Asam Garam Kehidupan: Doa memupuk kasih sayang.

Nuffnang

Pages

17 Sept 2018

Doa memupuk kasih sayang.

Hari ni cuti sempena hari Malaysia,  jadi Alhamdulillah banyaklah urusan rumah yang sempat disettlekan,  mendobi,  mengemop,  cuci esbok,  siang ikan.. Tulah kan kerja2 SRT yang dok selalu kena hadap kan. Siang ikan siap2 untuk seminggu jarang dapat buat sebab tak larat berdiri lama,  penat.  Banyak kot nak kena siang sebab toklaki den tu peminat ikan tegar,  dia tak suka ayam,  daging semua tu.  Kalo den masak ayam selalu untuk makan anak2 je,  sampai kadang tu sebab jarang masak ayam,  bila masak si Umar Zikri bersorak, "yey,  ibu masak ayam.. " Lagipun den taknak jadi macam mak2 moden sekarang ni,  asyik bagi anak2 makan ayam,  contoh macam kat tadika den tu,  kalau lauk ikan ada yang tak reti makan tau.  Padahal lauk ikan ini den pernah dengar kat IKIM adalah lauk yang disukai oleh Rasulullah. Lagipun orang yang makan ikan ni otaknya cerdik,  cam budak2 kat Terengganu dalam berita baru ni, dikatakan cerdik sebab suka makan ikan.  Uishhhh... Terpanjang pulak celoteh ikan..
Doa ni tadi dengar kat segmen pesona D Zahra radio IKIM pukul 10.30 pagi setiap hari isnin,  perkongsian tip2 menarik alam rumah tangga oleh ustaz Muhammad Abdullah Al Amin. Ustaz kata kaum ibu terutamanya bila nak masak tu sebelum masak bacalah selawat 3x dan surah Al Kautsar sekali kat makanan yg nak dimasak tu.  Bila dah siap masak sekali lagi baca selawat 3x dan surah Al Kautsar sekali kat makanan,  in shaa Allah dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. .
Tu ikan selar,  siang siap2 simpan esbok senang balik kerja nak masak. 
Ni gambar pokok lidah buaya kat rumah arwah mak,  ada bunga rupanya lidah buaya ni. 

Takde sape nak kemaskan rumput2 dan semak ni,  kali ni balik kejap sangat,  tak sempat nak buat,  huhu. .Kesian rumah ma. ..

18 comments:

  1. macam CT kecik2 dulu jarang makan ayam sebab mak ayah suka ikan. pegi sek pulak selalu ayam jadi tak reti sangat. skrang da okkay suka je semua heheh semuaaaa telan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 mkn ikut apa yg mak masak, cuma kalo lauk ayam tu bertambah2lah seleranya, bebudak kan.
      Bila dah besar ikutlah selera apa yg nak dirasa dek tekak kan:)

      Delete
  2. mek tak suka ikan. hhu, masa pantang pun time period yang makan ikan tu mek ganti dengan biskut. bila masuk week dah boleh makan ayam rasa berselera giler dapat makan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti masa kecik2 tak biasa mkn ikan ek, hihi.

      Delete
  3. Anak sulung saya langsung xmo ikwn kecuali siakap..

    Nak mudah bagi makan ayam goreng, janji bukan lauk ikan, senang kerja umi.. 😆😆

    Tapi itulah kadang2 stress juga nak ikut selera dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan yg sedap dan mahal tu, hihi.

      Ayam goreng kesukaan upin ipin, hihi

      Delete
  4. Geng lah.. kita suka sgt ikan.. ayam selalunya makan ayam kampung.. sesekali makan KFC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan ayam ppnj saja, ayam ni pembekalnya dari johor, takde suntikan hormon, kalo ayam kedai tu saya tak suka sbb hanyir kuat.

      Delete
  5. MKN IKAN REBUS JE PUN SEDAP

    ReplyDelete
  6. syukran kongsi doa...saya pun lebih suka ikan & seafood yg lain..dulu suka gak ikan sungai, tapi sekarang dah kurang minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak makan ikan sungai, tak pandai.

      Delete
  7. Mudah2an semakin erat ikatan kekeluargaan.
    Makan ikang memang bagus tapi jangan makan kepala nanti pelupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pale ikang memang tak makan wak, kalo ada kucing campak kat kucing.

      Delete
  8. saya la tu kak tak makan ikan, memang c boleh nak telan dr kecik lagi, dah tua ni baru cuba2 makan itu pun ikan siakap je cuba dulu hehehe, anak2 saya alhamdulillah makan ikan x ikut peel mak dia ni ha.

    tq kak share doa tu, boleh buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpk macam mudah mama yan, tapi selalu lupa, huhu

      Delete
  9. Orang yang tak suka makan ikan ni sebab pernah tercekik tulang masa kecik. Lepas tu terus tak berani makan ikan sampai ke tua. Keberaniannya amatlah rendah haha.

    Saya pun pernah tercekik tulang masa kecik tapi Alhamdulillah masih suka makan ikan sampai sekarang. Rata-rata dalam keluarga saya pun pernah tercekik tulang ikan tapi masih boleh makan ikan sampai sekarang. Kalau asyik makan ayam je nanti muak.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign