Asam Garam Kehidupan: Hari-hari keropok lekor.

Nuffnang

Pages

22 Mar 2017

Hari-hari keropok lekor.

Balik Terengganu ni yang heavennya tu bila dapat makan kepok leko fresh. Rumah arwah mak ni plak betul-betul dalam kampung sebelah Losong kepok leko tu, apa lagi, pagi-pagi dah pegi cari kepok leko rebus buat sarapan.
Ni pukul 10.30 pagi semalam, tapi yang ni digoreng terus dari gerai, beli tinggal nak makan je. Dah tinggal beberapa ketul baru teringat nak amik gambar.

Ni hari ni punya cerita, masih berasap, kenduri anak beranak, sekejap je licin.
Yang ni rebus punya, nak tau berapa rm ni? 10 hengget jer tau. Beli siap-siap untuk goreng buat sarapan pagi esok.

Esok nak balik KL dah. Entah bila nak balik lagi. Bila dah takde mak ni, nak balik pun tak seronok dah. Balik sebab nak tengok rumah arwah mak je, ..dan jumpa mak sedara yang dok jaga rumah arwah mak ni.

13 comments:

  1. Sedapnya kak kopok lekor ni! Susah nak dapat yg sedap dan banyak ikan kalau bukan di ganu hehe.

    ReplyDelete
  2. Beto3x, syed kena cari org teganu, baru hari2 dpt mkn kepok leko teganu, hihi

    ReplyDelete
  3. Eh, kejap jer dah nak balik KL. Ooohhhh...kepok lekor...terliur PH. PH lebih suka makan yang goreng.

    ReplyDelete
  4. Aah, kejap je, tak seronok sbb mak dh tkde.
    Saya goreng suka, yg rebus pun suka.

    ReplyDelete
  5. Org trg dgn kepok leko tak dpt dipisahkan. Makan setiap hari pun takpe..setiap hari lalu Losong nak balik rumah mertua di durian burung..tahan je nafsu nk makan kepok leko.

    ReplyDelete
  6. Org trg dgn kepok leko tak dpt dipisahkan. Makan setiap hari pun takpe..setiap hari lalu Losong nak balik rumah mertua di durian burung..tahan je nafsu nk makan kepok leko.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kopok lekor fresh...tengok tangan2 yang mencicah tu pun buat akak telan air liur.

    ReplyDelete
  8. bestnya..suka jg yg rebus..

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak kepok lekor..mujur en.azmi ada beli masa dia lalu tengganu semalam, balik petang ni boleh goreng

    ReplyDelete
  10. akak balik ke kuala terengganu ka? aRz pun ada balik juga baru ni..
    itulah tak ada cara nak berhubung...insyaallah dipermudahkan jumpa dengna akak dan keluarga satu hari nanti

    ReplyDelete
  11. Memang tak sah kalau balik ke terengganu tak makan keropok lekor...tapi saya lebih suka kuih akok..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kepok leko losong ni...
    Banyaknya RM10 tu ye NA..

    ReplyDelete
  13. Inilah yg aku idamkan kalau ke Terengganu nanti mak. Beberapa tahun sudah pergi Terengganu boleh pulak terlupa nak melahap keropok leko ni.

    Ko kiranya minggu lepas kena sawan keropoklah ek mak

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign