Asam Garam Kehidupan: Mana yang lebih susah....?

Nuffnang

Pages

14 Sept 2014

Mana yang lebih susah....?

Mana susah mencuri ke sembahyang? Tentulah mencuri lebih susahkan? Buktinya kalau nak mencuri kena rancang betul-betul. Apa yang hendak dicuri, kat mana nak curi,  apa senjata dan alat yang nak dibawa, macamana nak selamatkan diri dari tertangkap. Pendek kata sebelum mencuri kena buata kira tolak campur darab bahagi agar kerja berhasil.

Mencuri mesti di waktu orang lain lalai dan tak sedar. Waktu malam misalnya. Orang lain sedang tidur nyenyak, masa tulah dia buat kerja. Pecah rumah orang, samun harta orang, silap haribulan bergelut dengan tuan rumah atau kena tangkap. Ertinya kerja mencuri ni sangat susah. Terpaksa gadai nyawa, bersengkang mata, memanjat pagar, diburu ketakutan. Takut kena tangkap, kena tangkap ertinya kena hukum. Peliknya ramai juga orang sanggup buat kerja seberat ini.

Sembahyang pula hanya mengambil masa beberapa minit. Tak perlu takut pada siapa ( pada makhluk ). Dalam rumah, kat padang, tepi jalan pun boleh buat. Tak ada orang nak tangkap orang sembahyang. Malah orang pandang mulia. Peliknya ada orang tak larat nak sembahyang. Tapi dengan maksiat ( kejahatan ) yang susah, dia rasa ringan nak buat.. Kenapa jadi begitu? Sebabnya buat maksiat atau kejahatan ada bantuan dari syaitan dan hawa nafsu. Ramai yang suka berkawan dengan dua makhluk perosak yang sangat bijak itu. Nanti di akhirat Allah akan kumpulkan mereka bersama di dalam neraka. Waliazubillah.

*Takut dengan tipu daya dua makhluk perosak ni...*

              
               

5 comments:

  1. Jawab soalan semalam.. Laman ni jer..

    ReplyDelete
  2. http://madey09.blogspot.com/ done foolw first ya

    ReplyDelete
  3. betul ...mencurik lebih susah dari Solat tetapi orang selalu abaikan SOLAT...ada yg solat tetapi tidak sempurna..asala buat sahaja..lewatkan waktu solat..Astaqfirullah..semoga JM tidak termasuk dalm kategori begitu aminnn

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign