DIRIWAYATKAN bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, " Hai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum terlebih dahulu mengerja empat perkara:
* Pertama mengkhatamkan Al Quran.
* Kedua menjadikan para Nabi sebagai penolongmu pada Hari Qiamat.
* Ketiga engkau jadikan umat Islam redha kepadamu.
* Keempat mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
Kemudian Baginda SAW pun mengerjakan solat dan saya ( Aisyah ) berada di tempat tidur sehingga Baginda selesai mengerjakan solatnya. Lalu saya berkata:
" Wahai Rasulullah, Tuan perintahkan empat perkara yang tidak mampu saya kerjakan sekarang ini. Rasulullah pun tersenyum dan bersabda:
" Apabila engkau membaca Surah Al Ihklas sebanyak 3 kali, seakan engkau mengkhatamkan Al Quran. Apabila membaca selawat untukku dan untuk para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah menjadi penolongmu pada Hari Qiamat kelak. Apabila engkau memohon ampun untuk semua orang beriman, maka telah redhalah mereka kepadamu dan apabila engkau membaca SUBHANALLAHI WALHAMDULILLAHI WA LAILAAHAILLAHU WALLAHU AKBAR, seolah-olah engkau telah mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
Tafsir Haqqy.
No comments:
Post a Comment