Asam Garam Kehidupan: Mata, rambutku memberi peringatan..

Nuffnang

Pages

13 Apr 2017

Mata, rambutku memberi peringatan..

Masya Allah...kematian itu sangat dekat dengan kita. Tidak semestinya tunggu umur tua, tunggu sakit baru berlaku kematian. Mengingatkan diri dengan kematian menjadikan kita orang yang bijaksana. Bersedia untuk satu perjalanan yang sangat jauh dan panjang.

Ishhhh....alahai, boringnya cerita tentang mati, macam takde cerita lain,...alaaa..janganlah cenggitu. Takut ek? Memangla takut sebab kita tak pernah bersedia..

Okeh...kita lite2 jer ceritanya. Saya kan, ye saya, lebih mudah cerita tentang saya. Saya ni memang dari kecik, seingatnya sebelum masuk tadika, eh...dulu2 mana ada tadika, saya ni memang jaga sangat kebersihan gigi walaupun gigi saya ni sedikit mancung, setiap malam sebelum tidur mesti gosok gigi. Tapi anak2 saya takmo ikut kerajinan saya ni, malas gosok gigi sebelum tidur. Sampailah sekarang umur dah masuk ambang senja ni, sebatang gigi pun belum tercabut, berlubang tu adalah, tapi tampalla kan. Tapi kan, itulah...sebaik mana saya menjaga gigi ni, tetiba baru ni ada gigi yang serpih. Gigi yang tampal pun tampalannya pecah pula.

Allah dah mula tarik sedikit demi sedikit nikmat hidup yang diberi kepada saya...

Kaki kanan saya, saya pun tak perasan sejak bila ada rumathoid arthritis. Tapi arwah mak saya lagi kesian, dua2 belah kaki kena, sampaikan macam bersilang ibu jari kaki dengan jari di sebelah. Bila sakitnya datang, sakitnya mencucuk-cucuk, boleh tahan sakitnya. Kesian mak saya, tapi dia tak pernah bercerita kepada saya bagaimana kesakitan yang ditanggungnya..

Allah dah mula tarik sedikit demi sedikit sihat yang saya nikmati dari zaman muda dulu...

Mata saya pun, saya rasa dah mula ada rabun dekat..
Rambut saya pun dah ada uban...
Muka saya pun dah ada garis-garis halus..
Panggilan makcik pun terdengar, ishhh...pedih jugak telinga nih, tapi itulah hakikatnya...

Jadi kiranya saya ni tergolong orang yang beruntung kerana Allah dah mula memberi peringatan-peringatan tentang kematian kepada saya..
Ada juga peringatan yang diberiNya bila mendengar kematian orang yang saya kenali, sedangkan orangnya jauh lebih muda, anak sulungnya pun baru berumur 11 tahun. 

Ya...kematian datang tanpa mengenal usia.

Ada juga kisah kematian yang indah. Kisahnya panjang, saya ringkaskan. Kisahnya tentang seorang imam yang meninggal selesai saja memberi salam pertama. Pengurusan jenazahnya tertangguh kerana dia rakyat asing tanpa pengenalan diri. Jebazahnya terpaksa disimpan di peti sejuk hospital sehingga akhirnya selepas dua bulan baru ada yang menuntut jenazahnya. Ajaibnya jenazah si imam ini tidak membeku, dahinya berpeluh dan ada kalimah tauhid. Apabila ditanya kepada pihak saudaranya, rupanya imam ini tidak pernah meninggalkan solat sunat tasbih setiap malam...

Indah kan..
Lalu saya pun menyimpan azam nak buat kembali solat sunat tasbih. Seingat saya adalah kot tak sampai 10 kali pun saya pernah buat...

Kematian memang menakutkan, tapi rasanya saya beruntung jika tau mengambil iktibar dan sentiasa bersedia untuknya...

Siang tadi makan nasi kerabu, tapi sekarang ni deria bau tengah hilang, harap2nya tak hilang terus...jadi makan pun dah hilang nikmat..kalo manis, rasa manis semata, kalau lauk tempoyak tu, rasa je ada, bau harum tempoyak tak terhidu. Tapi oklah juga, tak tercium bau busuk anak bujang teman yang malas mandi tu..
Macam nilah kaki mak saya kedua2 belah, inilah rumathoid arthritis. Tapi saya kena kaki sebelah kanan, dan takdelah sampai bersilang macam ni. Nak kata saya ni makan banyak sangat sea food, takdelah plak, saya kan resdung, mana boleh makan see food selalu. 
Ada terbaca ubatnya blend nanas, lobak putih mentah dan buah keras, tapi yekhh..tak boleh minum, tak sedap lansung. Cuma sekarang ni saya ada makan ubat homopathi dan vivix shaklee, mudah2an tak melarat.

#sakit itu satu peringatan.

14 comments:

  1. Untuk peringatan akak juga Azi,semua keindahan semakin merosot dari hari ke hari,rambut,gigi,mata juga badan...begitulah lumrah alam,roda sentiasa berputar.
    Tentang arthritis tu akak rasa akak ada kena sikit lah Azi kat jari tangan tapi tak tau betul ke x,sebab ada jari2 yang tak dapat lurus seperti biasa macam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak better gi cek ya. takmo makin teruk

      Delete
  2. Ya kak, jari pun boleh kena, better pegi check.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Makin tua makin terasa. PH lah tua, bukan ticer.

    ReplyDelete
  4. First time dengar pasal penyakit tu.

    Saya pun ada jugak rasa perubahan peningkatan umur ni. Kalau dulu bila pegi mall, saya confident je panggil semua cashier tu akak. Sekarang ni, dah berkira2 dan rasa lagi selamat panggil adik je kat dorang. Huhu

    ReplyDelete
  5. Sama dengan Fatihah. First time dengar pasal penyakit akak tulis tu. Mati tak mengira usia kan. Tapi sudahkah kita bersedia? :(

    ReplyDelete
  6. AsSalam,
    betul tu .. sakit dan kematian datang tanpa diundang...

    Kalu sakit tu rasanya boleh dicegah dari awal sebelum tetkena..
    Yang pasti kita dah usaha, jaga makan, jaga gaya kehidupan dan amalan kehidupan sehat seharian...seperti bersenam dan diet..

    Semoga kita sama2 beramal untuk dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bunda, eloklah cegah sebelum terkena

      Delete
  7. samalah dengan saya ni kak, macam2 nikmat yg dah ada sekarang ni nikmat sakit,nikmat ada uban, nikmat mata rabun...begitulah nikmat yang kita dapat bila usia semakin meningkat ni kan...

    kematian itu pasti, moga kita dapat tingkatkan amalan sebagai bekal menuju kematian.

    oh ada penyakit tu ya saya tak pernah tahu pun sebelum ni, terima kasih kak berkongsi

    ReplyDelete
  8. Mmg seram weyh mak kalau ckp pasal mati ni. Tp yelah, mati itu kan pasti, siapalah kita nak mengelak. Berdoa ajelah moga Allah matikan kita dlm keadaan yg baik.

    Ohh baru tau kalau sakit sendi tu, jari sampai boleh bersilang mcm tu mak...takut ek.



    ReplyDelete
  9. syukran di atas peringatan...semoga diberi kesihatan yg baik..

    ReplyDelete
  10. Kalau diikutkan 'keindahan' hidup saya pun dah ditarik sedikit demi sedikit, KakG. Itu semua tak mengenal usia sekarang ni. Saya ni dah beberapa tahun rabun dekat. Orang kata orang tua je ada rabun dekat, tapi saya tengok kat kepala takda uban pun saya dah dapat rabun dekat tau. Makin pakai spek, makin teruk. Lepas tu dapat stress pulak. Mula-mula stress sebab tak boleh baca tanpa spek. Lama-lama naik geram dan darah pun mulalah naik sebab kerap stress entah apa-apa!

    Kalau bercakap pasal mati, nak tulis perkataan 'mati' tu pun takut apatah lagi nak kaitkan dengan diri. Tapi betullah, bila dengar tentang kematian, ngerinya alahai. Masalahnya- selama mana kita rasa kita tak bersedia lagi? Bila agaknya nak bersedia? Hmmmm.... Ngeluh ajelah yang boleh!

    ReplyDelete
  11. Takut juga sbb tak sediakan mah..
    Mcm den gak lah..
    Byk dah peringatan dah kuar..
    Uban tu jgn ckp lah 1/4 rambut dah ado..
    Sakik pun iyo..
    Rabun dokek jauh pum iyo..

    Bersedialah wahai CH 😭😢

    ReplyDelete
  12. terima kasih utk entry ni kak..irda baca penuh keinsafan

    moga akak sentiasa sihat selalu ya...aamim

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign