Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan.
Wadah kekufuran dan keimanan.
Rebutan antara malaikat dan syaitan.
Hati perasaannya halus.
Sentuhannya tiada terasa.
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan.
Siapa yang arif perjalanan hatinya.
Faham kebaikan dan kejahatannya.
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya.
Diganti segera dengan kebaikan.
Orang itu akan selamat dari tipu daya syaitan dan dunia.
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya.
Kerana tiada ilmunya.
Mendidik hati kenalah berilmu.
Agar selamat dari yang menipu daya.
thanks peringatan kak
ReplyDeleteBagus kalau selalu dapat peringatan macam ni, KakG. Sekurang-kurangnya kalau terlajak, boleh juga guna reverse gear sekali-sekala; jangan terus terlajak.
ReplyDeleteBab hati ni memanglah tak memahami 100% walaupun hati sendiri. Banyak yang perlu diperbaiki lagi.
A very timely reminder, ticer.
ReplyDelete