Asam Garam Kehidupan: Carilah Pahala Yang Mudah..

Nuffnang

Pages

27 Feb 2014

Carilah Pahala Yang Mudah..

Kita selalu menyempitkan maksud ibadah sehingga pada kita ibadah itu cuma yang khusus seperti sembahyang, puasa, haji..tetapi ibadah itu sebenarnya sangat luas maksudnya asalkan menepati lima syarat, semuanya dikira ibadah dan dikira berpahala di sisi Allah SWT. Hari ni saya nak ajak kengkawan semua membuka minda dengan lebih luas supaya kita dapat mengutip sebanyak-banyak pahala dengan melakukan pelbagai perkara mudah tetapi dikira ibadah di sisi Allah. Antaranya...

Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya, kan maksud salam tu..selamat sejahtera ke atas kamu...
Senyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekah ( jangan senyum tak tentu hala pulak, nanti dikira sewel pulak..)
Apabila keluar rumah, niatlah untuk berbuat pelbagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat, tidak sampai maksud pun tak mengapa, ia tetap diberi pahala, hadis Rasulullah..." niat orang mukmin itu lebih baik dari amalannya"
Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan, berilah laluan kepada orang lain lebih dahulu, ia diberi pahala kerana mengutamakan orang daripada diri sendiri ( mudah je..tekan-tekanlah nafsu yang selalu mendesak supaya tak sabar tu, tekan nafsu, sakit..pahalanya sebesar gunung Uhud )
Kesalahan kawan, maafkan sahaja walaupun tidak diminta, amat besar pahalanya, bahkan dapat pula menggembirakan kawan, persahabatan pun, InsyaAllah berkekalan...
Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera, memberi kemudahan kepada orang ramai lalu-lalang, InsyaAllah dapat juga membuang rasa besar diri...dan pahalanya sama seperti orang memberi sedekah.
Waktu tidur malam, niatlah hendak bangun beribadah, pahala tetap diberi walaupun tak terkejut bangun ( kot kunci jam bunyi macam bom meletup tak bangun juga, haaa..tak taula nak cakap...)
Bila berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Allah suka kecantikan, tetap berpahala..tapi yang salah, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk..

Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyak, tanpa memerlukan korban masa atau harta, tetapi kita selalu mensia-siakannya, kerana tak tau atau terlupa, ok yang penting..jaga niat..niat kerana Allah SWT, InsyaAllah...
Ihsan google



2 comments:

  1. Betul tu Azi...
    Buat N3 yg macam ini pun dah dapat pahala.
    Berapa banyak perkataan dah Azi inform buat kakak membaca - banyak juga ganjaran
    Alhamdulillah... moga kita terus peka semua ini.

    ReplyDelete
  2. Alamdulillah..betul tu, moga ini juga jadi satu wadah utk kita mengaut pahala, mudah2an diambil manfaatnya hingga kita dah takde lagi di sini..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign