Asam Garam Kehidupan: Antara nyawa insan marhain dan kepentingan orang kenamaan..

Nuffnang

Pages

1 Jan 2015

Antara nyawa insan marhain dan kepentingan orang kenamaan..

Berita Ini Pasti Akan Menyakitkan Hati Anda Semua

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya. ~malaysiakini

7 comments:

  1. itulah realiti kat malaysia ni makcik. menyedihkan dan menyakitkan hati. -.-

    ReplyDelete
  2. Dalam pada ujian begini hebat pun masih tak sedar lagikah VIP itu?
    Atau yg mengendali heli itu yg tak cukup akal kerana tak memberitahu kepada VIP tersebut. Siapa pun akan marah Azie..

    ReplyDelete
  3. sampai mcm tu sekali....mmg tak patut..VIP ( Very Idiot People )..

    ReplyDelete
  4. tu sebab kadang-kadang saya lebih prefer VIP x turun padang...huhu.takut kalau tak turun dikata tak perihatin

    ReplyDelete
  5. Kadang2 vip tu x apa2... org yg manage vip pulak yg mngada bodek terlebih....
    tak semua vip teruk... sy pernah bbrapa kali handle vip,vvip... menteri... ramai yg okay dah... ramai sgt yg mndahului kepentingan rakyat... kot ada sorang dua perangai pelik luar alam skrg ni...
    dlm kes ini kita tak tahu yang mana benar...
    so x nk komen... x nk kutuk... nnt dpt dosa free...
    Huhuhu... azam tahun baru... bertabahlah lidah ku...

    ReplyDelete
  6. P/s: .... lg satu kalau sumber nya malaysia kini... boleh baca jer lah... nak percaya... fikir dan selidiki dulu.... sama mcm org x berapa percaya kt utusan ... sama or lebih drpd tu sy x berapa nk percaya kt MK...
    Zaman skrg ni... kesian betul ... x tau dh sumber mana yg betul2 sahih dan boleh dipercayai... huhuhu...

    ReplyDelete
  7. Hmmm, memang menyakitkan hati.. Sabar jerlah..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign