Asam Garam Kehidupan: Tawakkal sang burung

Nuffnang

Pages

4 Feb 2014

Tawakkal sang burung

Alhamdulillah, selesai operasi kebersihan di luar rumah. Ingat nak tunggu hari khamis, tapi kena buat pagi ni juga, penuh debu hitam kat garaj, semalam ada kebakaran semak-samun di belakang rumah, melarat ke kawasan lapang tapak sekolah di sebelah rumah jiran. Punca kebakaran tu asalnya petang semalam jiran tu nak bakar dedaun kering tepi longkang rumah dia, tapi cuaca kering dengan angin membuatkan api cepat merebak. Jenuh jugaklah suami, jiran tu dengan sorang lagi jiran bertungkus-lumus ngangkut air untuk padamkan api. Azan maghrib pun belum selesai lagi.

Tu la, ujian Allah tu memang kita tak duga bila berlakunya, dan bila berlaku kekadang kita terlupa nak muhasabah diri, asyik nak merungut je..( saya la, hu hu )

Izinkan saya bercakap tentang sesuatu yang senang dilafazkan, tapi susah nak diamalkan..Tawakkal..

Kita selalu dengar orang kata, atau kita pun selalu jugak kata.." Usahala dulu, pastu tawakkal pada Allah "

..............

Alangkah indahnya memiliki hati seumpama burung yang tidak pernah resah-gelisah memikirkan jaminan rezeki daripada Allah. Berpagi-pagi keluar dengan perut kosong, petang hari kembali ke sarang dengan tembolok yang berisi makanan.

Tawakkalnya makhluk yang bernama burung patut dicontohi oleh sesiapa sahaja yang benar-benar ingin menjadi orang-orang yang beriman danbertaqwa kepada Allah.

Kenapa kita yang Allah kurniakan sempurna pancaindera bahkan juga akal fikiran tidak boleh meletakkan tawakkal sehebat seekor burng yang kerdil?

Tetapi jangan pula kita tawakkal melulu. Allah menyuruh hambaNya bertawakkal dengan ada usaha dan ikhtiar. Sebab itulah Allah kurniakan kita dengan akal yang hebat. Tawakkal itu setelah adanya usaha dan ikhtiar, contohnya sakit kita usahakan sembuh dengan memakan ubat, bukan ubat itu yang menyembuhkan, tawakkal kepada Allah, Dia yang menyembuhkan. Begitu juga bagi ibu yang bermasalah dengan anak yang nakal, berdoa sahaja tidak cukup untuk menjadikan anak kita baik dan mendengar kata, ibubapa mesti mencari jalan mendidik, mengasuh dan sebagainya untuk memiliki anak yang soleh dan berakhlak mulai.

Begitu juga bagi sesiapa yang ada masalah hidup, ia boleh berusaha mencari jalan untuk mmenyelesaikan masalah hidupnya. Hasilnya berserah kepada Allah.

Kalau kita tidak bertawakkal, andainya apa yang dihajati tidak tercapai, kita mudah melatah dan menyalahkan takdir. Hidup kalau tidak menyerah diri pada Allah, tidak bertawakkal kepada Yang maha Esa, jiwa tidak akan tenang. Seumur hidup, jiwa sentiasa resah-gelisah dan tak tahu ke mana arah nak dituju. Hidup bagai mengejar bayang-bayang, tidak memberi erti apa-apa pada diri.
Pagi-pagi bila dengar saya 'bising' di dapur, mereka datang, kadang ramai melebihi sepuluh ekor...

Alhamdulillah...berkongsi rezeki pemberian Allah, saja masak lebih untuk tabur kepada mereka..


13 comments:

  1. Sayangnya ada ketikanya kita terlupa semua itu Azi. Bila sedar baru patah balik. Memang usaha, doa dan tawakkal sangat seiring.

    ReplyDelete
  2. Ya, adakalanya kita terlupa,kerana kita cuma insan biasa, tapi Alhamdulillah boleh patah balik bila tersedar, kalau terus lalai dan menyalahkan takdir, alangkah malangnya..

    ReplyDelete
  3. Ada turun naik..

    mgenai burung tu.mk mertua juga bersahabat dgn burung, tpt pkul 2 ptg burung2 ni akan dtg untk mkn,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun naik ikut iman kita yea..

      seronok dgn diorang ni, nasi pun tak menbazir..

      Delete
  4. kita tak akan tahu apa yg akan berlaku , maka tawakkal lah ... entry saya juga ada burung merpati ...

    ReplyDelete
  5. Bangun pagiku dulu selalunya digerakkan oleh bunyi burung terkukur abah.

    Hik! Apapun, terima kasih kerana sudi menyinggahi blog IM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..mesti bising burung tu nak kejut IM bangun yea.
      Blog IM salah satu blog yang wajib saya singgah..

      Delete
  6. ya, usaha dan tawakkal milik kta, yang memberi milik Allah..

    kebetulan pulak yea..kat kawasan rumah akak mmg banyak burung merpati ni..

    ReplyDelete
  7. usaha dan tawakal perlu seiring...
    saya pun selalu beri nasi lebih kepada si burung... :)
    salam kenal...

    ReplyDelete
  8. terimakasih Nora,
    Minat jugak dgn burung yea..moga burung-burung tu sudi doakan kita nanti, lagipun nak sedekah hari-hari kat org susah juga, jadi sedekah jelah kat beburung..
    salam kenal juga

    ReplyDelete
  9. Suka juga bagi makanan lebih-lebih kat binatang di luar.

    Cuaca dah kembali panas. Betul lah saya pun mudah gelisah bila tak tercapai apa yang nak buat.

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bersedekah setiap hari kan..

      Cuaca dah kembali panas, itulah pergiliran lumrah alam, silih berganti..

      Belajarlah mendidik hati supaya sabar, satu amalan yang boleh dipraktikkan bila hati resah-gelisah, letakkan tangan kanan di dada sebelah kiri dan bacalah surah Alamnasyrah berulangkali.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign