Asam Garam Kehidupan: Jom buat pulut lepa.

Nuffnang

Pages

10 Jul 2016

Jom buat pulut lepa.

Pulut lepa( sebut pulut lepe ye), orang key ell panggil pulut panggang. Ni pun terbaikkk air tangan makcik saya.
Ni pokok pisang gala( sila sebut gale yea)
Hanya daun pokok pisang gala ni yang
boleh diguna untuk balut pulut lepa Terengganu
 sebab rasa dan baunya tak melekat pada
pulut bila pulut tu dipanggang. Buah pisang
gala ni banyak sangat bijinya, jadi hanya sesuai
diambil untuk buat acar masa buahnya masih
kecik. Pokok pisang ni dah lama tumbuh depan rumah.
Sila abaikan toto dan kusyen tu ek.Hihi.
Ni plak pulut kampung. Pulut susu boleh juga, tapi
agak lembik. Pulut ni dikukus dua kali, kali pertama kukus biasa. Bila pulut agak kembang
keluarkan dari kukusan, campur dengan santan pekat dan garam, kukus kali kedua. Dah masak bolehla disejukkan. Oye, pulutnya kena rendam semalaman ye.
Ni plak rupanya setelah digulung
menggunakan tikar getah, tu yang
dalam besen kat atas tu, tapi tikar getah
yang bersih tau, makcik saya siap simpan
elok-elok selepas guna.
Ni plak proses membalut
gunakan daun pisang gala tadi.
Kena balut ketat-ketat supaya tak
pecah bila dipanggang nanti.
Nilah rupa pulut yang siap dibalut dan disemat lidi. Dan siap untuk dibakar.
Ok, saya nak ajar buat intinya pula. Biasa makcik saya guna isi ikan selayang atau ikan sardin orang key ell panggil, sebab isinya manis. Ikan direbus dan diambil isinya, campurkan dengan santan, bawang merah yang ditumbuk kasar, halia yang dipotong dan sedikit halba. Jangan lupa garam. Masak hingga kering. Inti ni diisi masa proses menggulung yang gunakan tikar getah tadi. Kalo kat tempat lain biasa gunakan inti kelapa dengan udang kering, tapi di Terengganu hanya gunakan inti ikan. Pulut lepa ni memang sajian mabeles di pagi raya kat tempat kami.

11 comments:

  1. Fuh feveret saya ni... ada resepi ke? hehe.. nak try buat juga la..

    Blogwalking sini, jom share apakah penglaaman anda tentang :-

    Pengalaman Beli Telefon Baru article..

    ReplyDelete
  2. baru tahu pulut lepa tu pulut panggang..irda suka pulut kak..suka sangat kalau dpt makan dengan durian...pulut panggang ni leceh jugak buatnya ye...hehe irda makan je pandailah...rajin dan gigih orang yang buat pulut panggang ni....kalau umah akak dekat dah terjah ni nak makan pulut panggang..hehe:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya pulut panggang, saya suka nih kak,nak pulak kalau panggang sampai terhangit daun pisangnya tu...hahaha nikmat sangat baunya

    ReplyDelete
  4. sedapnya ni, saya suka especially kalau inti ikan

    ReplyDelete
  5. Adoiiii lama sungguh x makan pulut lepe...aloo pantang setahun pulut ni

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba lagi kak...


    pandangan pertama pada barang atas kereta tu hehehe

    ReplyDelete
  7. sedaknyeeee...pulut lepe ni memg sha suka..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,
    ambo guna sambal daging (serunding) sebagai inti...fuhhhhh nyangkut molekkkk

    ReplyDelete
  9. Aku lum komen ek mak? Rasa mcm dah baca....
    Aku kurang suka kalau pulut panggang ni mak sebenarnya. Tp kalau makan panas panas sedap jugak ek. Kan aku dah ckp dlm tak suka tak suka tu aku sebat jer semua makanan mak

    ReplyDelete
  10. sedap nyer pulut panggang.
    aida x pernah buat la. x pandai la :)
    tukang makan ajer...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign