Asam Garam Kehidupan: 5 Ramadhan dah wehhh..

Nuffnang

Pages

10 May 2019

5 Ramadhan dah wehhh..

Jumaat 5 Ramadhan, anak2 dah pergi sekolah..aku duduk di kerusi sambil menahan mata yang mengantuk..hari jumaat, cuti abc, tidak ke tadarus, tidak ada budak2 ngaji, tidak perlu rushing masak, tak perlu rushing kemas rumah., rumah yang senyap sunyi, hanya kedengaran kicau2 burung di luar rumah, dengungan peti sejuk#..aduiiii apa yang paling best??? Ya...sambung tidur...wahaha..ni sambung menaip pun mata terlelap2, berapa kali typo...

Camane korang? Tentu semakin bersemangat untuk buat yang terbaik di Ramadhan 1440H ni kan? Iyahhh, iyahhhh...cuma sebaiknya selain kita nak dan kejar fadhilat tu, kita niatlah sungguh2 supaya ramadhan kali ni kita nak tekan2 nafsu2 jahat kita yang asyik nak rumah besar, makan besar, gelang besar..nak sombong, riak, menunjuk2..ya Allah...sayalah tu...

Ada seorang waliullah yang menjual ganja di depan pintu masjid, sehingga orang ramai memandang serong terhadap wali tersebut. Orang ni terkenal sebagai hebat ibadahnya, baik akhlaknya tapi kerana pekerjaannya dia dipandang hina. Suatu hari imam masjid tersebut sewaktu mau masuk menunaikan solat maghrib bertembung dengan wali tersebut sedang mengemaskan barang2 jualannya iaitu ganja2 tersebut. Lantas terdetik di hati imam itu..."kenapalah dia melakukan pekerjaan begini sedangkan dia terkenal baik akhlak dan kuat ibadah..."
Sewaktu mengimamkan solat maghrib tersebut, tiba2 imam itu tidak mampu membaca surah al fatihah sehingga terpaksa dibimbing satu persatu ayatnya. Pelik, aneh..sesuatu yang tidak pernah berlaku..hatta kalau taraf kita pun rasanya tidak pernah lupa bagaimana bacaan surah alfatihah tu..
Sehabis solat, dia ditanya oleh para makmum kenapa terjadi begitu, apakah kesalahan yang mungkin dilakukannya. Katanya dia tidak ada melakukan apa2 yang bertentangan dengan syariat..kecuali...

Lantas imam menemui wali tersebut dan meminta maaf. Kata wali itu.."tak mengapa, aku tau engkau musykil akan pekerjaanku.."
Lalu terjadi perbualan antara mereka.
Imam: tapi..mengaka engkau melakukan kerja ini, bukankah ini pekerjaan yang tidak elok sehingga ramai orang yang tidak senang denganmu..
Wali: ada sebab aku melakukannya..
Imam: apalah sebabnya?
Wali: kau tunggulah di sini bersamaku selepas solat isya' nanti.

Kerana rasa ingin tau imam sanggup duduk di tempat jualan wali tersebut walaupun ada mata2 yang kehairanan melihatnya. Tidak lama kemudian datanglah seorang pemuda membeli ganja. Wali itu lantas menyuruh imam mengekori pemua tersebut untuk melihat apa yang dilakukan dengan ganja itu.

Imam dapat melihat pemuda tersebut menghisap ganja tersebut tetapi selepas hidapan pertama dia mencampak ganja tersebut ke tanah dan memijak2nya sehingga hancur..
Sungguh hairanlah imam tersebut.
Lantas segera dia menemui wali tersebut menceritakan apa yang dilihatnya. Rupa2nya wali itu sudah membacakan beberapa potong ayat Al quran sebagai penawar, bagi sesiapa yang menghisap ganja itu dia akan terus membenci ganja dan tidak lagi teringin menghisapnya..
Rupa2nya itulah tujuan wali itu, untuk membasmi gejala penagihan ganja waktu itu, bukanlah dia sengaja menjual ganja sebagai mata pencariannya...

Ya..kita manusia ni kan cepat sangat buruk sangka terhadap orang lain tanpa menyelidik dulu hal yang sebenarnya..
Tapi janganlah lepas ni kita nak buat macam wali tu yek, wali tu orang berilmu, kekasih Allah..kita kang tak pasal2 masuk dalam plak, ehehhh..
Minta maaflah juga...sebab saya lupa nama2 wali dan imam dan tempat kejadian..
Ramadhan kareem..



5 comments:

  1. oohhh..begitu kisahnya... kejap aje dah hari ke 5 puasa kann

    ReplyDelete
  2. begitu rupa kisahnya... moga menjadi pengajaran buat kita untuk sentiasa berbaik sangka walaupun apa yang kita lihat itu negatif. tapi kalau dah jelas yang salah itu jgn lah pulak kita nak berbaik sangka jugakkan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, selamat berpuasa..
    mula2 kompius jgk kisah tu.. bila baca habis baru tau begitu rupanya. tapi tulah jgn cuba-cuba nak tiru, nnti tak pasal-pasal tak sempat beraya hehe

    ReplyDelete
  4. Samalah kita beb.... org lain dah masuk 8 hari puasa...den sehari pun tak lepas lagi ni wei..... Yelah kan, moga kita tak cepat bersangka buruk, tapi tulah namanya pun manusia....

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa kak..15 Ramadhan dah hari ni..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign