak berdaya....


sepasang selipar, selesa...

22 Apr 2014

8 jenis fesyen tudung, awas la para muslimah, tudung adalah syariat...

Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Bukit

Awek tudung baju pink
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.



2. Tudung Nasi Lemak

Awek tak cukup kain
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.





3. Tudung Sarung Nangka

Awek tudung singkat
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…




4. Tudung Alien

Tudung awek ketat
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.


Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]




5. Tudung Papa Kedana

Awek sekolah baju ketat






Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…




6. Tudung Siput

Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…




7. Tudung Retis

Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.




8. Tudung Muslimah


Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)


Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

http://penpatah.blogspot.com/

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign