Asam Garam Kehidupan: Petua kepada yang sakit lutut macam ai.

Nuffnang

Pages

14 Feb 2017

Petua kepada yang sakit lutut macam ai.

Bila dah meningkat usia, macam-macam penyakit datang. Lumrah tu kan, dah sekian lama sihat, tibalah masa sakit. Dah sekian lama muda, akan datang masa tua, dah tua makin kerepot pulak tu, dah tu sakit lututlah, sakit betislah, sakit pingganglah, pendek kata macam rojaklah, longgar lohe sana-sini. So...yang muda dan cantik tu, jangan sombong, jangan ingat ekau tu manjang mudo yo, akan sampai masa ekau pun tuo cam den.

Den ni kalau naik tangga memang dah terasa sakit lutut, ada bunyi lagi tu, berderup-derup kau. Ada orang kata rajin-rajin makan sup kaki ayam, cam mak mentuo den suka bona makan sup kaki ayam, tapi den minta mahapla, tak lalu..

Ada dapat satu petua dari sorang ustaz dalam rancangan tanyalah ustaz tv9. Baca ayat dari surah As- syuara.

واذا بطشتم بطشتم جبارين.

Baca tiga kali sambil gosok-gosok tempat yang sakit, lepas tu tepuk-tepuk 3 kali. Kalau sakit lutut buat kat lutut, sakit kat pinggang, sakit kat betis, sama je caranya.

Amalkan dengan yakin, in shaa Allah,...sambil tu kalo ada bajet lebih boleh gak ambil apa-apa supplement cam shaklee kolegen powder ke,...apa? Takde bajet? Kot takdo amalkan jelah ayat kat atas tu.
Aku juga bakal tua seperti ini. Moga hari tuaku tidak sampai menyusahkan sesiapa.....

8 comments:

  1. Kakak ada videonya Azi.
    Nanti kakak whatsapp kat Azi

    ReplyDelete
  2. ramai orang sakit lutut sebab memang dari dulu kita tak amal makan cukup kalsium. skrg ni pun belum terlambat utk ambil kalsium supaya senang beribadah

    ReplyDelete
  3. samalah saya kak kadang2 sakit lutut juga, mujur rumah sekarang setingkat je, tak perlu naik tangga

    ReplyDelete
  4. Akak sejak lepas opret rahim tahun lepas tak pernah lagi sakit lutut....laju je akak naik tangga ,cuma tak cukup nafas je.Alhamdulillah nak solat pun senang.

    ReplyDelete
  5. Aku pun sama mak....kalau naik tangga tu mcm berlaga laga je tulang lutut tu. Mak yg seram pulak sebab sendiri dengar hihi...

    Nikmat sujud ye mak....moga Allah bagi kita peluang untuk dapat sujud sampai ke tua

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    "Dulu budak-budak panggil abang, sekarang dah panggil pakcik.."
    Sesungguhnya peralihan manusia dari masa muda kepada masa tua adalah fitrah. Siapakah yang dapat menahannya seandai mati tidak menjemputnya pergi di usia muda.

    Menjelang usia tua, fizikal menjadi lemah, kekuatan mulai beransur hilang sedikit demi sedikit. Selera makan kian menurun meskipun disajikan dengan hidangan yang serba lazat dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Demikianlah tiada yang indah pada usia tua, kerana segenap keterbatasan telah mula melingkungi diri.....

    ReplyDelete
  7. PH selalu sakit belakang. So kalau just gosok2 dan tepuk2 boleh kot. Lutut sekali sekala jam tengah malam. Sakit sangat.

    ReplyDelete
  8. Itulah perjalanan hidup kita Azi
    Sampai masanya kita akan mengalaminya.
    Semoga dipermudahkan perjalanan hidup kita .

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign