Asam Garam Kehidupan: Nak sabar ke idok ni?.

Nuffnang

Pages

14 Aug 2017

Nak sabar ke idok ni?.

Lagi kisah nak sabar ke tak sabar ni.

Pagi ni la. Nak keluar tengok tong sampah terbalik, sampah diselongkar dek anjing

Oitt..sabo, jangan nyampuk.

Tu bukan sampah rumah den. Tu jiran sebelah punya. Sampahnya diletak dalam tong sampah rumah den. Yang hanginnya satu badan den raso, dahla letak sampah dalam tong sampah rumah den, sampahnya yang diselongkar tu macam pampers, sisa makanan..habis berselerak ke kawasan rumah den..ha, sape tak hangin kan??

Tong sampah den memang dua, satu untuk letak sampah kering, macam kertas terpakai, botol2, kotak2, satu lagi untuk sampah basah, siap bertutup..takdelah kena selongkar. Masalahnya dia dahla tumpang tong sampah den, pastu tak tutup, sebab tu kena selongkar.

Dah banyak kali dia buat camtu.

Den dah letak jauh tong sampah dia dengan tong sampah den. Rumah den tu takde tempat tong sampah dalam tiang pagar macam rumah lama Kat bandar tun husseion on dulu, tu yang susah tong sampah letak luar, kalau tak jaga, tak tutup habis sampah kena selongkar, berselerak atas jalan.

Den goram ni. Ikut ati yang goram ni den nak sound guna wasap je, macam sebelum ni den buat. Eh..den cakap elok la, takdolah den tunjuk marah.

Atau nak ikut cadangan anak den..tulis nombor rumah kek tong sampah tu, tulis bosar2 bagi dia faham. Korang raso camano?

Sekian bebelan hangin pepagi Isnin ni yo.

17 comments:

  1. tulih kak no.rumah pastu tulis lagi "DEN PUNYO" jangan nak kongsi2..ehh kalau gitu gayanya memang boleh hilang sabar kak

    ReplyDelete
  2. Biasa berlaku camtu, nasib kat rumah saya tong sampah lebih berat dari anjing... tak dapat lah dia nak terbalikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sampah ke lotak batu Kasi berat, hihi..Kang berat sgt org angkut sampah tk larat plak nk angkt

      Delete
  3. Salam!

    Biasanya orang macam ni memang jenis tak reti bahasa. Silap haribulan tak menyempat dia nak baca nombor rumah kat tong sampah tu. Kalau dia sempat, tak akan dia tak sempat tutup tong sampah lepas buang sampahkan!

    Kenalah banyak bersabar, KakG. Tapi kalau tak sabar, sound direct aje bagi malu sikit. Bukan sekali dua buat gitukan. Kalau masih tak tahu malu, entahlah.... redha ajelah dapat jiran macam tu perangai!

    ReplyDelete
  4. Wsalam, tak taulah nak cakap, berjiran ni bak kata kalo ikutkan dalam Islam mcm bersaudara, kalo ikutkan kena jaga semua, perasaan, kasih sayang...tapi kalo mcm ni susah ni, tata susila kejiranan tak dijaga. Kalo sesekali takpe juga, ni selalu..

    ReplyDelete
  5. Susah kalau dapat jiran macam tu. Selalu buat kita stress. Elok kalau ticer tulis nombor rumah kat tong sampah. Kalau dia buat lagi, nak tak nak, kena sound lah.

    ReplyDelete
  6. Better tulis no umah tu kat tong sampah tu Kak Nor Azimah. sabar kak. huhu.

    ReplyDelete
  7. Sabar itu indah..

    ha3 kena batang hidung sendiri, boleh le kata gitu..

    ReplyDelete
  8. kak try call majlis perbandaran minta diorg tangkap anjing liar. selalu saya buat gitu kat area rumah ni

    ReplyDelete
  9. kat taman sini masing2 tulis nombor rumah besar2 kat tong sampah masing2.

    ReplyDelete
  10. Adoii susah berjiran dgn org xde kesedaran sivik mcm ni

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, moga diberikan kesihatan yang baik.
    Begitulah hidup berjiran. macam2 peel dan karenah yang ada. yang bertimbang rasa, yang memahami dan yang sebaliknya. Mungkin dia tak perasan agaknya tong sampah miliknya, agak je. Apapun, Moga akak dapat bersabar..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum makcik azimah. Lama tak bertandang dkt blog makcik. Hehe marah betul makcik. Sabar yer. Makcik tegur jer jiran makcik tu. Mungkin dia jenis kena ckp banyak kali baru jalan. Hahaha. 😂

    ReplyDelete
  13. mmg hangin satu badan macam ni..rasa geram je..

    ReplyDelete
  14. ada tong sampah sorang satu pun masalah juga ye kak, apalagi saya yang berkongsi tong sampah ni...beruban si jmb pikir solution..hiks.

    ReplyDelete
  15. Aduhhh...geramnya dapat jiran mcm tu. Sampah dia banyak sangat ke mak sampai menumpang Tong Sampah ko tu?

    Kena cakaplah kot. Dah dia tak paham nak buat camne. Kita jadi serba salah pulak ek

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign