Pada zaman Khalifah Umar Al Khattab ra ada seorang pemuda yang bernam Ismail. Dia sentiasa mendirikan sembahyang berjemaah di masjid bersama khlifah tersebut. Tingkah laku dan budi bahasanya menarik perhatian khalifah.
Sementara itu seorang wanita muda penduduk Madinah sangat berminat dan menaruh hati pada Ismail. Dia cuba menggoda dan memikat hati Ismail, tetapi gagal. Apabila Ismail, pemuda yang teguh imannya itu tidak mahu memenuhi kemahuannya, malah tidak memberi layanan lansung kepadanya, maka pada suatu petang, dia pergi meminta pertolongan seorang wanita tua jirannya. Wanita tua itu sanggup menolongnya asalkan dia diberi upah.
Apabila kedua-duanya telah sepakat, maka mereka mula membuat perancangan untuk memerangkap Ismail. Wanita muda itu mula menghiasi dirinya dengan pakaian yang indah dan haruman yang harum memikat. Manakala wanita itu pula menunggu kepulangan Ismail dari masjid di tengah jalan.
Selepas menunaikan sembahyang isyak, Ismail meninggalkan masjid seperti biasa. Dalam perjalanan pulangnya itu, tiba-tiba dia ditahan oleh wanita tua tersebut. Wanita tua itu berpura-pura dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan. " Hai anak muda, tolonglah aku, nanti Allah akan menolong engkau."
" Apa yang harus aku tolong wahai ibu?" tanya Ismail memperlihatkan kesediaannya untuk menolong. " Kambingku yang sedang bunting sudah lari dan masuk ke dalam sebuah rumah kosong, aku bimbang kambingku akan beranak di situ dan mengotorkan rumah orang. Tetapi aku tidak kuat untuk menghalaunya balik ke rumahku. Kebetulan aku juga sedang tidak sihat."
Tanpa berlengah Ismail terus ke rumah yang dikatakan kosong itu dan masuk ke dalamnya kerana pintunya tidak berkunci. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam, pintu segera ditutup dan dikunci oleh wanita muda itu yang menunggu di dalamnya.
Dengan dorongan nafsu yang berkobar-kobar, wanita muda itu cuba menggoda Ismail yang digilainya itu, tetapi Ismail segera mengelak. Dia tidak berputus asa, terus cuba memujuk, merayu dan menggoda supaya Ismail menurut kemahuannya, tetapi tidak juga berjaya melembutkan hati Ismail. Keteguhan iman dan keutuhan taqwa Ismail tidak dapat diruntuhkan. Akhirnya wanita muda itu mengugut, " Kalau engkau berdegil juga, tidak mahu menuruti kehendakku, aku akan menjerit dan meminta tolong sehingga orang-orang kampung datang, aku akan beritahu mereka bahawa engkau hendak merogol aku!"
Engkau boleh lakukan apa saja, tapi aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak akan melakukan perbuatan keji itu, aku takut kepada Allah Taala." jawab Ismail dengan tegas.
" Jadi engkau sanggup menanggung malu? Tidakkah engkau takut maruahmu tercalar nanti?"
" Bagiku malu kepada Allah adalah lebih besar daripada malu kepada makhluk!" ujar Ismail tidak berganjak. Setelah beberapa kali diugut, tetapi gagal, maka wanita muda itu mula menjerit sekuat-kuat hatinya. Tidak lama kemudian orang kampung pun datang. Mereka dibohongi oleh wanita muda itu bahawa Ismail datang hendak merogolnya. Tanpa usul periksa, orang-orang kampung membelasah Ismail semahu-mahunya sehingga Ismail jatuh tersungkur dan pengsan.
Selesai sembahyang subuh pagi itu, Khalifah Umar Al Khattab ra merasa hairan apabila didapatinya Ismail tiada di masjid seperti biasa. Sebaik-baik sahaja Khalifah Umar Al Khattab bertanya di mana rumah pemuda yang bernama Ismail itu, muncullah di pintu masjid beberapa orang lelaki membawa pemuda yang terikat kedua-dua tangannya. Mereka datang mengadap Khalifah.
Alangkah terkejutnya Khlaifah Umar, apabila dipastikannya pemuda itu adalah Ismail. Dilihatnya muka Ismail lebam-lebam dengan mulutnya mengalir darah beku serta air mata berlinangan di pipinya. Segera Khalifah Umar berdoa, " Wahai Tuhanku, jangan Engkau jadikan jahat sangkaku terhadap pemuda ini, sesungguhnya aku sangka dia dengan kebajikan, maka Engkau kurniakanlah kepadanya kebajikan."
Setelah mendengar dakwaan terhadap pemuda itu, Khlifah Umar pun bertanya, " Mana wanita muda itu?"
Waniat muda itu segera tampil dan tanpa teragak-agk menyampaikan cerita bohongnya, memfitnah pemuda yang tidak berdosa itu. Khalifah Umar menghampiri pemuda yang malang itu dan terus membuka tali yang mengikat kedua tangannya, lalu berkata, " Hai orang muda, engkau hendaklah bercakap benar. Ceritakan apakah yang sebenarnya telah berlaku. Jangan engkau berbohong. "
Dengan suara yang masih lemah pemuda malang itu menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku terhadap dirinya. " Hai orang muda, kenalkah engkau siapa perempuan tua itu?" tanya Khalifah Umar.
" Aku tidak kenal siapa, tapi aku masih boleh ingat wajahnya." jawab Ismail. Atas perintah Khalifah, semua wanita tua dibawa mengadap Khalifah untuk dicamkan oleh Ismail. Wanita tua itu akhirnya dapat dikenalpasti oleh Ismail. Apabila didesak oleh Khalifah, wanita tua itu terus mengaku bahawa apa yang berlaku ke atas Ismail adalah tipu-helah yang dirancang oleh wanita muda itu untuk memerangkap Ismail.
Khalifah Umar Al Khattab lau berkata, " Alhamdulillah, inilah yang disebut kepadaku oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya, Akan berulang kepada umatku apa yang berlaku kapada Nabi Allah Yusuf" Seterusnya ditepuk bahu Ismail dan berkata lagi, " Hai orang yang menyerupai Yusuf, Alhamdulillah, Tuhan tidak menimbulkan jahat sangkaku kepada engkau."
Kedua-dua wanita itu akhirnya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Khalifah Umar. Tetapi tiga hari kemudian pemuda malang yang kuat imannya itu meninggal dunia membawa sekeping hati yang sangat takut kepada Allah...
Riwayat Ka'ab Al Ahbar.
Zaman dulu fitnah sembunyi sembunyi, akhir zaman ni fitnah terang terangan
ReplyDeleteakhir zaman ni, segalanya boleh saja, moga kita dimasukkan ke dalam golongan org2 yg bertaqwa
DeleteBaru kali ini IM baca kisah Yusuf persis berulang kepada Ismail...
ReplyDeletesusah juga yek jadi org handsome ni, nasib baik bertaqwa..
Deletegreat piece of sharing kak, fitnah ni memang satu penyakit yang tak dapat nak dibendung, zaman sekarang ni lagilah, suka sangat orang fitnah orang lain tanpa usul periksa...
ReplyDeleteDosa fitnah ni lebih besar dari dosa membunuh farah, sebab memang dahsyat akibatnya, bayangkan jika melibatkan suami isteri boleh saja terjadi perceraian..
DeleteDashyat..skrg..terang2an
ReplyDeleteorang dah tak takut dosa knor
DeleteBetul macam kisah Nabi Yusuf dgn Zulaikha...
ReplyDeleteNamun nak cari yg seperti Ismail dlm N3 ini pada hari ini dah payahlah Azi. Apa lagi bila melibatkan maruah dan kedudukan siapa yg berani...
begitulah lemahnya iman kita akhir-akhir zaman ini, manusia yang kaya berkuasa dipandang mulia, yang cuba menegakkan kebenaran dan mensyiarkan keindahan Islam akan ditentang, malah akan dijatuhkan, moga datang segera seorang penyelamat
DeleteFitnah...bersifat mazmumah(tercela) minta dijauhkan dari kehidupan kita...
ReplyDeleteaminn...jika kita terfitnah itu ujian buat kita, tapi jika kita memfitnah, Nauzubillah..moga dijauhkan
DeleteNauzubilahiminzaligh., good sharing.
ReplyDeletemoga dijauhkan..maaf ye..ujung2 bulan ni tak dapat nak balas kunjungan, InsyaAllah bil settle nanti saya ke san ye..:)
Delete