Asam Garam Kehidupan: Rindu sangat kot?

Nuffnang

Pages

25 Dec 2015

Rindu sangat kot?

Konon nak hilangkan ngantuk, takmo tido lepas subuh, sudahnya entri yang dah separuh ditulis terdelete macam tu aje. Frust juga rasanya. So, entri santai lagi la jawabnya.

Nak cerita pasal raya. Aku, mak mentua, adik ipar dan mak aku sedang sibuk buat persediaan nak sambut raya.  Ma tak banyak cakap,  mak mentua je bising mulutnya,  orang nogori la katakan, tapi kami memang sibuk sungguh. Tengah- tengah kalut tu datang sekumpulan pekerja myanmar minta duit raya, katanya nak beli mancis dan rokok. Tak sempat nak layan, aku suruh diorang balik dulu, nanti aku pergi tempat diorang.

Tu  tadi belum pun pagi raya.

Tiba pagi raya tu, masih lagi sibuk sebab nak balik kampung pulak, mana nak kemas rumah, kain baju, packing kuih raya. Datang plak sekumpulan bebudak. Hidanglah apa patut, bebudak je kan, nak duit raya je tu. Aku baru plan nak masukkan rm1 je dalam sampul, tetiba aku tengok adik ipar aku masukkan rm5, uihhh...tak bole jadi, malu la kalau bebudak ni bukak tengok rm1 je. Aku masukkan rm2.. Habisla rm24 sebab bebudak tu ada 12 orang.

Sempat gak aku pergi kat tempat pekerja myanmar tu, dah beratur diorang tunggu, ada 14 orang semuanya, sedangkan aku sediakan 12 sampul je, isinya rm2 jugak, hi hi...aku kan cikgu tadika je, gaji berapalah sangat.

Faham plak aku bahasa diorang, walaupun diorang cakap bahasa diorang, diorang kata.." Wanginya bau dia ni, mesti pakai avon ni..", wah! ada chance ni, pasni
aku nak jual barang avon kat diorang.

Dari tempat myanmar tu aku jalan kaki nak balik rumah, tapi aku tak pakai baju raya pun, cuma pakai t shirt dengan seluar panjang, ramai bebudak tengah berjalan nak pi beraya, meriah sungguh. Tapi jalan tu, kampung tu macam asing sikit, macam kat kampung abah aku kat Pahang..

Balik rumah, tengok jiran sebelah dah start enjin kereta nak balik kampung, mak aku pun dalam tak bercakap tu aku faham yang dia nak aku cepat bersiap nak balik kampung juga. Dalam dok kalut tu, mana entah peginya adik ipar dan mak mentua aku, datang lagi segerombolan bebudak,  ish, ish..berani sungguh main cekau je kuih raya dalam balang dari balik pintu, belum pun aku ajak masuk, hajat hati aku nak suruh diorang balik je, yelah dah nak naik kereta pun, tapi mak aku bagi isyarat suruh ajak bebudak tu masuk. Aku letak je balang-balang kuih raya atas meja, berebut-rebut bebudak tu makan, sementara tu aku  masukkan duit raya dalam sampul...

Tetiba...tit..tit...tit..tit...eh, terkejut aku ....,selamat duit raya aku.,

Aku bangun terus duduk di birai katil. Terus bangun menuju bilik air, mandi dan bersiap...

Agak-agak korangla, aku sambut raya tu kat mane? Apa yang terjadi sebenarnya? Sape bole teka?

4 comments:

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign