Isteri...umpama sayap kiri bagi seorang suami.. |
Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal:
Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor:
Halimah pula?
Encik Zainal:
Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor:
Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal:
Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor:
Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal:
Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30
pagi.
Kaunselor:
Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal:
Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor:
Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal:
Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.
Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor:
Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal:
Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor:
Apa Halimah buat?
Encik Zainal:
Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah
menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting - Hargai mereka!!
dari awal perbualana lagi JM dah boleh agak..ehh kenapa si Zainal ni cakap isteri x bekerja sedangkan sharian dia di rumah x henti0henti buat kerja sehingga mata tertutup waktu malas....itulah persepsi lelaki melayu huhuh...sedih kalau dapat suami yg tidak memahi tugas isteri yg berat di rumah dan tidak mahu membantu
ReplyDeleterumah tangga yang bahagia apabila kedua2nya saling memahami dan bertolakansur...kalau segalanya di bahu isteri payah jua tu...
ReplyDeleteknorlh yg byk bt kerja sbb semua yg kt atas tu semua knor bt...
ReplyDeleteada lgi yg kt atas tu tk buat.. knor bt..
huhu
geramnya dgn cik zainal tu..huhu..
ReplyDeleteisteri suri rumah pun dia ttp bekerja untuk keselesaan seisi rumah tau,bukan tak penat pun,tp dah sebab tugas sbg isteri, redha ja la(*kalau ikhlas dan bersungguh2,banyak ganjarannnya,kalau xikhlas semua serba tak senang) ..tapi kalau suami ringan tulang dan tak berkira, alhamdulillah sangat..
Sama2 kerja.. Sampai hati kata isteri tidak bekerja.
ReplyDeleteKenapa kaunselor tu interview En Zainal je? Mai la interview saya pulak. Boleh la dapat jawapan yang adil...hik!
ReplyDelete