Asam Garam Kehidupan: Masalah van sekolah.

Nuffnang

Pages

7 Apr 2017

Masalah van sekolah.

Bila hal yang berkaitan dengan anak-anak, apa sajalah, yang tak senang duduk biasanya si maklah. Takyah cakap orang lain, aku pun macam tu. Nak diam, kesiankan anak, nak kecoh-kecoh pun risau gak anak jadi mangsa.

Contohnya van sekolah hari jumaat. Penuh padat sampai anak dara sunti aku yang berusia 13 tahun tu, tak dapat duduk. Dahlah tak dapat duduk, berdiri pun tak boleh sebab dia tinggi, ada masa kena berdiri sambil membongkok,  dahla beg sekolah ibarat bawak beras 10kg punya berat, ada masa terpaksa duduk di lantai van. Habis...hati mak mana tak keruan. Kita bayar kot, satu trip dah rm40 sebulan, kalau pergi balik dah berapa..

Bukan tak teringin nak sambar axia barang sebijik, hantar dan amik sendiri anak pegi sekolah. Tapi bila fikir, sok berenti kerja sape plak nak sambung bayar, takkan nak kerja sampai badan bongkok tiga? Atau takkan nak suruh suami bayar sedangkan dia sendiri pun banyak lagi nak pikir.

Nak tak nak aku sound gak driver van tu, sound elok2lah, takdelah pedas mana pun kak Ton. Dari gaya bahasa wasap si driver tu, adalah nampak juga tanda ketidakpuasan hatinya. Nanti  anak daraku balik petang kang nak tanya adake apa-apa kejadian ganjil berlaku..? Harap-harap takdelah. Yelah, kot aku ada pilihan, misalnya ada van lain yang lebih selesa, atau ada jiran yang boleh tumpangkan, bolehla aku buat pilihan, ni dah takde pilihan.

Macam kamilah, cikgu-cikgu di tadika ni, sehabis mungkin nak buat yang terbaik untuk anak-anak yang dihantar kat tempat kami ni. Tapi tetaplah ada juga komplen dari ibubapa atau ada masa boss pun sound juga. Apa pilihan yang aku ada. Dulu kalau tak kerja rasanya boleh je survive dengan selesa, cukup makan minum, berlebihan pun ada sampai kembanglah sudah ukuran lenganku ini mak, macam ko juga, tapi takdelah sado sangat. Tapi sekarang rasanya aku perlu kerja, perlu duit sendiri, mesti nak kena cover juga duit dapur walaupun takdelah banyak. Ada sekali tu pegi pasar, pusing satu pasar cari serai rm1 seikat yang agak banyak macam sorang pakcik ni jual, tapi pakcik tu tak datang menjual plak haritu, pusing-pusing jumpalah satu kakak ni, aku tengok seikat serai ada 10 batang, ingatkan singgit, rupa-rupanya 2 hengget daaa..nak tak nak amik juga. Haa..tengok, serai pun dah naik harga tau. Apa? Tanam serai sendiri? Ada gak terpikir, tanam banyak2, pastu jual. Haha...macamlah rajin.

Ishhh...apalah aku membebel ni? Saja je nak berkongsi cerita. Dah 10 rejab dah hari ni, rejab, syaaban, Ramadhan...ohh..
 Terimakasih sudi baca.
Tengok, aduhaiii..
Pasar Kedai Payang, buah kundang rm20 hengget, tak jadi beli.

17 comments:

  1. ye lah kak kita bayar nak bagi kemudahan untuk anak tapi kalau dah kena macam tu selalu kesian pulak dekat anak2.

    sedap kak buah kundang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kesian kt ank, beg berat pulak tu.
      Opss, kundang tu sebenarnya 1/2 kg rm20, mahal sangat.

      Delete
  2. Dah serupa ikan sardin dalam tin tu zimah oiii
    Sian kat anak2..
    Jauh ke dekat sekolahnya tu..
    Sian kot kalau terbongkok lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dalm 3km rasanya, dahla ramai, panas plak tu, panas tkpe lagi, tapi ramai2 padat mmg selalu nmpk, takutlah bahaya..
      Nauzubillahiminzalik..

      Delete
  3. Kesian anak ticer. Van tu penuh sesak. Tapi lebih baik dari naik bas. Dulu teringat naik bas pergi kerja. Kadang2 terpaksa berdiri kat pintu. Bila bas kona, kena pegang kuat2, kalau tidak, terhumban keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas sekolah ok rasanya PH sbb tinggi, jadi kalo tk dpt duduk boleh berdiri,tkdelah kena membongkok.

      Delete
  4. Kundang, kt sini RM35/kilo, sib belum teringin lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah NA, sy perlu beesyukur sbb suami tak terikat dgn sesiapa, dialah yg uruskn anak2 sekolah hatta semua aktiviti melibatkan anak2, hampir 100% sy serahkn kpdnya.

      Begitu juga dgn sy, 100% dia yg jaga, ibarat PA, nak ke mana sekalipun, semua dia bw kecuali jk ada hal yg tak dpt di elakkan, pndai2 le berdikari.. ~_^

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saya pun kebanyakkannya suami uruskan, mcm amik report card semua dia uruskan.
      Ni ank yg dua org ni saya bwk ddk kt tadika tmp keja saya tu utk jimat belanja UA. tak perlu byr duit taska. Tu saya yg uruskan van tu.
      Bestnya en suaminya rajin nolong;)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. berat juga tanggungjawab sebagai cikgu tadika ni hmmmmmm

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  7. Realiti kos sara hidup yang makin lama makin meningkat. Huu

    Sedapnyaa buah kundang tu. :P

    ReplyDelete
  8. Harga barang dan kos sara hidup kita sekarang memang meningkat kak.
    Kalau fikir balik hmmm susahnya nak survive. Pasal van tu pulak, tak patutlah buat macamtu. Sepatutnya ambil budak-budak sekadar yang muat lah. Nak untung lebih la tu sampai sumbat semua dalam van.

    ReplyDelete
  9. semakin meningkat kos sara hidup ni dgn gstnya yang menjanjikan harga barang turun, nampak sangat semua tu plsu belaka. sobs

    ReplyDelete
  10. Selaser dua, tak pedas mana, apa salahnya. Kita pun bayar juga macam makpak yang lain. Apahal pulak anak kita duduk kat lantai van, anak orang dok sedap-sedap kat atas kerusi? Bagilah diskaun kalau dah macam tu!

    Eh, lupa plak! Dah kata takda pilihan, nak buat macamanakan KakG! Kenalah hadam. Nak sound pun, jangan sampai driver buat hal kat anak kita sudahlah... Masalah lain pulak timbul nak cari pengangkutan baru!

    Betullah tu, KakG. Kalau dok tersadai kat rumah takda income, memang tak best walaupun best melayan anak-anak dan menguruskan rumah. Tapi nak juga ada income sendiri, bila mengharapkan suami aje rasa macam handicapped pulak....

    Awat mahal sangat ikan tu sampai RM22 sekilo? Bukan ke selama ni murah aje? Ish, pangkah makan ikan! Pangkah makan ayam!

    Habis tu nak makan apa pulak ek?

    ReplyDelete
  11. Aku rasa pasal van sekolah ni bukan tempat ko je penuh padat mcm sardin mak. Masa anak aku sekolah dulu pun aku tengok sama je.

    Tp terpaksa terima jerlah sebab aku tak de pilihan lain.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign