Asam Garam Kehidupan: Rebut peluang sebanyaknya..

Nuffnang

Pages

8 Apr 2016

Rebut peluang sebanyaknya..

Saya rindu arwah ma saya saat ini. Mak saya meninggal tengahari khamis waktu zohor, dikebumi sebelum maghrib, jumaat pagi dengan rasa yang tidak menentu, saya menziarahi pusara ma di Sg Kantan, dan jumaat malam sabtu saya balik ke Terengganu menaiki bas dengan dua orang adik lelaki saya, di kampung tinggal dua orang ibu saudara sedang uruskan tahlil untuk arwah ma di surau kampung.

Bila jumaat tiba, saya akan rasa...hari ni baru dua hari ma meninggal..ada masanya sebak menyesak dada sehingga...

Untung korang masih ada mak untuk korang berbakti. Saya dulu pun tak sedar keberuntungan tu, even masa arwah ma sakit sehari di rumah saya pun, saya tak bijak mengambil kesempatan tu, sedikit pun saya tak terfikir. arwah ma akan pergi dalam waktu yang sesingkat itu...

Berkatnya hidup di samping ibu, ada saja rezeki yang Allah murahkan, seperti kata adik saya yang duduk di Dungun, saban minggu semasa arwah ma masih ada, dia akan balik sebab nak hantar dan ambil ma di surau yang ma saya mengajar, sabtu dan ahad, sekurang-kurangnya rm30 untuk isi minyak kereta mesti ada, tapi rezeki tu sentiasa ada, tak tau dari mana datangnya..

Sebab tu bila baca atau dengar kisah anak yang tidak menghargai ibu, saya akan rasa sedih sangat...dan bila tengok natijah dari anak yang menderhakai ibu, saya tidak pelik, memang janji Allah begitu, tak tunggu di akhirat, di dunia Allah dah tunjukkan...kenapalah masih ada yang tak mau mengambil iktibar..( apa agaknya kesudahan lelaki yang menderitai hiv sehingga dimakan ulat badannya...sekiranya ibu yang sedih membawa diri entah ke mana tidak ditemui...)

Pesan buat Aishah Humairah, Muhammad Danish, Muhammad Hilman, Nadhrah Hannani dan Umar Zikri...jadilah anak yang membahagiakan ibu dengan sentiasa menjaga solatmu, berbakti kepada Allah dan Rasul dan jangan sakiti hati ibu...ibu minta pada Allah diberikan ibu umur yang berkat sehingga tidak menyusahkan anak-anak di hari tua ibu nanti...

6 comments:

  1. Huhuhu....moga kau berikan kesihatan yg baik buat ibu ibu di dunia ini Ya Allah....

    Gitulah mak... sampai masa kita pun akan tua kalau panjang umurlah, entah macamanalah nasib kita kelak.... Aku serahkan jerlah pada Allah.

    Mak ko tak nak beranak lagi ke? hihi...


    ReplyDelete
  2. Mak, ko bg soklan cepu cemas ni. Takpelah, aku tunggu cucu plak

    ReplyDelete
  3. Mak, ko bg soklan cepu cemas ni. Takpelah, aku tunggu cucu plak

    ReplyDelete
  4. Mak, ko bg soklan cepu cemas ni. Takpelah, aku tunggu cucu plak

    ReplyDelete
  5. sedih kan, saya pun selalu rasa mak akan hidup lebih lama, tp Allah tu ambil mak dalam waktu yang kita sendiri tidak duga. Moga arwah mak kita ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.

    Moga kita juga dipanjangkan usia untuk melihat anak2 membesar dengan baik dan mengenal agama.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign