Asam Garam Kehidupan: Den kojo cam biasa.

Nuffnang

Pages

27 Nov 2017

Den kojo cam biasa.

Cuti sekolah panjang ko, pendek ko den tetap kojo cam biasa. Al maklum den kan cikgu bosa. Mwehehe..ishhh..takdelah nak besar diri, cuma kita bekerja makan gaji Kan, amanah yang dipertanggungjawabkan tu kenalah pikul sebaiknya, supaya gaji yang diterima tu menjadi halal, ye dok?
Sabtu maren, pi makan kenduri kat Pedeksen, kata mak mentuo den. Faham ko, Tak faham? Ala, buat2 faham jer. Rumah Sepupu toklaki den, kira pangkat anak sedara mak mentuo den la kan. Pastu singgah Kat muzium tentera, banyak boto keto kebal, ada yang dari tahun 1969, 1970...semua elok lagi tayar eh, hehe..ada kapal terbang tentera, helikopter lama tentera dan yang ada terowong kominis. Tapi den bukan nak citer sangat pasal ni. Kalo nak tau lebih detail, silalah buat kunjungan musim cuti sekolah ni yo.
Yang den nak citer pasal gerobok rezeki.
Mak mentuo, kakak ipar, adik ipar, den, mak mentuo tu kena paksa ikut sebab doktor suruh banyak bergerak, duk icu hospital king Abdul Aziz maren ada dalam seminggu, Alhamdulillah sihat semula, dapat balik Podeh nogori Sembilan.
Posing depan terowong kominis, macam2 ada dalam dalam ni, sape nak tau, sila datang sendiri yea, hehe.
Nilah gerobok rezeki. Rasanya Saya belum jumpa lagi masjid lain yang buat macam ni. Di sini diletak beberapa keperluan seperti beras, tepung, minyak masak, kicap, sos...dibuka kepada yang memerlukan. Bagus Kan. Yelah...dah banyak Kita baca komplen susah bagi orang2 yang memerlukan bantuan nak minta zakat, minta bantuan masjid, Ada macam2 procedure. Kalo Kat gereja tu  sapa pun boleh datang, just tulis nama pastu boleh amik duit bantuan.
Jadi kalo masjid Kita boleh buat macam ni Kan dah satu kemudahan tu.
Nilah madjid perintis gerobok rezeki tu, masjid tentera di Port Dirkson.

8 comments:

  1. Asalam ..selamat bersiaran ya ..semoga sentiasa sihat..

    ReplyDelete
  2. Wsalam cikgu, pengunjung terawal ni, hihi..
    Moga cikgu Dan keluarga pun sihat sejahtera selalu.

    ReplyDelete
  3. Wah muzium tentera tu dulu selalu jg singgah bawa anak2...terowong bwh tanah tu seram jg bila masuk.

    Gerobok rezeki tu klu area gombak ada kak, saya ada follow seorang hamba Allah yg buat gerobok rezeki tu & orang ramai boleh bg sumbangan jg, sumbang duit kepada org tu utk beli brg kan. Bagus buat macam tu kan, terasa nk jg buat dkt masjid dkt rumah tu ha

    ReplyDelete
  4. Masjid sinipun disediakan gerobok rezeki dan banyak juga saya jumpa masjid yang menyediakan keperluan asas buat mereka yang memerlukannya, kiranya salah satu tanggungjawab pihak pengurusan masjid untuk membantu mereka yang memerlukannya

    ReplyDelete
  5. Gerobok rezeki ni satu konsep yang bagus untuk membantu orang yang memerlukan .
    Cuma kena pantaulah juga supaya tak ada orang yang amek kesempatan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapatlah ringankan beban sesiapa yg memerlukan 👍🏼

    ReplyDelete
  7. Selama ni akak dengar je komen2 pasal isu ni,rupanya dah pun dilaksanakan,Alhamdulillah...dapat lah meringankan beban org yg memerlukan.

    ReplyDelete
  8. Sihat nampak mak mertua ko mak... boleh jalan, boleh urus diri sendiri tu kira sihatlah kan. Orang tua....

    Ohhh gerobok rezeki tu maksudnya sesiapa yg memerlukan boleh ambiklah ek. Dan sesiapa yg berkemampuan boleh memberi. Baguskan....

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign