Asam Garam Kehidupan: 29/12/2011....

Nuffnang

Pages

29 Dec 2014

29/12/2011....

Assalamualaikum bondaku tercinta. Detik ini, saat ini begitu mengingatkan aku kepadamu. Kerinduan, sayu, pilu semuanya bersatu begitu menyesakkan dada...

Ma...3 tahun berlalu, pedih dan pilu itu masih berbaki. Kasih-sayang seorang anak masih padu di hatiku. Seperti baru semalam bonda pergi.Wajah lesu dan layu bonda kesan bisa dari sakit dada masih segar di mataku. Sehingga selalu mengundang pilu yang menyucuk kalbu.

Ma...rindu ini tiada ubatnya., sehingga aku selalu mencari iras wajahmu lewat orang-orang tua yang kutemui. Melihat susuk belakang, mencuri pandang ke kedut-dekut tangan mereka dan kubayangkan itulah susukmu, kedut tanganmu yang gigih mendewasakan daku....

Ma...detik ini, waktu itu ma sedang bertarung dengan kesakitan maut yang datang menjemput di ruang rawatan hospital Kajang, sedang aku di luar bilik masih menidakkan kenyataan, walaupun tangisku mendudu-dudu cuba mencari kekuatan, menelefon saudara-mara terdekat dan mengharap segera kedatangan mereka. Doktor yang dua tiga kali keluar mengkhabarkan keadaan bonda tidak berjaya membuang resah di hatiku.

Ma...tidak lama...doktor akhirnya membenarkan aku menemuimu. Kepeluk bahumu, membisikkan kalimah tauhid ke telingamu..dalam hati masih enggan menerima kenyataan.." tak, ma tak apa-apa, ma takkan pergi tinggalkan gie..."

Ma....akhirnya detik 1.37 tengahari 29/12/2011...ma pergi buat selamanya. Hari ini 29/11/2014..genap 3 tahun ma pergi. Semoga ma bahagia di sana, diselubungi wangian taman syurga, seakan tidur yang amat aman...sehingga kita disatukan kembali di perkampungan  indah yang kekal abadi di sana nanti, aminnn.

10 comments:

  1. Salam takziah.. Al fatihah..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihan..sabar kak..pernah terasa kehilangan jugak.. 10/09/2013.. permergian ayahanda ke rahmatullah.. semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah juga buat almarhum ayahanda...semoga adik jadi anak soleh yg membahagiakan ayahanda di sana, aminn

      Delete
  3. al-fatihah kak...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  4. sabar ye nor azimah... Allah sgt menyayangi bundamu..
    knor anak2 tk pernh skli pun tgok nenek dn ayh tok diorg.. dr adibh hingga muhammad.. tk pernah rasa ksih seorg nenek dn atok.. tu sbb diorg pelik tgok nenek 2 ni.. takut, tk nk peluk.. tmbh yg bongkok2 tu... salam hujung jari jer... bila nk peluk opah (mak mertua pun nak kna pksa.. tu sbb tk rpt sgt.. opah tu dh ada cucu dia... huhu.. sebak plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran knor, anak2 saya sgt sayang dgn tokma ( ma saya ni ), selalu disebut2 kebaikan tokmanya, bila nk blk kg tokma cukup seronok, kalau saya ziarah kubur tokma, diorang akan ikut, dengan wan ( mak mentua ) tak rapat sgt..cuaca sendu macam ni lebih mengingatkan saya pd arwah mak.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign