Asam Garam Kehidupan: Tanda-tanda?

Nuffnang

Pages

4 Sept 2014

Tanda-tanda?

Saya bukan nak ajak orang lain percaya, cuma nak cerita aje. Tapi saya yakin most of us sikit- sebanyak mesti ada 'berpegang' dengan tanda-tanda ni. Pada saya tak salah..kot..entahla..nak kena tanya yang lebih arif. Pada saya tak salahtu kerana jangan sampai kita yakin benda tu memberi kesan kepada kita sampai menafikan kekuasaan Allah SWT. Macam makan ubat, kita tak boleh kata ia menyembuhkan, ia hanya sebagai satu usaha ikhtiar, betul tak?

Macam ni, saya selalu perasan, kalau mata kiri saya bergerak sebelah atas ( macam pagi ni, tetiba bergerak, tu yang dapat idea ) akan ada kejadian yang menyedihkan sampai buat saya menangis. Dua minggu sebelum arwah mak meninggal memang mata kiri saya bergerak kuat dan lama. Dalam hati saya cakap, apalah benda yang nak buat aku menangis ni? Lepas tu saya lupakan aje. Tapi bila dua minggu lepas tu memang saya benar-benar menangis, menangis semahu-mahunya, menangis yang tak ada siapa mampu pujuk....

Ok..kita lupakan mata kiri.

Kalau mata kanan sebelah atas plak apa tandanya? Tandanya khabar gembira, atau kita akan jumpa seseorang yang dah lama kita tak jumpa. Tapi yang ni pun selalu jadi, saya perasan kalau mata kanan bergerak tu, tak lama lepas tu saya akan jumpa seseorang yang dah lama terpisah, dan kita gembiralah kan bila berjumpa.

Tapak tangan gatal? tapak tangan kanan tanda nak dapat duit. Tapak tangan kiri gatal tanda nak keluar duit. Ke tapak tangan ada kuman sebab tak basuh tangan ikut sunnah. Haaa..jangan tak tau, yang dok tunjuk selalu cara basuh tangan tu, tu la yang Rasulullah dok amal, niat buat ikut sunnah rasulullah, dapat pahala. Tak niat tak dapatlah pahala sunnah tu.

Ada lagi. Kata orang kalau rama-rama masuk rumah kita, tandanya ada orang nak datang. Yang ni saya no komenlah, mana nak jumpa rama-rama kat bandar ni?

Semenjak dua menjak ni, banyak plak saya merapu...kan?

8 comments:

  1. Bukan merapulah Azie... ini dikatakan santai-santai sebab kakak pun rasa lebih kurang juga.
    Bapak kakak lagi kalau dia rasa bahu dia sengal dan bergerak-gerak pasti ada org terdekat/keluarga yg meninggal dan biasanya memang betul. Tak kiralah bapak luahkan atau dia diamkan. Secara kebetulan agaknya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taula kzakie, cuma kalau ada tanda yg macam saya cakap tu, mesti ada sesuatu. Mungkin kebetulan kot..macam Sal cakap tu.

      Delete
  2. tak tahu nak cakap, kita pun bukan arif sangat bab-bab ni.tapi kadang-kadang jadi gak kebetulan gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla Sal, kebetulan ke atau mmg Allah bagi tanda-tanda tu supaya kita lebih bersedia, macam 40 tanda menjelang kematian...

      Delete
  3. emak saya cakap yang sama tentang mata tu, saya minta dia doa siap-siap agar semua elok dan happy ja :) inshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakin dengan doa mak ye BP, doa mak mmg takde hijab.

      Delete
  4. JM pernah dgr semua tanda2 tu..then mmg betul terjadi seperti yg kak Azie ckp tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm akak cakap kat Sal kat atas tu, mgkn tanda-tanda tu supaya kita lebih bersedia.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign