Asam Garam Kehidupan: Petang itu dalam sejarah.

Nuffnang

Pages

10 Aug 2017

Petang itu dalam sejarah.

Nak amik gambar mau melompat dia kang. Dia dah bagi amaran jangan sangkut pautkan dia dalam cerita2 di sini. Aritu pernah tulis kisah cintan kami, habis dideletenya..padahal asalnya dia juga yang suruh tulis. Harap yang ni takdelah den tertulis benda yang menyentuh sensitivity dia.

Takde..ni nak puji dialah. Bermula dari membasuh cawan minuman sendiri, padahal mungkin mak mentua tak biasakan anak lelaki dengan kerja2 orang perempuan kot, sebab adik-beradik dia yang lelaki kalo makan pinggan dorang sebiji pun tinggal je kat singki. Tapi anak2 perempuan a.k.a mykakakiparandadikipar semua rajin2. Eh...oh..tadi petanglah ( petang khamis) tetiba dia tolong basuh khazanah kat singki tu. Pagi memang kelam kabut, kejar nak keluar awal, tinggal semua lintang-pukang. Mula ingat dia nak basuh cawan minuman dia jer, cam biasa, tengok2 dia basuh semua.

Alahh...itupun nak cerita ka?

Mestilah..sebab inilah first time dia tolong den basuh pinggan tau sepanjang 21 tahun kitorang kawen. Sweet la kan. Alolo..mekacih..

Selalunya dia suka tolong basuh, jemur, angkat baju. Oklah kan, at least ringan sikit beban tugas rumahtangga. Tapi den tak suruh tau,..eh..jangan suruh2 kalo nak minta tolong tu, jatuh martabat dia sebagai seorang suami..orang lelaki ni pantang disuruh2, tercabar ego dia.kita pun tak solehah gitew tau. Biarlah dia tolong dengan rela hati dia, dia gembira, dia dapat pahala kerana tolong kita dan pahala sebab gembirakan kita. Biarkan dia mencontohi Rasulullah dengan kerelaan hati dia. Kalo dia taknak tolong, kita buat jelah dengan redha, rasakan itu tanggungjawab Kita sebagai seorang isteri yang mengejar title isteri solehah. Uishhh...tinggi Ooo darjat seorang isteri solehah ni, sebab Rasulullah pun sebut kan antara yang mengembirakan Baginda di dunia ialah seorang isteri yang solehah. Haa..jom kita struggle title tu sungguh2.

Lagi satu, dia tak cerewet bab berpakaian di rumah. Den memang suko bona pinjam baju cik kelawar tu. Lepas satu, satu den boli..pagi potang malam itulah den sarung, kejap hijau, petang kuning, malam pepel..oklah kan, at least tuko2 kaler. Sajalah den tanya..boring tak tengok den asyik berkibaran camtu. Katanya..ok je..senang hati den. Cuma tak taulah dia ikhlas ke tak...harap2 ikhlas la kan.

Tapi bab pakaian kalo nak keluar rumah, janganlah den berani2 pakai baju kurung ketat ke, jubah belah sampai pinggang ke, tudung belit2 ke, kalau berani cuba..tengoklah jelingan maut dia, uishhh..tak berani den. Ada ke dia kata cik Ta tu tak cantik, entah apa2 mekap eh.,jadi den ni kalo keluar berani pakai bedak dengan celak je, tapi den memang jenis tak suko mekap2 dari dulu pun.

Oklah kan, dia jaga den supaya tak terkeluceh melanggar tata susila pakaian muslimah. Tak faham terkeluceh tu apo? Alahh..buat2 faham sudahlah..

Tulah kan, bukan senang membina sebuah rumahtangga idaman ni, banyak simpang siurnya. Yang penting jangan sesekali mengalah, penting sangat juga, jangan lepaskan pergantungan kita kepada Yang Maha Esa, Maha Menjaga itu..mudah2an den dan dia bersatu di Jannah.

Bakal haji dan hajjah 60 tahun lagi...moga ada jalan dapat pegi lebih awal.

8 comments:

  1. Wahhhh untung dapat suami rajin...semoga terus bahagia dan sentiasa diredhaiNya =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..mau juga menolong kan kak.

    InshaAllah kak...moga dapat pergi haji awal nanti

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, mg kebahgiaan ini kekal selamanya, aamiin...

    Psssttt: Suami sypn sama juga, bab2 kain baju 100% dia handle, nak mudah bw jer baju bini & anak2 ke kedai dobi ntuk gosok.. 😀

    Mgkn arwah mil latih dia wt keja2 umah dr kecil lg, sbb itu tak kekok bantu ntuk ringankan tugas bini dia.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
    Semoga bahagia berkekalan

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdullilah. Semoga sentiasa bahagia akak sekeluarga dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin. Salam singgah dan done follow blog kak. :D

    ReplyDelete
  6. Tak pe mak...ko tak mekap pun dah cantik. Natural beauty gitu.
    Untung tau dapat laki yg rajin tolong buat kerja rumah. Lagi lagi ko pun kerja mak.

    Laki aku dulu masa aku kerja dulu, mau jugak dia menolong kerja rumahtangga ni....La ni, idaklah lagi....
    Hihi....harapan ko yg bawah tu mmg win ah mak!

    ReplyDelete
  7. Comelnye gelagat suami isteri ni. Semoga dijemput Allah awal ke rumahnya ye

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign