Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

29 Nov 2017

Sape pernah buat sup ikan kerisi.

Ngehhh...orang tak buat den buat. Ni gara2 mencipta menu sihat untuk mylaling centahati ku itulah...dia tak mau dah menu2 kolestrol ni. Yang tak menahan tu ada ke dia suruh ikan kembung tu dimasak sup juga, haha..sup ikan kembung, mau kembang tokak den, kalo kembung singgang tu ok lagi, tapi mungkin dah kerap menyinggang, tak berselera dah kot. Terkenang zaman sekolah dulu, arwah mak tiap hari menunya tulah dia, singgang ikan, sambal belacan...tapi toklaki den tu jangan haraplah dia nak makan sambal belacan, bau belacan pun dia tak suka
Lebih kurang macam masak sup ikan merah, tapi den taruk serai dan daun ketumbar. Lawan dengan sambal kicap. Lain Kali Kita try cipta resepi sup ikan kembung plak, mana tau ok boleh den share resepi kat sini, hehe.
Dah rasa macam makan lauk dalam pantang jer, ikan selar bako.

27 Nov 2017

Den kojo cam biasa.

Cuti sekolah panjang ko, pendek ko den tetap kojo cam biasa. Al maklum den kan cikgu bosa. Mwehehe..ishhh..takdelah nak besar diri, cuma kita bekerja makan gaji Kan, amanah yang dipertanggungjawabkan tu kenalah pikul sebaiknya, supaya gaji yang diterima tu menjadi halal, ye dok?
Sabtu maren, pi makan kenduri kat Pedeksen, kata mak mentuo den. Faham ko, Tak faham? Ala, buat2 faham jer. Rumah Sepupu toklaki den, kira pangkat anak sedara mak mentuo den la kan. Pastu singgah Kat muzium tentera, banyak boto keto kebal, ada yang dari tahun 1969, 1970...semua elok lagi tayar eh, hehe..ada kapal terbang tentera, helikopter lama tentera dan yang ada terowong kominis. Tapi den bukan nak citer sangat pasal ni. Kalo nak tau lebih detail, silalah buat kunjungan musim cuti sekolah ni yo.
Yang den nak citer pasal gerobok rezeki.
Mak mentuo, kakak ipar, adik ipar, den, mak mentuo tu kena paksa ikut sebab doktor suruh banyak bergerak, duk icu hospital king Abdul Aziz maren ada dalam seminggu, Alhamdulillah sihat semula, dapat balik Podeh nogori Sembilan.
Posing depan terowong kominis, macam2 ada dalam dalam ni, sape nak tau, sila datang sendiri yea, hehe.
Nilah gerobok rezeki. Rasanya Saya belum jumpa lagi masjid lain yang buat macam ni. Di sini diletak beberapa keperluan seperti beras, tepung, minyak masak, kicap, sos...dibuka kepada yang memerlukan. Bagus Kan. Yelah...dah banyak Kita baca komplen susah bagi orang2 yang memerlukan bantuan nak minta zakat, minta bantuan masjid, Ada macam2 procedure. Kalo Kat gereja tu  sapa pun boleh datang, just tulis nama pastu boleh amik duit bantuan.
Jadi kalo masjid Kita boleh buat macam ni Kan dah satu kemudahan tu.
Nilah madjid perintis gerobok rezeki tu, masjid tentera di Port Dirkson.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign