Asam Garam Kehidupan: Harap2 ada rezeki/ perencah omak den.

Nuffnang

Pages

5 Sept 2018

Harap2 ada rezeki/ perencah omak den.

Terlebih dahulu nak buat announcement, ehermm,  ehermmmm... Perhatian2x.. diumumkan dengan hepinya bahawa den satu keluarga in shaa Allah akan bertolak balik ke kampung halaman tercinta Terengganu Darul Iman pada jumaat 6/9 ni. Doakan semoga takdo aral melintang ye.  Sebona eh dah 3 kali plan nak balik tapi takdo rezeki,  raya puasa ritu den tak sihat,  pastu nak balik raya haji baru ni si kakak tu kena kerja tak dapat cuti,  kesian plak kang dia tinggal sorang2 kat rumah,  pastu nak balik cuti merdeka baru ni tak kesampaian juga sebab abah kena hantar si kakak balik kampus kat Kuantan nun,  bonet kereta penuh dengan barang dia saja.  Mudah2an kali ni dapatlah balik,  dah rindu bona nak makang kepok leko goreng panas2,  fresh2 cicah sos, yoooo... Sedapnya kalah ayam kepsi tau.
Nilah perencah masakan semulajadi omak den.  Bukan mak mentuo,  omak den betul,  yang den nak balik rumah dia,  walaupun dia dah takde,  dah 7 tahun hilang dari mata,  tapi tak pernah hilang dari hati. Arwah yang ajar ni,  nak bagi cepat siap masak.  Tapi dia blend cili,  bawang merah,  bawang putih simpan dalam esbok tak dimasak dulu.  Tapi mememandangkan den ni terlebih kretip,  den blend pastu masak siap2.  Dah sejukkan baru simpan dalam esbok.  Memang mudah hidup den,  nak masak asam podeh ko,  ikan sambal ko,  ayam masak merah ko,  nasi goreng,  mihun.. Tinggal panaskan masukkanlah bahan2 lain cam kalo nak buat nasi goreng tu,  campak udang ko,  ayam ko,  tambah kicap sikit,  tuang nasi,  kacau2 siap. 
Ni den nak masak asam podeh,  letak je perencah tu,  tuang air,  tambah gula,  garam,  asam jawo,  tomato,  bunga kantan,  ikan pastu tunggu menggelogak. Siap.  Den ni tak berapa nak suka perencah segera kat kodai tu bukannya apo do,  kalau perencah asam podeh tu banyak bona belacan eh,  habis bau satu rumah,  dahle den laki bini alah belacan,  dah tu takdo sapo nak makan,  busuk kato eh,  terpaksa kuarkan ikan tu,  goreng semula,  buang je kuah eh.. Kalo buat perencah omak den ni,  memang fresh takdo lansung bahan kimia, pengawet semua tu,  in shaa Allah selamat. 
Tada.. Den persembahkan dalam piuk omak den walaupun dah kemek2,  den pakai yo,  biar omak den dapat jariah berterusan.. Ha,  tengok tu betapa cantik merahnya kuah asam podeh den ni,  tak terliur ko?  Ish2x,  korang ni kato nak pahala,  konolah rajin2 masak untuk ensuami tu,  nak cepat siap,  nak mudah masak,  buatlah perencah omak den cam den ni ha,  kompom memudahkan kerja2 memasak di dapur tu. 

12 comments:

  1. Wah boleh dikomersialkan ni.
    Bagi brand 'Asam Garam Kehidupan'

    ReplyDelete
  2. Wah wak, pagi2 dah jalan ek, nak gi mana tu, kebun eh? Hari ni bawa ni bawa bekal apa?

    ReplyDelete
  3. Sayapun suka siapkan perencah gini sebagai stok mingguan @ semasa travelling bersama keluarga.

    Maklumlah sebagai ibu bekerjaya, kita perlu kreatif..

    ReplyDelete
  4. Samalah perencah kita kak hehe...

    Semoga selamat & dipermudahkan segala urusan ye Kak. Jangan lupa tapau kepok losong tu utk cheq :p

    ReplyDelete
  5. bestnya nak balik kg nun tengganu kita, in shaa Allah.
    semoga dipermudahkan. enjoy2..long weekend tu

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan nak balik Ganu tu Azi...lama bercuti ya.
    Ok juga perencah resepi warisan tu,mudah dan cepat bagi yg bekerja tu elok sngt buat camni....tinggal campak2 je.

    ReplyDelete
  7. Semoga selamat sampai ke Tengganu..aamiin..ke kpg halaman.

    sodap tu asam podeh..memasak with love..

    ReplyDelete
  8. semoga selamat sampaintujuan kak..baca2 dr atas sy happy je..tengah2 sedih pula..baru sy tahu mak.akak sudah tiada
    .alfatihah..nampak sedap tu asam.pedas kak

    ReplyDelete
  9. kak..kirim.kopok.lekor..hahahaha
    .kalau dekat minta dah..
    bytheway doakan irda ya..dah 38 weeks ni:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah kreatifnya akak. Bagus tu, siap-siap dah perencah mudah nak memasak. oh, akak nak balik kampung ye. Selamat sampai ke destinasi yang dituju dan menikmati kegembiraan di sana.

    ReplyDelete
  11. Den samo mcm arwah omak ko tu zimah..
    Blend cili bawang..
    Pastu simpan petiais..
    Tak ado digoreng dulu..

    Kalau santan den siap perah..
    Pastu simpan dlm bokeh kocik2..
    Sonang nak guna byk mano..

    Pastu sayur den dah kerah tenaga nabil suruh siang..
    Lopeh tu masuk slm petiais..

    Biginilah ini kerja ibu yg bekerjaya😀😉

    ReplyDelete
  12. Dah puaslah kan makan kopok leko paneh paneh....
    Udah terubat rindu pada kampung halaman.. RUmah mak ko tu sapa yg jaga wei?
    ohh siap siap masaklah bawang semua tu. Tahan lama ke perencah omak kau ni kalau buh dalam peti ais bawah tu

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign