Asam Garam Kehidupan: Bersihnya hati mereka.

Nuffnang

Pages

6 Mar 2017

Bersihnya hati mereka.

Antara 3 surah yang patut ada dalam dada kita ialah surah al mulk. Saya ni dah lama try menghafal surah yang hanya ada 30 ayat ni. Tapi bila baca sendiri masih juga berterabur. Hai, susah betul bila hati dah kematu ni. Jadi saya berazam nak bagi anak-anak tadika saya hafal. Eh, korang..ajaibnya hati anak-anak ni,  Alhamdulillah, lebih kurang dalam 10 hari anak-anak ni dah boleh hafal 3 ayat dari surah Al Mulk. Anak saya Nadhrah Hannani tu pun ustaz dia bagi tempoh 5 hari untuk hafal 10 ayat dari surah As sajdah, pun dah hafal. Aduh..malu tau, omak eh ni tak hafal-hafal juga.

Jadi sebelum menghafal tu, saya cerita-cerita dulu.Nak bagi semangat anak-anak ni menghafal. Tadi saya ceritakan surah ni akan jadi peneman kita di dalam kubur nanti. Saya kata, dalam kubur nanti dahla gelap, takde lampu pun, ada cacing je..cacing dengan ulat makan daging kita...

Eeiii...gelinya..tulah reaksi anak-anak ni.

Ada sorang budak ni..katanya, nak bawak basikal, nak langgar cacing-cacing tu, boleh dia, tak masuk dalam akal lagilah tu, imagine nak langgar cacing..haha..

Macam-macam kan..tergolak den, tu pasal den awet mudo, pasal asyik tergolak je dengan kerenah spontan bebudak ni.

Sedang menghafal surah al Mulk. Budak lelaki yang terselit sorang tepi sekali tu yang nak bawak basikal langgar cacing.
Ada kelas taikwando juga. Huh, huh..tengokla tu tendangan bergaya seorang bakal jaguh taikwando 

22 comments:

  1. Budak-budak ni kalau takutkan dia baru nak ikut kan... bagus juga idea kelas taekwando ni, takut pula anak-anak saya bergasak kat rumah berlawan... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bila dh dgr cerita baru dia ada semangat nak ikut, mcm kita juga la, kena selalu dgr motivasi spy termotivate, hihi.
      Taekwando ni byk ajar disiplin juga.

      Delete
  2. Budak2 lebih cepat menghafal drpd kita yang berserabut pemikirannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yala kan, otak kita ni dh fikir benda mcm2, tu yg dah tumpul

      Delete
  3. Comelnyaaa~ Tadika anak buah saya pun ada pre-tahfiz dan taekwando jugak. Sukanyaa tengok dorang!! >_<

    Saya pun haritu masa tasmik anak buah, sekali saya pun salah baca sebab lupa. Adeh, haha. Habis kena gelak dekat anak buah saya.

    Saya dulu dekat sekolah kena baca setiap malam sebelum tido surah al-Mulk, jadi tak hafal pun automatik ingat sndiri. Mungkin boleh buat macamtu jgk kot akak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, kena gelak ye..pastu jenuh jg nk cover kan.

      Akk ni baca dgn panduan tu in shaa Allah, mcm ikut bacaan sy misyairi rasyid tu, atau baca dr majmusyarif tu, tapi tulah nk baca tanpa panduan tu ttp tunggang langgang. Sedih betul.

      Delete
  4. hihi kelakar pulak budak tu nak bawak basikal, nak langgar cacing-cacing tu. Tinggi imaginasi dia tu. Hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, ntah camane dia boleh fikir mcm tu.
      Tq dtg sini dan komen, sila dtg lagi ye;)

      Delete
  5. betul kak, budak2 memang bersih hati. sebab tu kalau diorg berdoa insyaAllah makbul juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, selalu tumpang doa ank2 ni waktu dhuha.

      Delete
  6. Anak2 kecil memang mudah untuk diajar sesuatu pekara....masa ni lah kita boleh terapkan ilmu kepada mereka
    Anak akak Iman pun skg ni sibuk menghafal surah2 untuk UPKK.Kadang akak pun heran dalam masa 10 minit dia boleh menghafal padahal sebelum tu katanya hanya 1 dua ayat je yg diingat...tapi tajwid nya je tunggang langgang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, yg tajwid tu nnt boleh betulkan. Saya dulu masa kecik arwah mak rajin ajar hafal surah, saya penah citer dlm ni, masa umur 4@5 tahun saya duk berbuai sambil mulut melantun surah2, saya pun masih ingat saya tgh baca surah al fil, arwah tokki saya suka dgr.

      Delete
  7. betul tu kak..saya ni pun dah kematu juga nak menghafal surah al-mulk tu, tiap2 malam baca tapi x lepas2 nak hafal, ado tak ado ayat pertama je yang dapat ingat adeh malu dengan anak2.

    betulah kan anak2 ni hatinya bersih memang senang nak menghafal si adrien dekat pasti pun sedang hafal al mulk juga, kadang bila saya buka surah ni dengar orang baca laje je dia cakap ni surah al mulk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, adrien dh hafal smp ayat berapa tu? Dia 6 thn jugakan? Tahun ni pegi prog haji cilik tak?

      Akk ada radio JOC ni. Kalo dgr dgn radio boleh je ikut, tapi nk baca sendiri, berteraburlah jawabnya.

      Delete
  8. Budak2 mmg cepat menghafal Azimah..
    Sebab kepala otak mereka tak banyak fikir..
    Macam kito ni berserabut..
    Byk bonar nak fikir..
    Tu lah 3 ayat pun susah nak hadam ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sbb tulah tk boleh cakap sembarangan, mudah je dia nak ikut.
      Seronok bila dorg dpt menghafal dgn baik, moga jadi saham akhirat den la kan.

      Delete
  9. huyyo!! ada kelas teakwando...

    otak anak2 kecil ni macam span kak. mudah sangat merenyap apa saja yg diajar...anak saya kat taska tu, baru 2bln ++ hidup kat situ, eh macam2 dah dihafalnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam span kan, habis menyerap air, bagi air bersih, air bersihlah diserap, cer bagi air kotor, habislah air kotor diserap. Tu lah kalo nk ajar berbagai bahasa, masa nilah yg sesuai kan.

      Delete
  10. Budak-budak ni memang senang nak menghafal sebab hati diorang masih bersih takda banyak dosa. Kalau kita ni hmmm tiap hari ada ja buat dosa-dosa yang kita tak sedar. Suka tengok budak2 jadi hafiz di usia muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk target dorg grad tahun ni, cheh..grad tu..hihi..surah al mulk 30 ayat tu dorg dah hafal dgn lancar. In shaa Allah

      Delete
  11. Budak2 senang belajar dan ingat apa2 pun, tak macam kita yang dah berumur ni. Kalau bagi handphone/computer kat dia orang, kejap jer dia dah tahu macam mana nak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulla PH, bagi phone, dia tau je sendiri mana nak tekan kan.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign