Asam Garam Kehidupan: Santai ahad 10/1/21#Yang tidak kuimpikan.

Nuffnang

Pages

10 Jan 2021

Santai ahad 10/1/21#Yang tidak kuimpikan.

Gembira sungguh hatiku dengan kunjungan ibu. Sungguh lama tidak bersua. Entah kenapa, entah apa halangan yang menjarakkan kami. Cuma seperti biasa dalam kunjungan ibu, kami tidak berbicara, hanya tatapan mata dan sentuhan kasih sayang yang menyatukan. Biasanya kunjungan ibu tidak lama, dia sudah resah ingin pulang. " Ma nak balik ye?" dia hanya mengangguk. Tapi turut akur bila aku menyatakan mau mengunjungi anakku di sekolah tahfiznya. Dia mengikutku tanpa bantahan. Kami hanya berdua kerana suamiku ada urusannya sendiri di Indonesia sana. Entah apa urusannya aku sendiri kurang pasti. Nak dikatakan urusan bisnes, suamiku bukan ahli bisnes, tapi tak silap pendengaranku, dia hanya hendak melancung ke sana. Aku nak ikut juga, tapi katanya belanjanya tidak mencukupi dan kebetulan pula ibuku ada di rumah waktu tu.

Di sekolah tahfiz anakku, sejuk mataku melihat dia memakai jubah putih dan berserban. Kami duduk bersembang di tepi longkang di bawah teduhan sepohon pokok yang rendang. Petang itu kelihatan ramai anak2 tahfiz lain berada di luar seperti kami, menghirup angin petang yang segar. Sesekali aku menjeling ke arah ibuku yang berada tidak jauh dari kami. Entah apa yang dilakukannya. Macam2 perkara yang disembangkan kami anak beranak, antaranya ada hal apa abahnya ke Indonesia? Kenapa aku tidak ikut abah ke sana? Jawapanku didengar sambil diangguk2 kepalanya. Seketika dia harus memasuki asramanya manakala aku mau pulang, ku cari ibuku, di mana dia..ah..nampaknya ibuku sudah tiada di situ, tapi aku terus juga mencarinya, mana ibuku pergi? Sehingga senja hampir berlalu aku tidak bertemu pun dengan ibuku..aku berjalan sehingga hilang arah..tiba2 mataku menangkap sesuatu di atas rumput..

Eh..dompet suamiku dan telefon bimbitnya. Aku mengambilnya..hilang sudah tujuanku mencari ibuku, hilangnya ibuku begitu saja sehingga aku lupa sudah lupa untuk mencarinya. Dompet suamiku pula menimbulkan persoalan, ada kredit kad di dalamnya. Dengan adanya kredit kad itu membuatku aku ingin mencari suamiku di Indonesia sana, perasaanku tentu suamiku sangat perlu kepada kredit kad tersebut.

Aku menempah tiket penerbangan ke sana. Di sebuah rumah tumpangan aku menelefon suamiku berkali2, tapi tiada jawapan. Manalah suamiku pergi, sibuk sangatkah dia? Aduh! Sampai nak terkucil dah dibuatnya tapi aku belum dapat menghubungi dia.

Kutinggalkan dompet dan telefon suamiku di atas sofa sementara aku perlu sangat menyelesaikan urusan perutku. 
Lega..
Aku kembali ke sofa, eh..mana telefon suamiku..eh hilang?? Aku perhatiku di sekelilingku beberapa remaja memegang telefon masing2. Sehingga aku dapat mengecam seorang remaja perempuan memegang telefon suamiku tapi dah ditukar casingnya dan wall papernya, aku merampasnya.."ha ingat aku tak kenal ye, kamu curi telefon aku kan?" aku menjerit marah. Remaja tersebut tunduk ketakutan. " cakap, di mana suamiku?" aku bertanya dengan garang sekali.  Remaja itu menggeleng2 ketakutan. Lantas aku menampar mukanya dengan menggunakan telefon suamiku sehingga retak permukaannya..

Ah..sudah...aku segera berlalu ketakutan, dan bersembunyi.

Kecoh pula mereka mencariku. Ibubapa remaja tersebut serta beberapa orang lain akhirnya menemuiku. Aku keluar ketakutan tapi kesembunyikan ketakutan itu dengan rasa tidak bersalah. Tapi aku akan meminta maaf juga di atas kekasaranku.
Aku seorang..mereka ramai, aku rasa mereka pasti menyerbuku..aku bersedia..
Tapi sebaliknya, mereka menundukkan wajah dan meminta maaf di atas kesalahan anak mereka mencuri.

Selesai.

Aku masih terus menghubungi suamiku. Beberapa staff rumah tumpangan turut membantuku menghubungi suamiku. Ada seorang staff lelaki menenangkanku mengatakan dia dapat menghubungi suamiku.

Tidak berapa lama suamiku datang bersama beberapa orang lain, tapi dia seolah2 tidak tau aku berada di situ. Yang kulihat ada 3 orang anak kecil, seorang perempuan muda yang kelihatan begitu mesra dan manja dengan suamiku, ada juga ibubapa perempuan tersebut menurut firasatku.. hatiku menjadi cuak.
 
Suamiku akhirnya menemuiku, bukan dengan gembira tetapi dia memarahiku kerana menggunakan kad kreditnya untuk membeli tiket kapal terbang. Hatiku yang sakit melihat suamiku dengan perempuan tersebut bertambah pedih dengan kemarahan suamiku..
" Oh, abang kata duit abang tak cukup nak ajak saya, tapi rupanya abang dah kawen lain kat sini kan, abang cakap, cakap abang..dah berapa lama abang kawen kat sini?" aku memarahi suamiku dengan esak tangis yang deras. Dari wajah kemarahan suamiku akhirnya menundukkan muka dengan rasa bersalah.
"Saya nak balik, kalau abang sayangkan saya abang ikut, kalau tak kita berpisah..." ugutku masih dengan esak tangis. Pedih sungguh hatiku dilukakan, ditipu secara senyap2. Patutlah selama ni dia kedekut sangat, berkira sangat dengan duit belanja., rupanya kerana dia sudah ada tanggungan lain di tanah seberang.
Sungguh aku tidak dapat menerimanya. Sungguh pedih, tambah pedih dan sedih kerana rasa ditipu. Pedih yang tidak dapat digambarkan dengan kata2...

Bila mendengar yang aku nak balik, suamiku berdiri semula demgan wajah kemerahan, menghalang aku balik.."jangan balik, kalau (dia menyebut namaku ) jadi isteri derhaka, faham!!"

Hatiku bertambah luka, sudahla ditipu, sudahlah melihat dia bermesraan dengan wanita lain, sudah ada anak pula dengan wanita tersebut, jantungku rasanya seakan mau meletup, nafasku menjadi kencang, dan...







Aku terbangun dari tidurku dengan perasaan cemas, dan dadaku yang sesak..serta merta berpaling kesebelahku dan kulihat suamiku masih nyenyak tidur..jam 6.15 pagi..
Perasaan cemas ku belum pulih, walaupun dalam seketika itu aku menyedari itu hanya sebuah mimpi..

Huhu..selalunya bila bangun pukul 5 tu aku terus mandi dan menyelesaikan urusanku dengan Allah..tapi pagi tadi, pagi ahad...hari ahad..hari santai, tambah pula aku Abc, sebab tu aku hanya bangun qadha hajat dan kembali menyambung tidur, dan...Ahh.. Syukurnya itu hanya sebuah mimpi, cuma mimpi itu memang mengerikan, dalam mimpi pun terasa pedihnya ditipu dan diduakan.

Hihi..ada yang rasa tertipu ke? Terimakasihla sudi baca cerita santai ahad den ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Turki 2/2/20.

25 comments:

  1. Ha3, sib baik saya baca atas, terus bawah sbb nak cari jawapan.

    Fuhhh, mencabar betul mimpi tu.

    ReplyDelete
  2. Kan, sampai terbangun sakit dada weyh.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  3. Oh ingat cerpen tadi. Mimpi rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..hehe..ingatkan cerpen..

      Delete
    2. Hihi,sbb ianya ada alur cerita, mgkn sbb tu jadi mcm cerpen

      Delete
  4. ada bakat menulis cerpen nih..

    ReplyDelete
  5. tekun membacanya sampai dipertengahan cerita. tapi kemudian aku mula rasa lain macam. terus scroll sahaja ke bawah. hah hah... agak dah.

    kau April Fool kan aku ya.... punggah! haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..tang mana yg buat IM rasa lain mcm tu?cer bagitau saya

      Delete
  6. laa smpi ke seberang mak serang laki dgn bini muda., huhuhu

    ReplyDelete
  7. Haha, kerana dikhianati senyap2.

    ReplyDelete
  8. Debar je akak ni tau hahahha

    ReplyDelete
  9. saya dah agak ini mimpi masa baca mak akak hilang tu..dah start leleh air mata tau! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh org dah biasa dgn jln cerita cerpen ni bijak je meneka, hehe.

      Delete
  10. wah nor mimpi pum mcm drama..ilham utk menulis tu

    ReplyDelete
  11. Sesekali teringin nak tulis cerpen, dot ilham dari mimpi pulak, hihi

    ReplyDelete
  12. kite dah mimpi tapi selalu lupa plot dia hehe

    ReplyDelete
  13. Mmg Nard, sebetulnya payah kita nak ingat apa yg kita mimpi tu, tapi entahla mimpi kali ni boleh ingat plak plot2 dia

    ReplyDelete
  14. Lahh mimpi rupanya. Panjang mimpinya tu kak. siap boleh buat cerpen lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya fiza, mmg rasa panjang, tapi akk lelap dlm psemula tu dlm pukul 5.30 smp pukul 6.15 tu, tapi dah sampai ke indonesia perjalanannya, hihi

      Delete
  15. dah dapat agak dari perenggan pertama ini adalah mimpi sebab suami sorang-sorang je pergi melancong walaupun bajet kecil..
    bagus penulisan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, yelah patutnya melancong kenalah bawa isteri kan

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign