Asam Garam Kehidupan: Jawaban bagi segmen jom join segmen saya: Ambillah iktibarnya.

Nuffnang

Pages

1 Jan 2015

Jawaban bagi segmen jom join segmen saya: Ambillah iktibarnya.




google imej

Alhamdulillah...segala puji bagi Mu ya Allah..sebaik-baik Pencipta, Pengatur, Pengurus seluruh perjalanan hidup kami. Bertambah setahun lagi usiaku, bermakna semakin dekat aku dengan kematian..Allahhhhh...usia yang makin bertambah, amalanku tak seberapa ya Allah, ampunkan daku wahai Tuhan, aku lemah, selalu hanyut dalam godaan mazmumahku..ku mohon, pimpinlah daku lagi, agar pandai membesarkanMu..

Seperti yang saya janjikan, hari ni 1/1/2015...saya akan beritahu iktibar atau pengajaran bagaimana yang saya maksudkan bagi segmen saya di SINI, semua jawaban yang diberikan adalah betul, cuma...kurang tepat. Tapi In shaa Allah saya akan beri sedikit cenderahati bagi semua yang join aritu. Biarpun tak ramai, saya puas hati at least saya dah buat satu segmen yang membuatkan anda yang join terpaksa mengerah otak sedikit..ha ha..

Senarai peserta yang join segmen saya aritu.

1.http://madey09.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html 

2. http://www.akusyafiq.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

3.http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

4. http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

5http://zakiepurvit.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-azie-ambil-iktibarnya.html

6. http://www.kisahpondokkecil.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibar

7. http://hnr318.blogspot.com/2014/12/renungan-asam-garam-kehidupan-ayuh.html

8http://baby-pose.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-blogger-na-ambillah.html

jadi...nak tau tak apa iktibar, atau ibrah atau pengajarannya. Mestilah nak kan. Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup kita di dunia ni amat rugi sebenarnya jika tidak beramal. Hidup yang singkat, amalan yang sedikit cukupkah untuk bekal perjalanan kita yang sangat panjang di sana nanti. Ibaratnya yang tidak mengutip sebarang permata akan menyesal..hidup di dunia tidak beramal, pulang dengan tangan kosong, menyesal yang amat sangat, nak pulang ke dunia untuk berbuat amal tapi mana mungkin lagi.

Yang mengutip banyak pun menyesal..ya..yang berbuat amal pun menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh menambah sebanyak mungkin amal, pun minta untuk pulang ke dunia untuk bersungguh-sungguh lagi menambah amal, pun mustahil juga.

Yang mengutip permata tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh  dibuang semula permata-permata itu, pun amat menyesal..rugi kan, orang yang dulunya gigih beramal tiba-tiba terpedaya dek bujukan dunia sehingga kembali lalai dalam beramal,  pulang ke akhirat dengan seribu penyesalan yang tidak dapat digambarkan.

Jawaban yang hampir tepat diberikan oleh peserta nombor 7. Apapun jawaban kengkawan yang lain pun amat betul untuk konteks hidup kita di dunia. 

Jadi saya minta semua yang join segmen saya ni hubungi whatsapp saya di 012 2127148 atau nak SMS pun boleh ke 018 9010340, bagi alamat, in shaa Allah cenderahatinya akan sampai, cuma antara lambat dengan cepat je, al maklum kunun tengah sibuk awal tahun, he he..So..jangan lupa tau, hubungi saya tinggalkan alamat kengkawan yea.

Jazakumullahu khairan kasiran.

8 comments:

  1. sebenarnya kan kak,best jga buat segmen mcm ni,sebab masing2 ada sebab dan iktibar sendiri drp cerita yg tu.. tak semua org berpendapat sama mcm kita. tak sempat nak baca semua lg.. huhu..nanti nak singgah baca yg lain2 itu..

    saya ada nom.3 tu.. akan diberitahu details scara sms la ya.. :)

    ReplyDelete
  2. Setel sudah tapi masih sibuk dgn tugasan baru pulak ye Azie.
    Nanti kakak whatsApp ye:)

    ReplyDelete
  3. kiranya lebih fokus keadaan di akhirat lah maknanya ..jankauan fikiran Etuza hanya apabila berbaik di dunia. Baru dapat memahami sedalam-dalam segmen ambil iktibarnya ni...Etuza bersyukur join dapat melihat permainan iman Nor azimah. Tahniah terbaik..betul tu nak balik ke Dunia masa tu memang tak dapat dah..putih putih lah dan hitam hitamlah. tahniah no 7

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Alhamdulillah....
    yeay... yeay... yeay...
    buat sujud syukur ....

    Dan nk lompat bintang juga... boleh tak...
    hihihi....

    Okay kakak... nnt i wasap...

    Bab2 hadiah ni i mmg suka...
    (Mata blink2 ada cahaya .... )

    Hihihi...

    Jazakillahu khayr...

    X bg pun x per...
    segmen akak ni mmg best... dan bermanfaat....
    nnt buat lg ea....

    Akceli bnyk reminder Allah bg....
    Tinggal lg kita ni "ketegaq" ke dak...

    Apa pun tenkiu kakak...

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada semua mereka yag join

    ReplyDelete
  6. tahniah no. 7. thanks NA, its good segmen:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, saya sedang menunggu kengkawan yg join ni wasap atau SMS kan alamat yea, jika cepat dapatnya cepatlah boleh diuruskan, senang nak buat sekaligus.

    ReplyDelete
  8. bagus segmen macam ni kak...boleh belajar drai kisah-kisah tauladan.selamat tahun baru ye

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign