Asam Garam Kehidupan: Umrahku tak seperti yang kuharapkan.

Nuffnang

Pages

20 Feb 2020

Umrahku tak seperti yang kuharapkan.

Ini sebenarnya episod akhir dalam cerita perjalanan umrahku. Tapi cerita ini yang nak kuabadikan dahulu sebelum ianya memudar dari memoriku.
Perancangan awal aku dan suami akan bertolak pada 29 januari 2020 ziarah umrah ke Turki seterusnya akan ke Madinah dan Makkah. Tapi aku meminta suami menukar tarikh perjalanan kami ke 2/2/2020, kerana pada tarikh 29hb tu aku masih dalam waktu period kalau ikutkan putaran 3 minggu bersih. 

Dapatlah tukar tarikh baru dengan tambahan bayaran rm100, tak mengapalah..asalkan dapat travel dalam keadaan bersih.

Tukar tarikh penerbangan sudah, ambil ubat untuk menunda period pun sudah. Tapi ilmu untuk menjalani ibadah umrah kalau tiba2 datang juga period tetap juga aku kaji dan pelajari. Ada juga cari doa2 untuk menahan period. 

Tapi Allah berkata lain...
Aku hanya sempat menunaikan solat tahiyatul madjid di masjidin nabawi dan solat subuh sahaja pada 7/2 hari jumaat selepas tu aku uzur tanpa sempat pun masuk ke Raudhah.periodku datang lebih awal dari sepatutnya. Ubat yang kuambil tak berkesan nampaknya. Tak tahulah kenapa, mungkin juga sebab sebelum ni aku tak pernah ambil apa2 ubat samada hormon atau pil perancang..Allah..
Allah..betapa kecewa dan sedih hati ini. Terasa apakah dosaku sehingga aku dihukum begini. Ketika teman2 umrahku berbahagia mengikuti ustazah untuk masuk ke Raudhah, aku menangis2 sehingga bengkak mata di bilik keseorangan...
Sehinggalah hari bertolak ke Makkah malam isnin berikutnya aku tidak berkesempatan untuk ke Raudhah. 

Tapi period ku tak lancar seperti biasa. Sedikit sangat, tak membasahi pad pun. Di Makkah dapat pula bertanya masalah pada ustazah yang bertugas di situ. Dengan panduan ustazah dan sedikit ilmu yang sempat kupelajari aku mandi hadas membersihkan diri, menyumbat kapas dan memakai pad dan seluar dalam yang ketat, dan dengan ditemani suami aku melakukan tawaf, saie dan bertahalul. Jadi Alhamdulillah dapatlah aku menunaikan umrahku yang wajib itu.

Keesokkan harinya haidku yang tergendala selama 5 hari terus keluar lancar walaupun aku amat2 berharap ia berhenti supaya aku dapat menunaikan umrah yang seterusnya. Puas berdoa, berharap, minum air zam zam..tapi nampaknya ia takkan berhenti. Kerinduan untuk melihat lagi kaabah begitu mendalam. Tak putus2 aku berdoa biarlah sekurang2nya aku dapat buat sekali lagi umrah atau dapat buat tawaf wada'...

Aku ajak suami cari pintu tempat saie yang tak perlu masuk ke kawasan masjidil haram, tapi nampaknya kawasan masjidil haram ni sentiasa dalam keadaan diubahsuai..pintu masuk kawasan saie ditutup...kecewa lagi hati ni..sedih tak dapat digambarkan...tapi dalam hati tetap berharap...Ya Allah aku nak juga tengok kaabah, nak juga ya Allah...

Malam terakhir sebelum berangkat pulang.
Tak sengaja tertinggal tasbih di dewan makan, tasbih yang kugunakan semasa di masjidinnabawi di Madinah dan sepanjang waktu di Makkah itu, awalnya fikir takpelah takyahla ambil..tapi terdetik pula rasa sayang sebab dah diguna di masjidinnabawi dan di Makkah tu, aku turun mencarinya di dewan makan. Ada pula ustazah di situ. Aku pun meluahkan kesedihan dan betapa keinginanku untuk menatap kaabah sebelum balik...

Waktu inilah ya Allah..betapa aku merasakan Allah itu Maha Mendengar doa seorang aku yang kerdil dan berdosa...rupanya ada orang lain senasib denganku, dia tahu jalan masuk kawasan saie tu rupanya dibuka selepas waktu isya sebab dia tanya pengawal yang menjaga di situ dan dia pun nak masuk tengok kaabah dengan seorang lagi kawan senasib..

Jadi malam tu pukul 9.30 malam kami bertiga berjalan agak jauh juga, dari pintu 79 sehingga jumpa tandas perempuan no 3, belok ke kawasan tembok istana raja dan akhirnya jumpajuga pintu masuk kawasan saie yang dari situ kami dapat melihat kaabah..
Lantai saie paling bawah. Aku dapat menyaksikan kaabah walaupun tidak sepenuhnya. Kami bertiga sama2 tanpa sedar mengalirkan air mata, gambaran perasaan yang tidak terlukis dengan kata2.  Lama kami di sini. Masing2 sudah semestinya ada rintihan hati yang disampaikan kepada Dia Yang Maha Mendengar..
Pukul 12.00 malam baru aku sampai di bilik hotel.

Aku sudah berada di tanah air. Tapi dari sana lagi aku sudah menyimpan hasrat untuk datang lagi..mudah2an kedatanganku waktu itu Allah izinkan aku melakukan umrah yang sempurna dan dapat pula masuk ke Raudhah untuk bertemu dengan Rasulullah saw.

In shaa Allah3x...

6 comments:

  1. Allah nak ajak lagi datang.
    Teringat kali pertama pergi memang kena tarikh period tapi doa, period datang awal seminggu jadi dapat buat umrah. Memang kalau Allah tentukan tak siapa boleh halang.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah beri peluang utk ke sana lg..amiin..

    kita merancang, Allah jg merancang & perancangan Allah maha hebat..ada hikmah yg kita manusia tidak dapat menafsirkannya...

    ReplyDelete
  3. inshaa Allah kak...ada rezeki dapat pergi lagi nanti. doakan saya juga ye kak

    ReplyDelete
  4. Allahu. inshaAllah ada sesuatu yg tersirat, Allah Maha Berkuasa. semoga dipermudahkan urusan ke sana untuk kali kedua nanti, aamiin

    ReplyDelete
  5. Ada perancangan yang lebih baik Dia simpan utk akak, yakinlah. Sy doakan akak dan sy juga dapat kembali ke tanah suci lagi aamiin aamiin aamiin.

    ReplyDelete
  6. Insha Allah ada rezeki dapat pergi lagi. Semua org bercita cita untuk ke sana berkali kali. Sama sama doa ye.

    Nampak kaabah dari pintu saie? saya tak tahu pun pintu mana. Tandas no 3 pun saya tak tahu.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign