Diriwayatkan pada suatu hari, Nabi Sulaiman as telah dikunjungi oleh seorang lelaki yang sangat memerlukan pertolongan Baginda.
" Ya Nabi Allah, aku amat perlu berada di negeri Hindi sekarang, jadi tolonglah perintahkan angin supaya membawa aku ke sana sekarang juga." kata lelaki itu. Dengan perintah Nabi Sulaiman angin segera menerbangkan lelaki itu ke negeri Hindi.
Ketika itu muncul Malaikat Maut dan tersenyum kepada Nabi Sulaiman as. " Kenapa engkau tersenyum?" sabda Nab Sulaiman kepada Malaikat Izrail.
" Tadi apabila Allah Taala memerintahkan aku supaya mencabut nyawa lelaki itu di negeri Hindi, aku merasa hairan kerana dia berada di sini. Sekarang baru aku faham." Jelas Malaikat Maut kepada Nabi Sulaiman. Dia pun segera terbang ke negeri Hindi, dan segera menjalankan perintah Allah supaya mencabut nyawa lelaki itu.
Sabda Nabi SAW:
Apabila kematian seseorang itu ditentukan Allah Taala berlaku di sesuatu bumi ( tempat ), maka (apabila tiba masanya walau dia tidak ada di tempat itu ) Allah menjadikan ia perlu berada di bumi itu kerana sesuatu urusan ( hajat )
Riwayat: At Tirmidzi
betul . mendatangi ajal ...
ReplyDeletetidak lambat atau cepat walau sedetik...
ReplyDeleteWah, rupanya negeri Hindi wujud sejak Nabi Sulaiman lagi!
ReplyDeletenegara2 lain ada disebutkan, cuma sekarang mungkin berubah nama shj contohnya Madinah dulu dikenali sbg Yathrib..
Deletethanks for the reminder kak...
ReplyDeleteya farah, terimalasih atas kunjungannya, InsyaAllah akan balas kunjungan, tunggu larling akak bayar bil tenet dulu, hi hi
DeleteDi tetapkan Qada dan Qadar Allah swt tepat pada tempat dan waktunya. Subhanallah
ReplyDeleteSubhanallah, beruntunglah orang yang mahu mengambil peringatan
Delete