Asam Garam Kehidupan: February 2014

Nuffnang

Pages

27 Feb 2014

Penipuan Cashier di Stesen minyak Petronas.

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan.......

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”. Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang. Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”

Jawabnya, “Bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10. Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
“Sorry bang, saya silap tekan tadi.” – jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini. “Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf. “Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh. Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

sumber: buletinhangat.blogspot.com
Ihsan google

Kepintaran Imam Abu Hanifah

Para pejuang Islam dari zaman-berzaman tidak pernah luput dari hasad dengki manusia kepada mereka. Begitu juga Imam Abu Hanifah, beberapa orang yang berhasad dengki kepadanya merancang satu fitnah untuk menjatuhkan imejnya.

Untuk tujuan itu mereka mengupah seorang wanita. Wanita itu dibawa ke kampung Imam Abu Hanifah dan diarah mengikut apa yang dirancangkan. Menjelang waktu subuh, dalam perjalanannya ke masjid, Imam Abu Hanifah disekat oleh wanita upahan itu. Dia berkata dengan suaranya yang penuh kerisauan, " Tuan, tolonglah ke rumahku sekejab, suamiku sakit tenat dan dia hendak berwasiat. Aku bimbang dia meninggal sebelum sempat berwasiat."

Sebagai seorang Imam, tanpa banyak bicara dia terus menuju ke sebuah rumah yang didakwa oleh wanita itu sebagai tempat kediamannya. Sampai di situ, dia dipersilakan masuk, tetapi sebaik sahaja beliau masuk, wanita itu mengunci pintu dan terus melaung-laung meminta pertolongan. Datanglah golongan pendengki itu menangkap Imam Abu Hanifah dan wanita itu untuk dibawa mengadap Khalifah.

Khalifah memerintahkan supaya Imam Abu Hanifah ditahan sementara menunggu waktu siang. Imam Abu Hanifah terlalu dukacita, hatinya tidak putus-putus mengharap rahmat dan kasih-sayang Allah. Ditakdirkan Allah, wanita upahan itu tiba-tiba menyesal di atas perbuatnnya.Lalu dia segera menemui Imam Abu Hanifah di tempat tahanan untuk menceritakan hal sebenarnya.

Imam Abu Hanifah tunduk berfikir sejurus, kemudian dia berkata, " Kalau engkau hendak menebus dosa mu itu, pergilah kepada mereka, katakan engkau hendak pulang ke rumahmu kerana sesuatu urusan dan akan segera kembali setelah selesai urusanmu."

" Baiklah, tetapi apa yang harus aku lakukan di rumahku nanti?" dia bertanya.

" Engkau jangan pulang ke rumahmu, itu sebagai alasan sahaja, engkau pergilah ke rumahku, ceritakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Kemudian bawalah dia ke sini dengan menyamar sebagai engkau. Suruhlah dia berpakaian seperti engkau, dan engkau sendiri pergilah kemana-mana pun, aku maafkan engkau."

Rancangan itu berjalan lancar dengan berkat Imam Abu Hanifah. Sebaik-baik sahaja isteri Imam Abu Hanifah yang menyamar sebagai wanita upahan itu sampai, hari pun menjelang pagi. Imam Abu Hanifah dan isterinya yang menyamar itu segera dibawa mengadap Khalifah.

" Adakah halal bagi engkau berkhalwat dengan seorang wanita ajnabi?" tanya Khalifah.

" Wahai Amirul Mukminin, sebelum membuat tuduhan, pastikan dulu wanita ini. Panggillah bapa mentuaku untuk memastikannya." Kata ImamAbu Hanifah.

Bapa mentua Imam Abu Hanifah segera datang dan diperintahkan oleh Khalifah untuk mempastikan siapa wanita itu. Beliau segera membuka 'purdah' yang menutup wajahnya...

"MasyaAllah, ini anakku. aku kahwinkan dia dengan Imam Abu Hanifah..." dia menjerit terperanjat.

Semua orang yag hadir di situ terkejut dan kehairanan, termasuklah golongan si pendengki itu. Alangkah kecewa dan marahnya mereka kerana rancangan itu gagal.

Carilah Pahala Yang Mudah..

Kita selalu menyempitkan maksud ibadah sehingga pada kita ibadah itu cuma yang khusus seperti sembahyang, puasa, haji..tetapi ibadah itu sebenarnya sangat luas maksudnya asalkan menepati lima syarat, semuanya dikira ibadah dan dikira berpahala di sisi Allah SWT. Hari ni saya nak ajak kengkawan semua membuka minda dengan lebih luas supaya kita dapat mengutip sebanyak-banyak pahala dengan melakukan pelbagai perkara mudah tetapi dikira ibadah di sisi Allah. Antaranya...

Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya, kan maksud salam tu..selamat sejahtera ke atas kamu...
Senyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekah ( jangan senyum tak tentu hala pulak, nanti dikira sewel pulak..)
Apabila keluar rumah, niatlah untuk berbuat pelbagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat, tidak sampai maksud pun tak mengapa, ia tetap diberi pahala, hadis Rasulullah..." niat orang mukmin itu lebih baik dari amalannya"
Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan, berilah laluan kepada orang lain lebih dahulu, ia diberi pahala kerana mengutamakan orang daripada diri sendiri ( mudah je..tekan-tekanlah nafsu yang selalu mendesak supaya tak sabar tu, tekan nafsu, sakit..pahalanya sebesar gunung Uhud )
Kesalahan kawan, maafkan sahaja walaupun tidak diminta, amat besar pahalanya, bahkan dapat pula menggembirakan kawan, persahabatan pun, InsyaAllah berkekalan...
Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera, memberi kemudahan kepada orang ramai lalu-lalang, InsyaAllah dapat juga membuang rasa besar diri...dan pahalanya sama seperti orang memberi sedekah.
Waktu tidur malam, niatlah hendak bangun beribadah, pahala tetap diberi walaupun tak terkejut bangun ( kot kunci jam bunyi macam bom meletup tak bangun juga, haaa..tak taula nak cakap...)
Bila berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Allah suka kecantikan, tetap berpahala..tapi yang salah, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk..

Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyak, tanpa memerlukan korban masa atau harta, tetapi kita selalu mensia-siakannya, kerana tak tau atau terlupa, ok yang penting..jaga niat..niat kerana Allah SWT, InsyaAllah...
Ihsan google



26 Feb 2014

KHIDMAT SEORANG ISTERI BUTA.

Diriwayatkan seorang perempuan Bani Israil yang buta sebelah matanya sebagai seorang isteri yang amat setia dan berkhidmat dengan sepenuh hati kepada suaminya. Antaranya ialah memberi layanan dan menemani ketika suaminya makan. Apabila suaminya makan terutamanya di waktu malam, dia akan menunggu sambil memegang pelita sehingga suaminya selesai makan.

Pada suatu malam, ketika sedang melayan suaminya makan, tiba-tiba pelita di tangannya padam kerana kehabisan sumbu. Dengan segera dia memotong rambutnya yang panjang  dan dicelupnya ke dalam minyak, lalu dijadikan sumbu pelita. Dan terus menunggu suaminya selesai mengadap hidangan makan malam yang sangat sederhana itu.

Pada keesokan paginya, perempuan ini mendapati kecacatan pada sebelah matanya pulih kembali!! Kedua-dua matanya menjadi sempurna berkat keikhlasannya berbakti kepada suami.


* Allahu Akbarr *

23 Feb 2014

Syaitan takut kepadanya..

Pada suatu ketika Rasulullah hendak masuk ke dalam sebuah masjid. Baginda melihat syaitan berdiri di pintu masjid. Lalu Baginda berkata, " Hai iblis, apakah yang kau buat di sini?" Iblis itu menjawab, " Aku hendak masuk ke dalam masjid dan mengganggu sembahyang orang itu, tapi aku takut kepada orang yang tidur berhampiran dengannya itu."

Kata Rasulullah SAW, "Hai iblis, mengapa engkau tidak takut kepada orang yang sedang bersembahyang itu? sedangkan dia dalam keadaan beribadah dan bermunajah kepada Allah, juseru engkau takut kepada orang yang sedang tidur itu, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"

Iblis menjawab, " Orang yang sedang sembahyang itu jahil dan mudah diganggu, tapi yang tidur itu orang alim, sehingga kalau aku berhasil mengganggunya dan menjadikan sembahyangnya rosak atau batal, maka aku khuatir bila orang alim itu terbangun, dia akan segera membetulkan sembahyang orang itu."

Setelah itu Rasulullah pun bersabda:

" Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang jahil."

22 Feb 2014

Tempat yang istimewa di dalam Syurga.


Diceritakan Nabi Allah Musa telah bertanya kepada Allah SWT, " Wahai Tuhanku, apakah tempat yang afdhal ( paling istimewa ) dalam syurga?"

Allah berfirman, "Wahai Musa, tempat itu adalah Haziratul- Qudsi"

" Siapakah yang menghuni tempat itu?" sembah Nabi MUsa lagi.

Firman Allah SWT:

" Mereka itu, apabila Aku jatuhkan bala ke atas mereka, mereka bersabar menanggungnya dan mereka berkata, 'Innalillahi wainnaailai hi rajiun'  ( sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNya kami kembali ). Dan apabila Aku kurniakan nikmat kepada mereka, mereka bersyukur menerimanya. Hai Musa, itulah penghuni Haziratul-Qudsi"

* Dengar macam mudah, nak buat tak semudah yang didengar *

20 Feb 2014

Fitnah Wanita..

Pada zaman Khalifah Umar Al Khattab ra ada seorang pemuda yang bernam Ismail. Dia sentiasa mendirikan sembahyang berjemaah di masjid bersama khlifah tersebut. Tingkah laku dan budi bahasanya menarik perhatian khalifah.

Sementara itu seorang wanita muda penduduk Madinah sangat berminat dan menaruh hati pada Ismail. Dia cuba menggoda dan memikat hati Ismail, tetapi gagal. Apabila Ismail, pemuda yang teguh imannya itu tidak mahu memenuhi kemahuannya, malah tidak memberi layanan lansung kepadanya, maka pada suatu petang, dia pergi meminta pertolongan seorang wanita tua jirannya. Wanita tua itu sanggup menolongnya asalkan dia diberi upah.

Apabila kedua-duanya telah sepakat, maka mereka mula membuat perancangan untuk memerangkap Ismail. Wanita muda itu mula menghiasi dirinya dengan pakaian yang indah dan haruman yang harum memikat. Manakala wanita itu pula menunggu kepulangan Ismail dari masjid di tengah jalan.

Selepas menunaikan sembahyang isyak, Ismail meninggalkan masjid seperti biasa. Dalam perjalanan pulangnya itu, tiba-tiba dia ditahan oleh wanita tua tersebut. Wanita tua itu berpura-pura dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan. " Hai anak muda, tolonglah aku, nanti Allah akan menolong engkau."

" Apa yang harus aku tolong wahai ibu?" tanya Ismail memperlihatkan kesediaannya untuk menolong. " Kambingku yang sedang bunting sudah lari dan masuk ke dalam sebuah rumah kosong, aku bimbang kambingku akan beranak di situ dan mengotorkan rumah orang. Tetapi aku tidak kuat untuk menghalaunya balik ke rumahku. Kebetulan aku juga sedang tidak sihat."

Tanpa berlengah Ismail terus ke rumah yang dikatakan kosong itu dan masuk ke dalamnya kerana pintunya tidak berkunci. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam, pintu segera ditutup dan dikunci oleh wanita muda itu yang menunggu di dalamnya.

Dengan dorongan nafsu yang berkobar-kobar, wanita muda itu cuba menggoda Ismail yang digilainya itu, tetapi Ismail segera mengelak. Dia tidak berputus asa, terus cuba memujuk, merayu dan menggoda supaya Ismail menurut kemahuannya, tetapi tidak juga berjaya melembutkan hati Ismail. Keteguhan iman dan keutuhan taqwa Ismail tidak dapat diruntuhkan. Akhirnya wanita muda itu mengugut, " Kalau engkau berdegil juga, tidak mahu menuruti kehendakku, aku akan menjerit dan meminta tolong sehingga orang-orang kampung datang, aku akan beritahu mereka bahawa engkau hendak merogol aku!"

Engkau boleh lakukan apa saja, tapi aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak akan melakukan perbuatan keji itu, aku takut kepada Allah Taala." jawab Ismail dengan tegas.

" Jadi engkau sanggup menanggung malu? Tidakkah engkau takut maruahmu tercalar nanti?"

" Bagiku malu kepada Allah adalah lebih besar daripada malu kepada makhluk!" ujar Ismail tidak berganjak. Setelah beberapa kali diugut, tetapi gagal, maka wanita muda itu mula menjerit sekuat-kuat hatinya. Tidak lama kemudian orang kampung pun datang. Mereka dibohongi oleh wanita muda itu bahawa Ismail datang hendak merogolnya. Tanpa usul periksa, orang-orang kampung membelasah Ismail semahu-mahunya sehingga Ismail jatuh tersungkur dan pengsan.

Selesai sembahyang subuh pagi itu, Khalifah Umar Al Khattab ra merasa hairan apabila didapatinya Ismail tiada di masjid seperti biasa. Sebaik-baik sahaja Khalifah Umar Al Khattab bertanya di mana rumah pemuda yang bernama Ismail itu, muncullah di pintu masjid beberapa orang lelaki membawa pemuda yang terikat kedua-dua tangannya. Mereka datang mengadap Khalifah.

Alangkah terkejutnya Khlaifah Umar, apabila dipastikannya pemuda itu adalah Ismail. Dilihatnya muka Ismail lebam-lebam dengan mulutnya mengalir darah beku serta air mata berlinangan di pipinya. Segera Khalifah Umar berdoa, " Wahai Tuhanku, jangan Engkau jadikan jahat sangkaku terhadap pemuda ini, sesungguhnya aku sangka dia dengan kebajikan, maka Engkau kurniakanlah kepadanya kebajikan."

Setelah mendengar dakwaan terhadap pemuda itu, Khlifah Umar pun bertanya, " Mana wanita muda itu?"

Waniat muda itu segera tampil dan tanpa teragak-agk menyampaikan cerita bohongnya, memfitnah pemuda yang tidak berdosa itu. Khalifah Umar menghampiri pemuda yang malang itu dan terus membuka tali yang mengikat kedua tangannya, lalu berkata, " Hai orang muda, engkau hendaklah bercakap benar. Ceritakan apakah yang sebenarnya telah berlaku. Jangan engkau berbohong. "

Dengan suara yang masih lemah pemuda malang itu menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku terhadap dirinya. " Hai orang muda, kenalkah engkau siapa perempuan tua itu?" tanya Khalifah Umar.

" Aku tidak kenal siapa, tapi aku masih boleh ingat wajahnya." jawab Ismail. Atas perintah Khalifah, semua wanita tua dibawa mengadap Khalifah untuk dicamkan oleh Ismail. Wanita tua itu akhirnya dapat dikenalpasti oleh Ismail. Apabila didesak oleh Khalifah, wanita tua itu terus mengaku bahawa apa yang berlaku ke atas Ismail adalah tipu-helah yang dirancang oleh wanita muda itu untuk memerangkap Ismail.

Khalifah Umar Al Khattab lau berkata, " Alhamdulillah, inilah yang disebut kepadaku oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya, Akan berulang kepada umatku apa yang berlaku kapada Nabi Allah Yusuf" Seterusnya ditepuk bahu Ismail dan berkata lagi, " Hai orang yang menyerupai Yusuf, Alhamdulillah, Tuhan tidak menimbulkan jahat sangkaku kepada engkau."

Kedua-dua wanita itu akhirnya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Khalifah Umar. Tetapi tiga hari kemudian pemuda malang yang kuat imannya itu meninggal dunia membawa sekeping hati yang sangat takut kepada Allah...
                                                                              Riwayat Ka'ab Al Ahbar.

IZRAIL PUN TERSENYUM....

Diriwayatkan pada suatu hari, Nabi Sulaiman as telah dikunjungi oleh seorang lelaki yang sangat memerlukan pertolongan Baginda.

" Ya Nabi Allah, aku amat perlu berada di negeri Hindi sekarang,  jadi tolonglah perintahkan angin supaya membawa aku ke sana sekarang juga." kata lelaki itu. Dengan perintah Nabi Sulaiman angin segera menerbangkan lelaki itu ke negeri Hindi.

 Ketika itu muncul Malaikat Maut dan tersenyum kepada Nabi Sulaiman as. " Kenapa engkau tersenyum?" sabda Nab Sulaiman kepada Malaikat Izrail.

" Tadi apabila Allah Taala memerintahkan aku supaya mencabut nyawa lelaki itu di negeri Hindi, aku merasa hairan kerana dia berada di sini. Sekarang baru aku faham." Jelas Malaikat Maut kepada Nabi Sulaiman. Dia pun segera terbang ke negeri Hindi, dan segera menjalankan perintah Allah supaya mencabut nyawa lelaki itu.

Sabda Nabi SAW:

Apabila kematian seseorang itu ditentukan Allah Taala berlaku di sesuatu bumi ( tempat ), maka (apabila tiba masanya walau dia tidak ada di tempat itu ) Allah menjadikan ia perlu berada di bumi itu kerana sesuatu urusan ( hajat )
                                                                                                 Riwayat: At Tirmidzi


WAJAH DIRENUNG MALAIKAT MAUT 70 KALI SEHARI!!!!

Sebuah hadis Nabi SAW  yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail, " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, sedangkan dia masih berseronok bergelak ketawa." Manusia tidaka akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan Malaikat Maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar akan kehadiran Malaikat Maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan  mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal kematian dan hubungannya dengan Malaikat Maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit.
1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita = 20.571 minit.

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!!!

Kredit: Group BlackBerry.

18 Feb 2014

Habis terbakar hutan kesayangan saya!!!!!!

Sedih sangat tengok hutan belakang rumah saya terbakar dek kelalaian manusia, ada ke bakar sampah musim-musim kering camni pastu tinggal tak dipantau, angin panas, kering  memburukkan lagi keadaan, saya rasa tak sampai 15 minit, api menjulang tinggi habis dari hujung sana ke hujung sini ( rumah saya di hujung sini, boleh ke teman-teman bayangkan? boleh kot...).

Saya nak masak tengahari dalam pukul 11 camtu, tiba-tiba saya dengar bunyi bedebub motor jatuh, saya nampak sorang remaja susup-sasap berlari masuk ke dalam hutan, saya tinjau dan nampak asap berkepul-kepul dan bunyi berdesip-desip benda terbakar. Saya berlari segera ke tingkat atas nak tinjau dari veranda belakang, MasyaAllah...api marak dengan laju, menjulang tinggi,  saya terus call bomba, saya tunggu dalam setengah jam bomba tak sampai-sampai, rupanya ada kebakaran hutan juga kat pekan Semenyih. Cemasnya saya Ya Allah, tak tau nak cakap, hutan tu lebih kurang 5 meter je dari rumah saya.


Menurut cerita jiran remaja tu lari dari dikejar polis, motor yang ditinggal betul-betul di belakang rumah saya habis terbakar, tak dapat diselamatkan. Cari kamera nak snap gambar, rupanya suami bawa ada urusan kerja dia, sayang sangat tak dapat snap gambar masa kebakaran tu. Tapi buat pengetahuan kawan-kawan, kat perumahan saya di fasa 7, Bandar Tasik Kesuma ni dah 3 kali semak-samun dan hutan kecil terbakar. Dekat pulak tu dengan rumah saya. Nampaknya musim panas kering camni, orang masih suka nak bakar-bakar sampah sembarangan, tak bertanggungjawab betul, habis hutan saya!!!!

Bila bomba sampai, hutan tu dah terbakar hingga ke dalam-dalam, bertungkus-lumus diorang sebab hutan kan, susah nak masuk, tapi kena jugak dipadamkan sebab sebelah hutan tu ada kampung dan kabel elektrik hampir sangat. Lama diorang bekerja, saya rasa diorang sampai dalam pukul 11.30 hingga pukul 4 petang tadi masih di belakang rumah saya. Depan rumah saya ada pili bomba. So, pili bomba tu berbaktilah hari ni.

Larling balik dalam pukul 4 tadi, dia dah snap gambar kesan kebakaran tu, tapi takleh nak upload sekarang, tenet dah habis kuota ( kami guna broad band je, sebab nak pantau anak dari guna internet sembarangan ). Tapi InsyaAllah saya akan upload kemudian.

Habis dah hutan kesayangan saya, dari veranda belakang cuma tinggal pokok-pokok melecur dan habuk-habuk hitam memenuhi lantai bumi, sekali lagi, sediiiiiih sangattttttt.....Betullah firman Allah, berlaku kemusnahan dan kerosakan di muka bumi ini akibat tangan manusia sendiri.

Warkah'cinta' buat anak-anak...

Buat abang dan kakak..

Kalau kalian berdua terbaca coretan ibu di sini, ketahuilah bahawa ibu sayang pada kalian berdua. Ibu tau ibu bukanlah terbaik buat korang. Ibu tak tau nak psiko ke, diplomasi ke pada korang. Kalau nak marah, ibu marah je, ibu leterkan, kadang-kadang ibu perlecehkan korang terutama kakak,,,

Kakak ingat tak ibu tak pernah puji bila kakak dapat markah tinggi dalam exam, tapi bila markah rendah ibu cakap, " Banyak ni je, kan biologi tu subjek senang?" Kakak terasa kan? Ibu tau sebab ibu ada terbaca luahan kesedihan kakak tu. Dan bukan sekali dua ibu perlecehkan kakak, nak tau kenapa? Ibu nak kakak jadi orang yang kuat jiwa, tak mudah kecik hati dan lembik bila diperlecehkan orang. Ibu nak kakak boleh handle setiap masalah dan kontrol perasaan, kembalikan setiap masalah pada Allah...

Sebenarnya ibu rasa bersyukur sangat bila tengok kakak sekarang. Kakak teguh menjaga keperibadian sebagai remaja muslimah dan bijak menyelesaikan setiap masalah. Kuat jiwa duduk jauh dari keluarga. Ibu tau bukan mudah buat kakak pada awalnya kan? Semua nak kena urus sendiri. api sekarang kakak dah bolehkan?

Satu yang ibu perasan, kakak ni menurun perangai ibu..garang. Kakak janganla ikut perangai ibu yang garang tu. Ibu memang kena garang, bersebab tau. Kalau kat rumah, memang ibu jadi singa kalau korang buat perangai buruk dan lengahkan solat. Kat sekolah ibu kena garang supaya anak-anak murid ibu jadi 'orang', garang ibu bertempat. Kalau betul kakak nak jadi doktor pakar sakit puan macam yang kakak cakap tu, belajarlah berhemah dan lemah-lembut ya. Tapi ibu perasan juga, segarang-garang kakak, adik-adik di rumah ni sentiasa rindukan kakak, tertunggu-tunggu cuti sekolah sebab tak sabar nak jumpa kakak. Maknanya dalam garang-garang tu kakak pandai juga amik hati adik-adik.

Abang....

Ibu memang susah hati ddengan abang. Doa ibu tak putus buat abang. Dalam setiap doa ibu akan bayangkan raut wajah abang. Ibu takuttt..

Abang bersekolah agama. Tapi abang leka. Selalu lewatkan solat, bila dah ngadap game, 5 jam pun sanggup, sedangkan solat  minit pun bukan main liat lagi nak bangun. Punggung macam dah kena gam syaitan kat kerusi, tak boleh bangun. Subuh pun kalau ibu tak kejut bangun, tak solatla jawabnya kan? Puas dah ibu marah..dan sakit hati....sampai ibu rasa abang takpayah balik rumah, duduk je kat asrama. supaya ibu tak nampak dan ibu tak sakit hati..

Itu dua perkara yang buat ibu susah hati dengan abang. Game dan solat. Senang je kalau nak buat ibu sejuk hati pada abang, tunaikan solat awal waktu dan kurangkan game. Tu je....

Bila kita nak tau Allah sayang kita ke tak, tengoklah orang di sekeliling kita. Macamana mereka dengan kita, senang ke mereka berkawan dengan kita, atau mereka sentiasa nak jauhkan diri dari kita. Sedihkan bila orang tak suka, benci kat kita. Itu orang benci, tapi kalau Allah yang benci kita, kat mana lagi kita nak mengadu nasib, sedangkan dalam setiap detik nafas kita sentiasa perlukan DIA...

Berubahlah abang...

Bukan untuk ibu, tapi untuk diri sendiri. Selama ni, kalau dalam hati abang selalu salahkan ibu dan abah kerana menyangka kami tak adil dalam memberikan kasih-sayang, sangka kami lebih sayangkan kakak, ketahuilah, kami sayangkan kakak kerana dia anak yang taat, taat pada kami dan lebih lagi taatkan Allah. Kalau dalam hati abang tertanya-tanya kenapa adik-adik boleh sayangkan kakak walaupun kakak garang, itu kerana kakak bijak suaikan keadaan, kat mana perlu marah dan kat mana perlu sayang dan gurau senda dengan adik-adik. Abang pulak dengan adik-adik macam ais, dingin beku, sejuk je...tak taula nak tunjukkan kasih-sayang dengan adik-adik, jadi macamana adik-adik nak rindu dan sayang pada abang seperti diorang sayang dan rindu pada kakak....

Di sini sekali lagi ibu nak cakap, ibu sayang setiap anak ibu, susah payah ibu mengandungkan korang selama 9 bulan, jerih-pedih pula nak membesarkan korang, dan pahit-getir ibu dalam nak memastikan korang jadi anak-anak soleh di dunia dan akhirat, bukan kerana nakkan sesuatu sebagai balasan, Tapi kerana memang itu tanggungjawab yang akan dipersoalkan Allah di Akhirat nanti...

Akhir sekali, ibu minta kepada setiap anak ibu, tolong, tolong jadikan Allah dan Rasul sebagai hidup mati korang, InsyaAllah korang akan selamat dunia dan Akhirat, Aminnnn...

17 Feb 2014

HAKIKAT DUNIA YANG KITA REBUT INI...

Suatu ketika, sedang Rasulullah SAW berjalan bersama beberapa orang sahabat Baginda, mereka bertemu bangkai seekor kambing yang sudah busuk.

Baginda pun bertanya kepada sahabatnya, " Kenapa bangkai kambing ini dibuang oleh tuannya?"

Sahabat menjawab, " Sebab ia tidak berguna lagi. Tuannya sudah tidak menghendakinya lagi."

Rasulullah pun bersabda:

   " Demi Allah yang menguasai diriku, dunia ini lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya."

Ilmu yang beri manfaat

Menurut Imam Al Ghazali iaitu:

1.   Yang makin menambah rasa takut kepada Allah SWT.

2.   Yang makin menambah kenal kecelaan diri sendiri dan terdorong untuk memperbaikinya.

3.   Yang menambah kenal akan ibadah kepada Tuhan.

4.   Yang mengurangkan gemar dan cinta kepada dunia.

5.   Yang menambah gemar dan cinta kepada Akhirat.

Ya Allah,..hamba yang hina ini datang kepadaMu, ingin memohon belas kasihanMu wahai Yang Maha Rahim, sesungguhNya hanya Engkau yang layak dipuji walaupun Engkau tidak perlukan pujian itu..

Selawat dan salam buat KekasihMu yang sangat menginginkan keselamatan buat kami sekelian umatnya, jadikanlah kami pandai mengasihi dan merindui beliau ya Allah..juga buat seluruh pejuang kebenaran, moga Allah beri kemenangan yang dijanjikan bila tiba masanya nanti..

Wahai Tuhan, Engkau telah menguji kami dengan berbagai ujian, sesungguhnya sebagai hamba itulah yang selayaknya buat kami, berikanlah kami kekuatan untuk terus menghadapinya, moga kami tidak termasuk ke dalam golongan yang berkeluh-kesah terhadap ujianMu. Cuma ya Rahim..kasihanilah kami..turunkanlah rahmat buat kami, bumiMu ini sudah gersang ya Allah..

Kami tau ujian yang Engkau datangkan ini adalah kerana dosa-dosa kami, ampun Ya Allah...pandanglah kami dengan rahmat dan kasih-sayangMu...

16 Feb 2014

Pemaaf..

Suatu hari ketika Qais bin Asim duduk berehat-rehat, masuklah jariahnya membawa panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengaja, besi pemanggang itu terlepas dari tangannya lalu menimpa anak kecil Qais. Anak kecil itu menjerit kesakitan lalu meninggal dunia.

Bapa mana yang tidak kasihkan anaknya? Tapi Qais tetap tenang menghadapi kejadian yang menyayat hati itu. Dia sedar bahawa itu adalah takdir dari Allah. Kemudian dia memandang kepada jariahnya yang pucat lesi dan menggeletar ketakutan. Lalu ia berkata, " Aku bukan saja tidak marah kepadamu, bahkan mulai hari ini aku merdekakan kamu."

RASULULLAH SAW bersabda:

    " Merendah diri tidak merendahkan martabat seseorang tapi beroleh ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan mninggikan darjatmu. Memberi kemaafan tidak jatuh hina seseorang bahkan beroleh kemuliaan, maka hendaklah memberi kemaafan, nanti Allah akan memuliakanmu. Dan bersedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang, tetapi ia kan bertambah, maka bersedekahlah, nanti Allah akan merahmati kamu."

Nilai seketul cekodok pisang

" Erk! kerasnya cekodok ni, balik ke dinding, pecah dinding.." kita bersungut, lalu cekodok pisang kita letak ke tepi tanpa disentuh lagi, dan tempat akhirnya di tong sampah.Diangkut lori sampah dan akhirnya dihantar ke kawasan longgokan sampah bercampuur-aduk dengan berbagai jenis sampah jijik lain, aduhhh! malangnya nasib sang cekodok...

Pernahkah terfikir oleh kita bahawa untuk menghasilkan seketul cekodok pisang itu sebenarnya beribu-ribu manusia dan seluruh jentera kerajaan Allah telah bekerja keras untuknya, jika kita sempat renungkan sebentar di ruang hati yang jernih rasanya kita tidak akan sanggup membuangnya ( atau apa sahaja sisa makanan yang lain )...

Untuk mendapatkan gandum misalnya, petani-petani di Amerika Syarikat telah menyemai benih gandum di ladang-ladang mereka yang besar di kawasan Prairie. Setiap hari berpuluh-puluh pekerja ladang datang untuk memastikan tanaman gandum itu dalam keadaan yang baik. Akhirnya ia membesar subur, dan cukup masa untuk dituai....

Datanglah pekerja lain dengan jentera penuainya. Setelah dituai ia dikumpulkan, diikat, dimasukkan ke dalam guni-guni dan dihantar ke kilang-kilang untuk diproses menjadi gandum. Di sana, beribu-ribu pekerja memproses gandum daripada peringkat membuang sekam, dikisar halus,ditapis, digredkan dan akhirnya dibungkus ke dalam plastik siap untuk dipasarkan.....

Dari situ bungkusan gandum dalam kotak-kotak diangkut oleh ribuan pekerja lain untuk dihantar ke syarikat-syarikat pengeksport. Dan ada pula pekerja lain akan menghantarnya ke pelabuhan. Di sana ia dimasukkan ke dalam kontena-kontena besar, diangkut pula dengan kren ke dalam perut kapal. Cuba bayangkan...entah berapa banyak makhluk Allah yang campur tangan di situ.....

Bungkusan gandum yang dieksport ada yang sampai ke Malaysia, negara kita tercinta. Di pelabuhan Kelang tentunya, dipunggah pula oleh pekerja-pekerja lain dan dibawa ke stor penyimpanan, sebelum dihantar untuk dipasarkan.

Ada yang dihantar ke sebuah kedai kecil di sudut kampung. Lalu datang seorang wanita tua membeli sepeket gandum itu. Di rumahnya siap menunggu pisang, gula, garam dan sedikit soda, siap dicampur mengikut sukatan yang betul. Tapi bayangkan  setiap bahan tadi juga memiliki sejarah asal-usul masing-masing yang melibatkan ribuan tenaga manusia dan jentera Allah....

Campuran tadi digoreng pula ke dalam kepanasan minyak yang mendidih, tapi mereka tetap makhluk Allah yang taat...

Cekodok pisang yang siap digoreng dibawa siwanita tua itu ke warungnya di tepi jalan. " Cekodok pisang nak, panas-panas lagi, 30 sebiji.." begitulah yang ditawarkan kepada pengunjung gerainya. Kepalang gembiranya sang cekodok, dia bakal berkhidmat kepada manusia, makhluk yang dimuliakan oleh Penciptanya....

Namun meleset sekali sangkaannya. Sampai di rumah tiada tangan sudi menyentuhnya..." Ala ma, apa kelas cekodok pisang, mana pizza?" rengek si anak pada ibunya. Cekodok pisang lalu disisihkan. Dibiar bawah tudung saji hingga ke petang. Lalu dimasuki angin yang sama taatnya seperti cekodok itu. Akhirnya ia dihumban ke dalam tong sampah, begitu sahaja....

Begitulah...manusia hanya menilai wang yang keluar dari sakunya, tanpa mengambil kira susah payah para malaikat yang menjaga setiap diri manusia, yang menggerakkan hati, yang menjaga mata, tangan, kaki, perut, dan sebagainya. Ada pula yang bertugas menurunkan hujan, menyuburkan tanah, mengalirkan air dan lain-lain tugas yang jarang mahu difikirkan oleh manusia. Semuanya bekerja keras dengan penuh taat dan amanah kerana patuh pada perintah Allah....dalam menghasilkan sebiji gandum, pisang, gula dan lain-lain dalam usaha menghasilkan pula seketul cekodok pisang!

Hakikatnya, manusia bukan memperlecehkan si cekodok, tapi Allah-lah yang diperlecehkannya. Kerana semua itu hanya dapat berlaku dengan begitu tersusun dan indah oleh kekuasaan dan kebijaksaan Allah SWT. Manakala di Akhirat nanti, si cekodok akan dipertemukan lagi dengan manusia. Tapi tidak lagi untuk berkhidmat kepadanya, sebaliknya sebagai saksi di atas perilaku manusia itu ketika di dunia.....fikir-fikirkanlah...dengan matahatimu...

* Abuya saya ajar- sebiji nasi yang jatuh ke lantai tetaplah rezeki milik Allah yang tidak boleh disia-siakan, percaya tak Abuya akan kutip dan makan nasi itu, bukan kerana nilai nasi itu, tapi nilai diri sebagai hamba yang tak mampu walau nak hasilkan sebiji nasi........*


Ihsan google
Saya dah update Laisalahaa mindunillahi kasyifah ke dalam bahasa arab ( lihat entry Syyy..rahsia )

15 Feb 2014

Mengejar Muda di Dunia atau...

Wanita berusaha untuk cantik dan sanggup berbuat apa sahaja itu, sangat takut bila menatap cermin dan kelihatan di wajahnya jalur-jalur usia yang makin memudarkan kecantikannya. Aku juga sebenarnya cuak menghadapi saat-saat itu, tapi sebagai hamba aku sedar itu adalah proses semulajadi yang pasti dilalui setiap manusia....

Tidak salah berusaha untuk cantik..yang salahnya bila kita sampai mengubah ketetapan Tuhan.

Dari pembedahan plastik kepada mengambil hormon, dan berbagai lagi kaedah moden terkini, semuanya punya kesan sampingan yang memudaratkan. Akhirnya diri sendiri yang merana kerana menolak takdir Tuhan. Fizikal menderita kerana kanser dan bermacam-macam penyakit lagi. Lebih parah, batin turut menderita kerana hati yang tidak pernah puas, hati yang didorong oleh nafsu yang tidak dididik...

Cuba lihat artis-artis barat yang sanggup berbuat apa saja untuk kekal cantik dan muda..contoh mudah-Elizabet Taylor..bagaimanakah kesudahan hidupnya? Micheal Jackson..semuanya mati dalam keadaan yang menyedihkan....Nak ke kita jadi macam mereka? Itulah yang terjadi bila tak nampak syurga, kita terkejar-kejar muda yang menyakitkan di dunia, malah tak kekal, kena bedah lagi, makan hormon lagi sebab naknya kita pada kecantikan...

Atau..bersiap sedia menerima hakikat bahawa cantik atau tidak, muda dan tua adalah takdir Tuhan yang pasti. PemberianNya itu sudah sewajarnya dijagai seadanya sebagai tanda kesyukuran kita. Beruntunglah orang yang dapat menerima hakikat kejadian diri masing-masing....kerana di situlah letaknya ketenangan dan kebahagiaan hati. Jom kita kejar 'muda' yang abadi......


Kerjakan 4 perkara sebelum tidur

DIRIWAYATKAN bahawa Nabi SAW  bersabda kepada Saidatina Aisyah, " Hai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum terlebih dahulu mengerja empat perkara:

*  Pertama mengkhatamkan Al Quran.

*   Kedua menjadikan para Nabi sebagai penolongmu pada Hari Qiamat.

*   Ketiga engkau jadikan umat Islam redha kepadamu.

*   Keempat mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

Kemudian Baginda SAW pun mengerjakan solat dan saya ( Aisyah ) berada di tempat tidur sehingga Baginda selesai mengerjakan solatnya. Lalu saya berkata:

   " Wahai Rasulullah, Tuan perintahkan empat perkara yang tidak mampu saya kerjakan sekarang ini. Rasulullah pun tersenyum dan bersabda:

" Apabila engkau membaca Surah Al Ihklas sebanyak 3 kali, seakan engkau mengkhatamkan Al Quran. Apabila membaca selawat untukku dan untuk para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah menjadi penolongmu pada Hari Qiamat kelak. Apabila engkau memohon ampun untuk semua orang beriman, maka telah redhalah mereka kepadamu dan apabila engkau membaca SUBHANALLAHI WALHAMDULILLAHI WA LAILAAHAILLAHU WALLAHU AKBAR, seolah-olah engkau telah mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
                                                                                                                                        Tafsir Haqqy.

14 Feb 2014

Ayahku Tak Sembahyang....

Suatu hari sedang Rasulullah duduk di masjid bersama para sahabat, datanglah seorang pemuda.  Rasulullah segera menegur pemuda yang dalam kesedihan itu, " Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai pemuda?"

" Wahai Rasulullah, ayahku telah meninggal sedangkan kami tiada sebarang kain untuk dijadikan kafannya dan tiada pula orang yang akan memandikan mayatnya."

Rasulullah lantas mengamanahkan kkepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menguruskan mayat tersebut. Tidak lama kemudian kedua-dua sahabat itu kembali kepada Baginda, " Wahai Rasulullah, kami lihat mayat itu seperti babi hutan yang hitam."

Setelah mendengar berita yang dibawa oleh para sahabat itu, Rasulullah pun pergi ke rumah pemuda itu lantas berdoa di sisi mayat sehingga rupanya pulih seperti biasa. Setelah dimandi dan dikafankan jenazah itu, Rasulullah menyembahyangkannya. Ketika jenazah itu akan dikuburkan, ia bertukar lagi kepada rupa babi hutan yang hitam.

   " Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika hidupnya?" Rasulullah bertanya kepada pemuda itu.

   " Ayahku meninggalkan sembahyang." jawab si pemuda.

Rasulullah lantas bersabda, " Hai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang, akan dibangkitkan Allah pada Hari Qiamat seperti babi hutan yang hitam."

12 Feb 2014

Bersalam dengan Jin.

" Hilang lagi," rungut Kaab apabila mendapati jumlah buah-buahannya yang berkurangan daripada jumlah asal. " Siapakah agaknya yang mencuri simpananku di sini?" gerutu hati kecilnya sambil melabuhkan punggung ke atas seketul batu besar yang terdapat  di situ.

Kaab benar-benar bingung. Sudah acap kali buah-buahannya di curi. Bermacam cara dilakukan namun pencuri yang menceroboh ke gedungnya itu masih belum berjaya dikesan. Penjagaan rapi yang dibuat tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kegagalan itu membuatkan Kaab lebih nekad. Keinginannya untuk menangkap si pencuri terus berkobar. Dan kalau boleh biarlah tangannya sendiri yang menangkap si pencuri itu.

Kaab mengetatkan agi pengawasan di gedung buah-buahannya itu. Dia berkawal siang dan malam. Dia menutup setiap ruang yang diragui keselamatannya. Pada suatu malam, seperti biasa Kaab berkawal sambil mengelilingi gedungnya dua tiga kali. Apabila letih berjalan, Kaab pun duduk di muka pintu gedung, menikmati udara malam yang nyaman dan menyegarkan.

Kelekaan Kaab tiba-tiba terganggu. Ada sejenis binatang kecil berjalan-jalan di tepi dinding gudangnya, tidak jauh dari situ. Kaab menyapa dengan ucapan salam. Salamnya dijawab. 

   " Apakah engkau termasuk manusia atau jin?" tanya Kaab.
   " Aku daripada bangsa jin," jawab makhluk itu.

Kaab meminta makhluk itu menghulurkan tangannya untuk bersalam. Binatang itu menurut sahaja. Kaab agak terkejut kerana tangan binatang itu seperti tangan anjing. " Apakah tyang mendorong engkau ke mari? Dan kenapa kau berani masuk ke gedung simpanan buah-buahanku tanpa izinku?" tanya Kaab.

Binatang itu tunduk seperti dalam ketakutan. Kemudian dia menjawab, " Talah sampai kepadaku satu berita bahawa kau seorang yang gemar bersedekah. Maka aku ingin terglong daripada mereka yang beroleh sedekahmu itu."

Kaab tersenyum. Kemudian dia bertanya, " Baiklah, tapi tolong beritahu aku, apakah yang dapat menyelamatkan kami daripada gangguanmu?"

Jin yang berupa binatang kecil itu menjawab, "Ayat Kursiy. Barang siapa yang membacanya pada waktu pagi dia akan selamat daripada gangguan kami sampai ke waktu petang. Barang siapa yang membacanya pada waktu petang, dia akan selamat sampai ke pagi esoknya."


Sedikit tips Rumah tangga.

Rasulullah SAW pernah mengakui di antara tiga perkara yang menyenangkan hatinya selain dari solat dan wangi-wangian, yang ketiganya ialah wanita. Wanita yang dimaksudkan ialah isteri. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda maksudnya: 
   
   " Tidak ada suatu yang lebih baik dan manfaat bagi seorang lelaki setelah ia bertaqwa, melainkan ia memiliki isteri yang solehah ( baik ) yang kalau ia menyuruh sesuatu ditaatinya, apabila dipandang menyenangkan hati, apabila ditinggalkan ia menjaga maruah dirinya dan harta suaminya."
                                                                                            Riwayat: An Nasaei, Ahmad, Abu Daud.


Saidina Ali krw berkata, di antara sebab wanita itu dibenci oleh suaminya ialah kerana rupanya yang buruk, kerana kemiskinan ( iman ), kerana sombong dan kerana perangai ( akhlak ) yang buruk.

Daripada hadis dan Athar di atas jelaslah bahawa antara punca wanita itu samada disenangi atau dibenci oleh suaminya ialah kerana layanan dan akhlaknya.

Sabda Nabi untuk anaknya Fatimah:

    " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambutnya, menyikat janggut, menggunting misai dan mengerat kuku suaminya, nanti di Akhirat ia akan diberi minum oleh Allah dengan air dari syurga dan ia diringankan sakit ketika Sakaratulmaut. Semantara di dalam alam kubur terdapat nikmat berada di dalam taman-taman sepertimana taman-taman syurga. Namanya pula dicatat selaku seorang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Tidak dapat dinafikan wanita bekerjaya hari ini mempunyai alasan tersendiri sehingga tidak dapat berkhidmat bakti kepada suami sepertimana isteri-isteri solehah di zaman Nabi dan para salafussoleh. Alasan kesibukan, penat, tak sempat, suami tak kisah, ada orang gaji dan seribu satu macam sebab lagi sehingga kita menerima keadaan itu sebagai normal dan biasa. Tetapi walau siapa pun anda dan siapa pun suami, sekali pun jawatannya lebih rendah berbanding anda, martabatnya sebagai suami tetap di atas. Mungkin betul kita penat, sibuk dengan kerjaya kita tapi rasanya kita masih boleh begini:

1.  Menyediakan minum pagi ( takyah cerita nak sedia nasi goreng, nasi lemak bagai, dah tentu tak sempat kan? )

2.   Siapkan hidangan makan malam ( tak kisah le apa pun, goreng ikan, goreng telur, janji ada, InsyaAllah suami faham kita tak sempat, penat )

3.   Hari minggu sediakan juadah istimewa ( google je..)

4.   Gosok seluar baju kerja suami siap untuk seminggu, gantung baik-baik untuk memudahkan suami ambil, nak cantik lagi..isteri pilih dan letakkan di atas katil siap dengan stokin, tie semua.

5.   Bersalam, cium tangan suami ( walaupun naik kereta yang berbeza, salam dulu sebelum naik kereta tu, mudah-mudahan restu suami memudahkan urusan kita di pejabat untuk hari itu ).

6. Saling mendoakan, contohnya sebagai isteri kita boleh berdoa begini:

       " Wahai Tuhan, Kau terimalah amal ibadahku yang sedikit ini. Kau selamatkanlah perjalan suamiku, perjuangannya dalam mencari rezeki dan terimalah amal ibadahnya. Dan kalau suamiku terbuat dosa Kau ampunkanlah..."

7.  Kalau suami yang sampai dulu ke rumah dari tempat kerja, masuklah dengan senyuman dan salamlah tangan suami. Dan kalau kita yang sampai dulu, sebaik-baiknya bukakanlah pintu, sambut dengan senyuman dan salam serta cium tangan suami diiringi selawat 3 kali.

8.  Sediakan minum petang, walaupun sekadar segelas juice atau apa saja minuman kegemaran suami.

Inilah sebahagian kecil rahsia-rahsia memaut hati suami yang amat perlu kita buat untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga kita, sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat, ini sekadar sedikit panduan bagi isteri yang bekerjaya, tiada alasan untuk tidak berbakti kepada suami sebenarnya, cuma perlu korbankan sedikit masa dan cuba jadikan amalan yang diistiqomahkan, InsyaAllah..


ihsan google


11 Feb 2014

Syyy...rahsia

Minta maaf ya kawan-kawan, hari kerja camni tak sempat nak ziarah rumah kawan-kawan, tengok tajuk sume teruja nak pegi jenguk, tapi Ya Allah, terkejar-kejar, tak sempat, update entri ni pun waktu camni, baru selesai uruskan sarapan dan kejutkan anak-anak untuk bersiap ke sekolah. Kat tadika saya kekurangan guru sekarang ni, susah nak cari orang yang betul-betul minat dengan pendidikan awal kanak-kanak ni, anak-anak seawal usia 4 tahun, kena baaaaanyak sabar, macam-macam kerenah diorang, tak caya tanya CN, babY pose, sapa lagi cikgu yek, ha..diorang cikgu sekolah rendah, lain kerenahnya, tapi still kena banyak sabarkan cikgu..
tepung yang siap digaul dengan marjerin

kentang potong dadu, serai potong nipis, daun sup, bawang dan ikan bilis pun belah-belah je

Tadaaa...masa goreng, ermmm..wangi sangat sebab campur serai, dan tak keras walaupun dah sejuk, sebab campur dengan marjerin, rasanya pun sedap, lemak-lemak sebab ada marjerin tu ( cih! masuk bakul...)

Hari ni nak share satu rahsia tau..masa nak masak mak saya pesan amalkan baca ni, topi soriiii sangat tak reti nak taip jawi, nanti abang balik dari asrama jumaat ni, saya suruh dia taip jawi ye..InsyaAllah..

Mak saya kata, nak masak tu baca ni, InsyaAllah masakan jadi sedap..

"ليس لها من دون الله كاشفة" ( baca ulang-ualng tak kiralah berapa kali pun ).

Larling saya tak suka masakan ada ajinomoto dan yang sekawannya dengannya, tapikan...adala jugak saya guna sekali-sekala, terutama kalau masak asam pedas, sebab saya tak pandai masak asam pedas, so kena tambahla sikit..sikit je..( syyyy..rahsia tau...jangan beritau larling saya plizzzz )


10 Feb 2014

Niat-niat ketika membasuh anggota wudhuk

 Mungkin ramai yang dah tahu, tapi apa salahnya baca kan, boleh refresh..dan amalkan..

1. Ketika membasuh muka, setelah niat wudhuk yang wajib- mohonlah agar wajah kita bercahaya, moga dikenali kita sebagai umat Nabi Muhammad di Yaumul Mahsyar nanti.

2. Ketika membasuh tangan kanan- niatkan agar diberikan buku amalan dengan tangan kanan.

3. Ketika membasuh tangan kiri- niatkan agar janganlah diberikan buku amal dengan tangan kiri kita.

4. Ketika membasuh sebahagian kepala- niatkan agar berikan kita perlindungan di Padang Mahsyar nanti.

5. Ketika membasuh kedua telinga- niatkan agar dijauhkan kita dari mendengar perkara-perkara maksiat.

6. Ketika membasuh kedua kaki- niatkan agar dipermudahkan kita meniti di Titian Sirat.

Moga ada yang boleh diambil manfaatnya.
ihsan google




9 Feb 2014

Hu hu hu..sedih..

Cucu saya dah takde...dah kena makannnn..kot.

Al kisah petang tadi larling nampak sekor burung warna kuning, lebih besar dari burung merpati saiznya, kejar si burung merbah ni, ( saya tak tau pun tu burung merbah, larling yang cakap tu burung merbah, rupa dia lebih kurang cam burung tekukur, cuma saiznya lebih kecil ). Pastu larling saya pegi tinjau kat sarang si merbah ni, tengok anak dia dua-dua dah takde...hu hu..

Anak-anak saya nak amik sarang si merbah ni, saya kata biar jelah kat situ.....
Terbayang-bayang lagi anak-anak merbah  menganga-nganga sewaktu saya selak daun-daun jambu  masa nak snap gambar ni, petang tadi sarang ni dah kosong.............

Alhamdulillah..dua cucu saya selamat..

Hari tu dalam entri Tawakkal sang burung saya ada cerita pasal kebakaran semak-samun kat tepi longkang rumah jiran sebelah..Ha..inilah kesan-kesan kebakaran tu..

Masa kebakaran tu, tak ingat lansung nak gagau kamera amik gambar...tapi Alhamdulillah rumah cucu saya selamat.

Pokok jambu air, larling tanam, tinggi dah paras dada, belum berbuah. tengok-tengok...

Haa..comelkan cucu saya, ada dua ekor, Alhamdulillah..api semak-samun terbakar tak sampai ke sini, selamat cucu saya.
Jenuh diorang bertungkus-lumus nak padamkan.



BERDOA ketika ALLAH Hampir Dengan Kita..

Apabila kita berhajatkan sesuatu, pasti kita ingin ia segera tercapai. Untuk itu, apabila berdoa dan memohon sesuatu lakukanlah ia di waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa sambil menghadirkan hati dan menghinakan diri kepada Allah tatkala melakukannya.

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa ialah:

1.  Ketika turun hujan.

2.  Ketika akan memulakan sembahyang dan sesudahnya.

3.  Ketika menghadapi barisan musuh dalam peperangan ( kita sesuaikan dengan keadaan kita, kerana kita bukan dalam suasana peperangan, ada kawan saya..menurut ceritanya kereta rosak di tengah jalan, datang seorang pemuda, macam nak menolong, rupanya berniat jahat, anak dara kawan saya ni dah cemas, tapi Alhamdulillah bila terpandangkan kawan saya ni, muka dia jadi takut semacam terus lari...kawan saya ni dia baca ayat " Laqadja akum (sampai habis ayat )" ulang berkali-kali dengan hati yang betul-betul mengharapkan pertolongan dari Allah )

4.  Di tengah malam ( inilah waktu yang sangat mustajab sebenarnya, sebab tu kita sangat dianjurkan oleh nabi supaya bangun dan melakukan solat tahajud, waktunya antara pukul 2 ke 3 pagi, dan inilah yang sangat tak mampu kita nak buat )

5.  Di antara azan dan iqamah.

6.  Ketika iktidal yang akhir dalam sembahyang.

7.  Ketika sujud dalam sembahyang. Ketika bersujud kita berada amat hampir dengan Allah. Nyatakanlah di dalam hati apa sahaja hajat  kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Bahkan menggalakkannya pula kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud:

    " Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannyaialah di kala dia bersujud, kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

8.  Ketika khatam 30 juzuk Al Quran.

9.  Sepanjang malam,paling utama sepertiga yang akhir dan waktu sahur.

10. Sepanjang hari Jumaat, kerana mengharap bersua dengan saat 'ijabah' ( waktu dimakbulkan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat itu. 

11. Di antara waktu zohor dan Asar.

12.  Di antara waktu Asar dan Maghrib.

Rasanya ramai di antara kita yang sudah ada ilmu ini, tapi tak salah diulang-ulang supaya meneguhkan lagi hati kita untuk melakukannya. Ambillah peluang yang ada sebaik mungkin kerana sabda nabi lagi:

   " Doa itu senjata orang mukmin "
Ihsan google



8 Feb 2014

Kekhuatiran Hati Isteri Solehah.

Diceritakan ketika meninggalnya seorang suami seorang waliyah bernama Rabiah Al Bashriyyah rha maka Hassan Al Basri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya. Beliau mengizinkan mereka masuk dan beliau menjatuhkan tabir rumahnya lalu duduk di belakang tabir.

Kemudian Hassan Al Basri dan teman-temannya berkata, " Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah para zahid ini ( pembenci dunia ) siapa yang kamu kehendaki."

Rabiah berkata, " Ya, aku terima dengan senang hati dan penuh penghargaan, tapi aku mahu bertanya kepada kamu sekelian, siapakah yang paling pandai di antara kamu hingga aku akan mengahwininya?"

Mereka berkata, " Hassan Al Basri." Kemudian Rabiah berkata, " Kalau engkau dapat memberikan jawaban kepadaku mengenai empat pertanyaan, maka aku bersedia menjadi isterimu."

Hassan Al Basri berkata, " Tanyalah kepadaku, kalau Allah memberi pertolongan kepadaku untuk boleh menjawabnya,aku akan beri jawaban kepada pertanyaanmu."

Kemudian Rabiah berkata, " Bagaimana jawabanmu kalau aku mati, aku keluar dari alam dunia dalam keadaan muslim atau kafir?" Hassan menjawab, " Ini adalah barang yang samar ( tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah )."

Rabiah bertanya lagi, " Bagaiman jawabanmu ketika aku diletakkan di tempat penguburanku, dan aku ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir, apakah aku boleh menjawab pertanyaan mereka atau tidak?"

Hassan menjawab, " Itu juga perkara yang samar." Kemudian Rabiah bertanya lagi, " Tatkala manusia digiring pada hari Qiamat, dan bertebaran catatan-catatan amalan manusia, lantas sebahagian mereka diberi catatan dengan tangan kanannya dan sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kirinya, apakah aku diberi catatan amal dengan tangan kananku atau dengan tangan kiriku?"

Lalu Hassan menjawab, " Ini juga perkara yang samar." Kemudian Rabiah bertanya lagi, " Tatkala diundang pada hari Qiamat sebahagian masuk ke syurga dan sebahagian masuk ke neraka, apakah aku termasuk dalam ahli syurga atau ahli neraka?"

Hassan menjawab, " Ini juga perkara yang samar." Lalu Rabiah berkata, " Apakah seorang yang khuatir memikirkan empat perkara ini ( lebih baik ) mempunyai suami atau mengosongkan diri dari suami?"

Lihatlah wanita itu, dia seorang ahli ibadah dan tidak cinta dunia, bagaimana beliau khuatir akan akhir hidupnya, tidak akan ada kekhuatiran begini melainkan kerana hatinya yang sangat jernih. Seorang wanita solehah ialah jika melakukan satu dosa kepada suaminya maka ia menyesal di waktu itu juga dan memohon ampun demi  mencari redha Allah terhadap dirinya.

7 Feb 2014

Rumah Berbendera Merah dimasuki cahaya iman (2)

Kita sambung kisah Masikah yea..

Masikah sendiri pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
  " Sesungguhnya Allah membuka 'tanganNya' di waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu siang dan Dia membuka 'tanganNya' di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu malam sampai matahari terbit dari tempat terbenamnya."

Segala firman Tuhan dan hadis Nabi itu menambah kekuatan bagi Masikah untuk bertaubat dan meninggalkan jahiliah dan maksiat yang dilakukan selama ini dan menerima Islam sebagai satu cara hidup yang perlu diamalkan. Tanpa ragu-ragu Masikah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan sahabat-sahabat muslimah Ansar. Dan dia berjanji akan menerima apa saja penyiksaan yang bakal diterima dari Ibnu Salul.

Suatu hari Ibnu Salul mengira jumlah dirham yang baru diterimanya. Dia begitu terkejut kerana hasil pendapatannya semakin berkurangan. Kemarahannya tidak dapat ditahan dan dia berkata:
" Ya, sesungguhnya Muhammad telah merampas mahkotaku. Ia menjadikan orang ramai menjauhi anak buahku kerana seruannya terus mendapat sambutan."


Sedang dia merungut-rungut itu dia terdengar namanya dipanggil orang. Bergegas dia keluar, rupa-rupanya beberapa orang pemimpin Bani Tamim berkunjung ke tempatnya. Setelah memberi penghormatan, mereka pun duduk sambil berbual-bual. Gelas-gelas berisi air kuning beredaran.

Salah seorang di antara mereka bertanya, " Manakah wanita yang dahulu pernah kamu kirimkan untuk kami?"

Sambil mengerutkan dahinya Ibnu Salul berkata, " Wanita yang mana? Mereka kan ramai..."

Lelaki itu berkata lagi, " Salah seorang wanita yang paling cantik di tempat ini."
" Oh...Masikah, nanti saya panggil."

Ibnu Salul memanggil Masikah, tapi tiada jawaban. Lantas dia membuka pintu bilik Masikah. Apa yang disaksikannya sangat mengejutkannya, serta-merta kemarahannya memuncak. Didapatinya Masikah sedang melakukan sembahyang seperti yang dilakukan oleh kaum muslimin lain. Ditariknya telekung yang dipakai oleh Masikah sedangkan waktu itu Masikah belum selesai mengerjakan ibadahnya. Dengan keras dia berkata, " Celaka kamu, Muhammad telah memperdayakan kamu!" Suaranya umpama dentuman guruh dengan mukanya yang menyinga kemarahan.

Masikah menjawab, " Tidak, sesungguhnya Muhammad telah menunjukkan aku ke arah jalan kebenaran,"

Kata-kata Masikah itu menambahkan lagi kemarahan Ibnu Salul. Dia mula bertindak ganas, memukul, menerajang dan menyepak Masikah tanpa belas kasihan. Dia berbuat sesuka hatinya bagi melepaskan geramnya terhadap Masikah kerana menerima ajaran Muhammad. Masikah terjelepuk lesu tanpa suara, masih tidak berpuas hati dia menghentak kepala Masikah sekuat hatinya ke dinding. Darah merah membasahi muka Masikah. Melihat darah yang mengalir itu barulah hatinya puas dan barulah dia keluar dari bilik Masikah.

Setelah agak pulih dari kesakitan Masikah mengesat dan membalut kepalanya yang luka. Masikah terfikir, seharusnya dia lari dari tempat maksiat itu. Kalau tidak sudah tentu Ibnu Salul akan memaksa dia kembali ke lembah zina dan kesesatan. Dia tidak peduli pada penyiksaan Ibnu Salul, yang ditakutinya jika dia dipaksa melakukan maksiat lagi. 

Setelah malam tiba, di saat wanita-wanita lain di kawasan rumah berbendera merah itu sibuk melayani lelaki asing yang datang mencari kenikmatan, dan setelah memastikan keadaan benar-benar aman, Masikah mengambil kesempatan melarikan diri di tengah kegelapan malam. Dia menuju ke rumah seorang perempuan tua kaum Ansar yang dikenalinya sebelum itu.

Alangkah terkejutnya perempuan tua itu melihat keadaan Masikah. Masikah menceritakan apa yang berlaku. Perempuan tua itu benar-benar bersimpati dan dia berjanji untuk membawa Masikah berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Setelah siang mereka berdua pergi ke masjid tempat Rasulullah selalu berkumpul dengan para sahabat. Kebetulan saidina Abu Bakar sedang keluar, wanita tua itu segera berjumpa dengan saidina Abu Bakar dan menceritakan apa yang terjadi ke atas Masikah.

Abu Bakar masuk semula ke dalam masjid dan memberitahu kisah Masikah kepada Rasulullah SAW. Rasulullah terdiam sejenak, kemudian turunlah wahyu Allah kepada beliau yang bermaksud:
   " Dan janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari euntungan duniawi. Barang siapa yang memaksa mereka, sungguh, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( kepada mereka ) sesudah pemaksaan demikian."


Masikah mengerti ayat yang turun itu menjawab segala persolan dirinya. Dia tunduk malu pada Allah dan berbisik, " Sesungguhnya Maha Agung Tuhan semesta alam, Yang Maha Mulia dan Maha Pemurah, aku bersyukur padaMu Tuhan."

Berita tentang Masikah tersebar luas. Ini membuatkan Ibnu Salul malu kerana semua orang tahu dia mencari keuntungan dari hamba-hambanya. Kini dia tidak berani lagi mengganggu Masikah dan membiarkan Masikah At Tayyibah hidup dalam iman dan Islam.

Petua dapatkan jodoh

Nak kongsikan satu petua untuk mendapatkan jodoh...haaaa..excited tak? Cuba tau. Ni dari ustaz Hanafi Abd Malek yang selalu ada kat TV3 tu,masa tu ada kuliah Tanyalah Ustaz kat TV 9, tak ingat dah tajuk apa, tapi ustaz ada kongsikan petua ni.

Caranya:
1. Tadah tangan macam berdoa tu
2. Baca surah Alamnasyah sampai warafagnaalakazikrak ( sori tak tau nak taip jawi, selalu yang taip jawi tu, anak bujang saya umur 15 tahun, dia ada ajar, tapi otak ni dah tak pikap lagi nak belajar benda-benda camtu
3.  Baca sebanyak 3 kali atau 7, atau 11...terpulang.
4.  Tiup kat tapak tangan sebanyak jumlah yang dibaca.
5.  Sedut semula dalam-dalam, juga sebanyak bilangan yang ditiup.
6.  Sapu ke seluruh wajah mula dari bahagian bawah naik ke atas hingga ke belakang kepala.
7.  Buat waktu pagi sebelum keluar rumah, tetapi buatlah dengan niat yang betul, mudah-mudahan Allah perkenankan hajat kita untuk dapatkan jodoh yang baik.

Bagi isteri pula, untuk mengekalkan kasih-sayang dan dipandang cantik oleh suami buatlah dengan cara yang sama, cuma tukarkan dengan surah Al-Ikhlas.

Nilah Ust Hanafi Abd Malek









Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign