" Ya Rabbi, orang ini telah menzalimi aku sewaktu di dunia"
Berfirman Allah Taala...
" Amalan kebaikan penzalim hendaklah dipindahkan ke dacing kebajikan orang yang dizalim."
Setelah habis semua amalannya dipindahkan masih belum juga tertebus, maka Allah berfirman..
" Amalan kejahatan yang kena zalim hendaklah dipindahkan ke dacing kejahatan penzalim."
Setelah habis dipindahkan amalan kejahatan itu, tapi masih belum juga tertebus. Tiba-tiba sahaja suasana berubah kerana di hadapan mereka berdua telah muncul mahligai-mahligai syurga yang indah tiada tandingan. Maka bertanyalah hamba yang berdua itu.
" Untuk siapa ini ya Rabbi?' Allah menjawab, " Untuk hambaKu yang mahu memaafkan sahabatnya yang berlaku zalim ke atasnya."
Maka berkata orang yang dizalimi..." Ya Rabbi, maafkan perbuatan sahabatku ini, dan aku pun memaafkan dia," Dan mahligai itu menjadi miliknya di syurga....
----memaafkan dengan penuh ihklas itu memang tidak mudah, , ..dan meminta maaf setelah sedar kesilapan diri juga amat payah, berperang hebat kat dalam, terasa jatuh maruah diri, jatuh ego..sebab itu ganjarannya hebat bagi yang sudi memberi dan meminta maaf dengan ikhlas...
Mahligai dunia pun aku tak mampu miliki, apakah aku mampu miliki mahligai di sana? ...ihsan google. |
Moga kita mampu duduk dimahligai indah 'di sana' Azie.
ReplyDeleteNak pupuk diri jadi pemaaf bukan mudah. Mulut kadang tak seiring dgn hati - itu yg payah.
rasa tak layak kzakie, dengan amal yg tak seberapa dan hati yang masih jahat ni..:(
Deletebetul tu, mulut kata boleh memaafkan, hati belum tentu.
Terlalu payah dan teramat payah memberikan kemaafan pada seorg hamba ALLAH ini...berkali mencuba masih gagal...
ReplyDeleteMintala dengan Allah agar dilembutkan hati kita, hati kita milik DIA.
Deletesubhanallah besar betul ganjaran kepada mereka yg pemaafkan..TAPI amat berat jika ingin memaafkan org..arghh...perlu lebih muhasabah diri lepas nih
ReplyDelete