Asam Garam Kehidupan: Otw balik yang mencabo kesabaran.

Nuffnang

Pages

19 Sept 2019

Otw balik yang mencabo kesabaran.

Hari ni den semangat sikit nak sambung cito sebab den ada follower baru yang ke 198..uhuk,uhuk..haha..orang dah ribu riban , awak 200 pun susah nak capai..tapi tak kesahlah..sebab den berblog pun bukan serius mana, just suka2, ada masa, ada rajin, ada mood baru update, apa ada hal kan.

Okeh kita sambung..oh lupa plak nak bagitau pagi sabtu tu tiba2 hujan lebat kat pekan kulim tu, wah..rasa teruja tengok hujan sebab sekian lama hujan tak turun kan dek bahana jerebu ni.

So macam dlm entri sebelum ni, kami kena bertolak balik tak dan cari peknga lawan gulai ikan temenung tu..tapi dapatlah singgah di kedai jeruk Pak Ali di Seberang Prai.
Macam2 ada kat sini rupanya bukan jeruk aje, ada kerepek2, kuah rojak, bahulu, t shirt muslimah tapi main dia ofkoslah jeruk pak Ali, belilah sikit jeruk sebab anak2 den tak minat jeruk.
Dah puas perabeh duit kat jeruk pak ali, kita sambung jalan. Kami dah jamak qasar kat masjid pekan kulim tu, so tak risaulah nak jalan tu. Penat agaknya si baby anak adik ipar tu nak tiduq pun tak berapa nak lena, jadi asyik menangis je dia. Kesian nengoknya.

Sampai kat rnr Tapah Perak..ha..kat sinilah dah mula cerito tak seronok tu. Kita tak biasa kat rnr tu, nak cari surau bukan main jauh, tandas pun jauh. Orang pun ramai yelah cuti kan, ramai orang berjalan.. Penuh orang kat surau, kena tunggu turn nak solat.. Dah solat, perut plak lapar, cari ensomi ntah mana tah, den tunggu kat gerai lain, dia pi gerai lain, pendek kata habis masa pusing2 je..tapi akhirnya jumpalah, dah makan. Selesai..oh tak selesai rupanya, sampai kat bas, perut dah menunjukkan tanda2 meragam, tapi bolehla tahan lagi, minta turun semula, driver tak kasi turun, tapi disebabkan ada yang belum naik ke bas, akhirnya dapat turun juga. Turunlah 3 orang, den, anak den dgn sorang anak sedara. Tetiba makteh pun turun masa kami dah selesai di tandas tu diminta plak tunggu, dia keluar tak nampak kami duduk di kerusi luar tandas tu, dia terus ke bas. Yang kami menunggu manalah makteh tak keluar2 nih..nasib baik ensomi turun cari kami..aduiii..habis masa kat situ. Driver bas dah bengang. Laju kemain dia bawak bas, dalam hati den tak putus2 mengucap ni, takut weyh kalo jadi apa2, buatnya terbalik bas tu kan sebab memang laju sungguh.

Tengah laju tu, orang lain pun dah lena, agak den dalam pukul 10 malam kot, si Umar Zikri plak nak t..b...k.. Aduii...mula2 tu boleh tahan lagi katanya, tapi akhirnya tak tahan dah, ensomi terpaksa juga minta driver berenti kat mana2 stesen minyak. Agak dalam setengah jam jugaklah dia drive laju2 akhirnya jumpa stesen minyak kat mana ntah rak perasan den, ingatkan umar zikri je yang nak turun, rupanya 4,5 orang juga yang turun..agak2nya masing2 perut meragam makan macam2 tambah perisa dengan jeruk pak ali plak..

Akhirnya sampai juga kat masjid besi, putra jaya dalam pukul 11.30 macam tu..ingat dah tamat citer, tapi ada lagi rupanya, si kakak nadhrah plak tak tahan2 nak membuang..kenalah cepat2 beredar sampai tak sempat nak salam2 dah, tapi sempatlah nampak sorang anak sedara tu kena tinggal dengan suaminya, sisuami tak perasan bini belum masuk dalam kereta dia dah jalan entah sampai mana agaknya, nampaklah si anak sedara tak keruan tepon sisuami suruh patah balik, hihi..

Tulah kan..kalau berjalan jauh, ramai2 plak tu..memang akan jadi macam2 cerita..
Ensomi kita sedang memilih2 jeruk pilihan hatinya..pilih bah pilih..bukan senang nak jumpa.

11 comments:

  1. mcmanalah suami naik keta boleh tertinggal isteri..huhu..nak cepat kot...mmg kalau ikut rombongan naik bas, bab nak t.b.k / t.k.g tu yg paling azab..pernah alaminya..

    ReplyDelete
  2. Macam-macam kejadian bila dah reramai ni kan. Esok-esok bila teringat sengih sorang-sorang πŸ˜†

    ReplyDelete
  3. Hihi..memang mencabar juga perjalanan tu kak.. macam2.. :)

    ReplyDelete
  4. mujurlah selamat sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  5. ha3.. bab2 nak terb***k tu tak.menahannya..

    ReplyDelete
  6. hai kak. lama tak singgah sini.

    ReplyDelete
  7. Tulah kan malasnya kalau jalan jauh ni.... takut nak ter....lebih lagi kalau naik bas mcm ni. Dapat driver yg garang boleh terber kita dalam bas wei...

    Kat rumah ni yg suka asam pun Pak King aje.... aku ngan anak anak pun kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya tak makan pun asam2 ni. jarang beli

      Delete
  8. Allahu... Macam-macam dugaannya ye kak. Tapi macam best juga naik bas reramai dgn saudara mara.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, macam-macam dugaan ye yg amat mencabar terutama nak terb** nk tergelak pun ada baca story akak ni hehe.. sebenarnya g rombongan mana-mana naik bas ni seronok, maklumlah tak payah penat-penat drive, tapi tulah kena macam pengalaman akak, haru juga... tapi endingnya, semuanya selamat alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. memang betul kalau perjalanan musim cuti2 ni amatlah mencabar kesabaran sangat kan :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign