Asam Garam Kehidupan: Naik MRT ke Bukit Bintang- Kafe Ikhwan.

Nuffnang

Pages

21 Aug 2017

Naik MRT ke Bukit Bintang- Kafe Ikhwan.

Sana-sini kengkawan blog bercerita pasal pengalaman naik MRT yea. So, kita pun nak cerita juga. Sajalah nak bawak anak2 jenjalan sementara tambang masih dalam paras kemampuan ni. Kami naik di stesen Sg Jernih, Kajang ke Bukit Bintang. Tambangnya rm2 seorang sehingga 31 ogos ni, selepas tu rate tambang biasalah, tak tau berapa.
Abah tukar duit besar ke duit kecik sbb nak beli token, Nadhrah tu tengah sakit perut, perjalanan hari ni ( ahad 21/8) Tak menyeronokkan nampaknya. 
Seperti biasa, kalo bergambar berdua, nampak sangat sang bini sedikit gumuk dari sang suami, huhu.
Inilah destinasi kami, kafe Ikhwan Bukit Bintang, satu2nya kafe milik bumiputera yang harganya masih affordable, yang lain rata2nya milik orang Arab yang harga makanannya di luar kemampuan, sempat jeling kalo nak hisap syisya biasa pun rm37, mak aii kan, apake jadah nak isap syisya kan.

Suasana dalam kafe, sangat selesa. Kami ke sini pun salah satu sebab lagi sebab senang nak solat. Kat Mana surau atau masjid kat kawasan Bukit Bintang tu, kami pun tak tau. Yang nampaknya shopping komplek dan kedai2 pak Arab je.
Nasi goreng, macam biasa pilihan anak2.
Ni den punyo, kew tiaw goreng, sedap weh.
Kew tiaw sup, pilihan my hubby, rm12 semangkuk.
Meninjau pemandangannya bawah sana. Selalu lalu bawah, kta dongak tengok rel mrt tu, Kali ni kita tengok bawah plak, nampak rumah kampung, shopping komplek, kedai perabut..hehe..

Lepas makan, sempat lagi window shopping ke Pavilion. Mampu tengok jer, nak beli telan ayaq lioq dulu tengok jam tangan Tag Heur harganya ribu-riban weh.

18 comments:

  1. bestnyer kak..dah merasa naik MRT kita ni belum lagi merasa, ntah bila nak rasa pun tak tahu lah buat masa sekarang macam tak nampak je hehehe

    nak bagi akak nampak kurus dari en.suami bila bergambar akak berdiri dibelakang bagi nampak sebahagian badan je hehehe haaa nampak la kurus sikit nanti sorry kak gurau2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah best sgt pun mama Yan, sama je rasa mcm naik ERL, cuma ni relnya kt atas, boleh tengok pemandangan di bawah sana, tu je bezanya, hehe..ni pun sbb tambang masih promosi, sok dh harga biasa takdolah sengaja nak Naik dah, kalo ada org Tanya bolelah cerita yg kita pun dah naik.

      Huhuhuk aloh..ye Tak yo kan, lain Kali akk bergambar belakang dia je, tunjuk muka je..hehe

      Delete
    2. Takdelah best sgt pun mama Yan, sama je rasa mcm naik ERL, cuma ni relnya kt atas, boleh tengok pemandangan di bawah sana, tu je bezanya, hehe..ni pun sbb tambang masih promosi, sok dh harga biasa takdolah sengaja nak Naik dah, kalo ada org Tanya bolelah cerita yg kita pun dah naik.

      Huhuhuk aloh..ye Tak yo kan, lain Kali akk bergambar belakang dia je, tunjuk muka je..hehe

      Delete
  2. tak berkesempatan nk naik MRT..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat Nohas, sbl tambang Naik lps 31 ogos ni.

      Delete
  3. NAIK MRT SEKELUARGA JLN2 MKN ANGIN YA NOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak, bawak anak jenjalan smtara tambangnya masih murah.

      Delete
  4. Bukan nampak sangat KakG, memang nampak pun... Hahaha!

    Gurau je yerk, jangan gigit bibir kang luka den tak tanggung kos perubatan ^_^

    Naik juga akhirnya MRT. En Suami mengalahlah ya, tak jadi nak berehat-rehat di rumah hujung minggu baru ni yerk. Cafe Ikhwan ni macam pernah nampak, macam pernah dengar tapi memanglah tak pernah singgah.

    Banyak aje surau kat area Bukit Bintang tu, KakG. Tapi biasanya surau pun tak penuh ^_^

    Saya tak dapat-dapat ni nak naik MRT makan sate Kajang. Dah kata syioknya makan sate Kajang belah malam, tak mahulah naik MRT belah siang. Nanti naik malam, takut jumpa Annabelle pulak. Senang cerita, simpan jelah plan tu dulu.

    Laaa... sapa suruh beli Tag Hauer? Pergilah beli jam Casio ke, Citizen ke, barulah puas hati; takdalah kata window shopping jerk.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..den ngakulah den gumuk, tapi laki den tu tinggi sbb tu dia nmpk kurus bila berdiri sebelah den, cer Tanya mak..den kurus je kan mak😝😝

      Mana tak ngalah, den pujuk kata siap masak dulu, makan kekenyang baru keluar, hehe..kekdahnya nak berjalan dah hujung bulan kan, padahal singgah gak makan kt kafe Ikhwan tu.

      Dah namanya window soping, mmgle Kita tengok je, survey barang2 org kaya boleh milik, Kita boleh tengok jer

      Delete
  5. Akhirnya dapat juga merasa naik MRT ya Azi..tentu seronok budak2 .
    Manalah ada gemuknya ...akak tengok slim je tu.
    Nampak selesa kafe Ikhwan tu...makanan nya pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  6. Ya Kak, utk bg pengalaman kt ank2 je, sok2 tambang dh Mahal tkdelah nk naik dh, hihi
    Kan Kak, sbb suami saya kurus, jadi saya nmpkla gemuk,haha

    Ya Kak, kafe Ikhwan ni tenang je suasananya, diperdengarkan juga nasyid2 yg mendidik jiwa.

    ReplyDelete
  7. seronoknya ada pengalaman naik MRT...saya entah bila nak cuba. hari tu ke Kajang masih belum siap...next time insyaallah.

    kalau ke bukit bintang nanti boleh singgah ke ikhwan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah adalah rezeki lain kali tu arz.

      Betul tu, nnt kalo gi bukit bintang jgn lupa singgah kafe ikhwan.

      Delete
  8. Uiii....mak punya gambo naik MRT masih kena peram lagi, lum jadi tapai tu yg belum release tu haha....

    Amboiii posing ala ala Che Ta nampak , tak tengok kamera hihi...
    Hari tu pergi jugak Bukit Bintang tp tak jumpa pulak restoren tu. Belah mana ek. Den sempat jalan iSetan je, nak gi Pavillion tak jumpa weyh haha....

    Surau tu banyak je kat stesyen MRT tu mak senang sangat kalau nak solat.

    ReplyDelete
  9. Kita jawab yang pasai kafe Ikhwan dulu ek, laki den kata lebih kurang 100m jer dari pintu A tu, ko carilah pintu tu mak, aku nak habaq detail pun tak pandai bona.

    Ha, bila ko naik MRT tu mak, baik ko cepat masuk entri, Tak aci ar, aku nak tengok plak posing ko camane, dah aku posing ala cik Ta kan, mwehehe..

    ReplyDelete
  10. Den tak meraso naik mrt ni lagi zimah..
    Kiro ko dah meraso lah anak beranak..
    Murah tu RM2...
    Bilo den nak poie ni..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign