Asam Garam Kehidupan: Amalan Mudahnya Masuk Syurga.

Nuffnang

Pages

24 Dec 2014

Amalan Mudahnya Masuk Syurga.

Masya Allah, kita semua impikan syurga. Kepada yang bercita-cita memasuki syurga Allah dengan aman sentosa, di sini ada jalan mudahnya.

"Amalkan selalu memberi salam, berilah makan ( fakir miskin dan anak yatim), eratkan silaturrahim ( dengan membantu kaum kerabat ) dan kerjakan sembahyang tahajjud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa" ( HR Ahmad ).

Bunyi macam senang kan? Tapi..senangkah nak bagi salam pada orang yang kita tak kenal? Atau nak senyum..sebab senyum tukan sedekah, nak senyum pada orang yang berselisih jalan dengan kita, susah kan, apalagi kita tak kenal pun orang tu.
Berilah makan kepada fakir miskin dan anak yatim...biasa yang kita jumpa orang pemurah nak bantu anak yatim ni bila bulan Ramadhan sebab ada janji pahala berlipat ganda bila buat kebaikan dan sedekah di bulan puasa.
Eratkan silaturrahim..bunyinya macam senang juga. Tapi biasa kan kita dengar adik-beradik bergaduh berparang kerana berebut harta. Jadi, susah jugalah kan.
Haaaa...bangun tahajjud, bangun terkejut tidur balik adalah.

Jadi, di mana mudahnya tu. Mudah bila kita dah betul-betul kuat iman, dah jadi orang bertaqwa. Selagi hidup kita bertunjangkan nafsu, tak berusaha bermujahadah menentang kejahatan hati kita, maka yang  dikatakan jalan mudah ke syurga tu, tidaklah mudah sebenarnya.

Hajat nak buat sticky entri. Tak jadi lah nampaknya. Segmen saya kat atas tu tak dapat sambutan memuaskan nampaknya. Takpelah..dah saya malas join segmen orang, orang pun malas nak join segmen saya, ha ha...padan muka.

2 comments:

  1. yup, bukan mudah nak masuk syurga.nak buat perkara baik memang banyak halangannya.

    ReplyDelete
  2. halangan utamanya ialah nafsu..tu musuh nombor satu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign