Asam Garam Kehidupan: Timun bunian.

Nuffnang

Pages

22 Mar 2017

Timun bunian.

Seram tak, seram tak? Hihihihi..
Ni mak sedara saya punya ceritalah. Asalnya pokok timun ni dia ambik dari rumah kawan dia. Kawan dia tu cakap pokok timun ni tumbuh kat area rumah dia ditanam oleh orang bunian. Makcik saya pun ambik sepokok bawak balik dan tanam kat rumah plak. Tujuannya nak buat ubatlah.

Haha, takyah percayalah kome, percayalahh..eh, tapi entahla, kotla orang bunian tu pun tanam sebab nak buat ubat juga. Kebarangkalian itu tetap ada. Ermm, terpulang kat komelah yek, nak percaya ke taknak ke, ini cerita orang kampung.

Makcik saya cakap timun ni boleh buat ubat kencing manis dan darah tinggi, makan dua biji pagi, dua biji malam. Rasa dia? Yang muda warna hijau muda tu sebijik rasa timun biasa. Yang dah tua, warna hijau tua tu rasanya masam sikit, tak sedap.

Ni buah yang tua, warna hijau tua.
Ni yang muda, warna hijau muda, sebiji rasa cam timun biasa tu.
Boleh buat ubat kencing manis dan darah tinggi.
Ada tanam, nak guna petik je..kat bandar rm3 sekuntum ni kome.

12 comments:

  1. Aik! cerita timun, kenapa tetiba ada gambo bungan kantan pulak? hehe

    ReplyDelete
  2. Saja je, dia nak enteprem

    ReplyDelete
  3. seramnyee nama dia..hihi..

    ReplyDelete
  4. BUKAN TIMUN TIKUS KE NOR..

    ReplyDelete
  5. Ya kot, saya tk tau, mak sedara yg cakap

    ReplyDelete
  6. Yalah Azi...kami panggil timun tikus ni.Tapi budak2 skg mana kenal pokok ni.

    ReplyDelete
  7. Yalah Azi...kami panggil timun tikus ni.Tapi budak2 skg mana kenal pokok ni.

    ReplyDelete
  8. Ye Azi. Pokok ni namanya timun tikus. Tumbuhan herba yang banyak khasiatnya terutama untuk meredakan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi. Pakcik ada tulis dua tiga entri pasal tunbuhan ni sebelum ini.

    ReplyDelete
  9. Seram bunyi nya timun bunian tu NA hahahhaha..
    Nasib WP terangkan itu timun tikus .. tak lah seram sangat hahhaha..

    ReplyDelete
  10. Tengok orang orang jugak mak. Kalau rajin, nak makan dapatlah petik belakang rumah, kalau mcm mak aku tu....walaupun tanah luas , sapa yg nak menanam, mak aku dah tak larat. sudahnya kena beli jugak.

    Besar mana timun ni mak? Tak dapat nak cam kalau cuma tengok dpd gambo je

    ReplyDelete
  11. Kecik aje, adalah besar hujung kelingking budak kot. Laki aku kemain semangat bawak balik sepokok ank timun ni, sekali lupa terbiar kering dlm plastik, haha.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign