Asam Garam Kehidupan: Kasih Sayang itu..

Nuffnang

Pages

18 Jul 2016

Kasih Sayang itu..

Aidil Fitri disambut hanya sehari, esoknya jika kita mampu sudah boleh mengerjakan puasa sunat selama 6 hari di dalam bulan syawal. Tapi sudah semakin menjadi tradisi kita, syawal disambut selama sebulan. Kita ambil peluang ziarah menziarahi sesama sahabat, saudara-mara yang jarang dapat kita buat di bulan-bulan yang lain. In shaa Allah...kita niatkan untuk mencari keredhaan Allah merapatkan ukhwah dan mengeratkan kasih-sayang sesama kita.

Kasih-sayang itu suatu tuntutan
Kasih-sayang itu pembelaan
Ia merapat dan mengukuhkan
Membuang segala jenis perbezaan.
Kasih-sayang itu kebajikan
Ia mengundang keredhaan Allah.

Dari hadis Qudsi.
Berfirman Allah Taala kepada rahim ( belas kasihan ) : Aku menciptakanmu daripada kekuasaanKu dan Kuambil nama itu dari namaKu, dan telah Kudekatkan tempatmu di sisiKu. Demi kemuliaanKu dan keagunganKu , akan Aku perhubungkan sesiapa yang menghubungimu dan Aku putuskan pula sesiapa yang memutuskanmu  ( memutuskan kasih-sayang), dan Aku tidak redha terhadapnya hingga engkau meredhainya.
( Ibnu Abbas riwayat Hakim).
Bersama dua orang sepupu, sejak kecil hingga sekarang dah masuk umur 40-an memasing, baru
dua kali berjumpa, Alhamdulillah jalinan ukhwah melalui group wasap.

14 comments:

  1. Boleh aje ziarah ketika berpuasa. Macam kakak ni jalan dgn anak dan anak buah biarlah mereka yg makan kakak dgn abang memang dah biasa dari dulu tak ada rasa apa dah Azi... cepat puasa cepat settle.

    Kadang kalau jauh tu yg susah nak jumpa walaupun sepupu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan kan, sementara srmangat ramadhan masih ada sesikit ni, kita settlekan cepat puasa 6 tu, nak jalan pun apa salahnya kan, org pun faham, takleh jadi alasan sbb pose takmo jalan ke rumah sesedara kan

      Delete
    2. Tulah kan kan, sementara srmangat ramadhan masih ada sesikit ni, kita settlekan cepat puasa 6 tu, nak jalan pun apa salahnya kan, org pun faham, takleh jadi alasan sbb pose takmo jalan ke rumah sesedara kan

      Delete
  2. alhamdulillah.. marilah berkasih sayang di Ipoh pulok kak Nor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umak aii, jauh beno nak ke ipoh CikSiti oii, kita saling menyape kat sinilah yea, hihi

      Delete
  3. eratkan silaturahim dgn saling kunjung mengunjungi sempena lebaran tanpa alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, kita ambil berkat syawal, eratkan silaturahim.

      Delete
    2. Ya kak, kita ambil berkat syawal, eratkan silaturahim.

      Delete
  4. mesti jauh tinggalnya sepupu itu ye kak. dah 40-an baru dua kali jer berjumpa. mujur juga ada teknologi canggih mcm skrg ni, bolehlah ikatkan kembali silaturrahim drpd terputus terus.

    oh! inilah mak garam yg selalu disebut2 mak tu yer. salam kenal kak.
    selamat hari raya utk akak sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh pun, kat Semenyih juga, tapi dah terpisah dari kecik, mak pak memasing bwk diri memantapkan ekonomi, hhihi.
      Jumpa blk thn lepas, jumpa masa kecik ada yg masih berhingus, sekarang memasing dah tua, huhu..

      Salam kenal juga KB,
      Entohla mak tu, nyakat aje kojenya, kan mak😉
      Selamat hari raya juga buat KB sekeluarga.

      Delete
  5. dalam kesibukan hari ini,kasih sayang tetap dihati.kadang-kadang kita sibuk,bila kita ingat orang tersayang pasti kita akn tenang sekejap mengejar dunia...dn kecanggihan teknologi skrg,aplikasi wassap menghubungkan yang jauh dan dekat dan bertanya khabar dan update perkembangan terkini kan kak..:)

    ReplyDelete
  6. aidilfitri sinonim dgn sillaturahim.
    wajib la kita ziarah-menziarahi.
    moga hubungan yg jauh tu terasa dekat.
    yg busuk tu wangi kembali...

    ReplyDelete
  7. Ada bagusnya wa nikan mak...Dapat mendekatkan mana yg jauh.

    ReplyDelete
  8. Ada bagusnya wa nikan mak...Dapat mendekatkan mana yg jauh.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign