Asam Garam Kehidupan: Tersayat hatiku.

Nuffnang

Pages

5 Apr 2017

Tersayat hatiku.

Tak tertahan airmata turun menjujuh-jujuh, sambil kutahan esak agar tidak didengari dan disedari oleh ticer2 lain yang sedang berehat. Umpama ada sembilu menyucuk perasaan tapi tak dapat kugambarkan..

Setiap isnin khamis kakak puasa, jadi dapatlah berbuka puasa di masjid luar kampus, dapatlah makan lauk sedap-sedap, macam-macam. Kalau tak hari-hari makan nasi goreng, itu yang murah, untuk jimat-jimat belanja. Almaklum biasiswa pun takde...

Tiap kali telefon mesti kakak tanya.."ibu masak apa hari ni?" Kalau kebetulan dengan lauk kegemarannya kedengaran pujiannya.." dapnya, dah lama tak makan.."

Ada satu hari tu dia bagitau.." kita makin kurus, duit belanja kena jimat2, nak beli makan pun beli yang paling murah.." 

Habis, ibu nak buat apa? Kalau dekat boleh je balik makan kat rumah. 

Nak tambah duit belanja kakak usahalah buat jualan. Buat roti sandwich telur sos lada hitam. Macam sedap je bunyinya. Ada masa, tak habis. Ada juga yang ambil tapi tak letak duit.  Dan hari ni, nampaknya murah rezeki kakak, jualan habis, gembira sungguh dia, walaupun cuma dapat rm8...

Tu pun bukan boleh buat hari-hari. Nanti orang jemu. Dan tak boleh buat banyak, nanti tak habis, jadi bila sesekali buat dan habis, tentulah kakak gembira.

Tapi hati ibu yang tersayat pilu tau. Mungkin terbayang susah payah kakak bangun pagi-pagi sebab nak siapkan roti telur tu...hati ibu mana yang tak sayu..

36 comments:

  1. YaAllah Azi sedih akak membacanya.Anak2 akak dah laluinya keperitan hidup sepanjang bertahun2 mereka belajar...makan sekadar kenyang.
    Akak bersyukur sekarang anak2 dapat biasiswa dan ptptn..mereka saling membantu.
    Semoga keperitan itu menjadi semangat untuk anak lebih berusaha menimba ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elaun pun tk dpt kak, biasiswa ada try mnta, harapla dpt.
      Tulah saya harap keperitan hidup tu menjadi pengalaman brharga utk masa dpn dia.

      Delete
  2. Saya sekarang ni duk dalam fasa macam kakak jugaklah. Dari sekolah sampai degree saya selalu dapat biasiswa, jadi mak ayah boleh kata tak pernah risau pasal duit kalau dekat saya. Masuk master, kena terkial2 belajar jimat n cari duit sendirik.

    Sampai mak pun selalu pesan, jangan jimat sangat sampai tak makan. Kalau tak cukup duit bagitau. Sediiihnya kalau ingat jasa mak ayah ni. Huuuu

    Moga Allah mengasihi kita semua. *berair mata komen hihi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kakak duk asrama penuh sek sains, mkn mewah serba cukup siap ada supper lagi. Dah duk kampus kenalah berjuang hidup sendiri, duit belanja dr abah tulah utk makan, assignment, toiletries...mmg kena berjimat sgt.
      Haraplah sangkut mana2 biasiswa.
      Aminn.

      Delete
  3. Kak..saya yang membaca ni pun dah nak meleleh airmata tapi tahan je sebab takut kawan nampak. faham perasaan kakak tu..acik ni pun kakak hari2 bawa bekal sebab nak jimat duit belanja,kalau makan pun pilih yang murah2 jugak...acik doakan kakak berjaya je, bangga lah kakak ada usaha nak tambah duit poket, moga bisnes kakak maju ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga suatu hari kakak baca dan jawab komen acik ni.:)

      Delete
  4. stay strong kak. semoga bisnes kak maju

    ReplyDelete
  5. Yang membaca entri pun menahan air mata ni, KakG. Alahai sedih pulak rasa. Tak dapat nak bayangkan berada dalam situasi kakak sekarang. Semoga kakak tabah. Insyaallah, susah-payah sekarang akan diganti dengan nikmat tak terhingga kemudian hari.

    Kalaulah dekat, rasa macam nak datang ambil bawa anak pergi makankan, kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalo dekat nak je htr makanan tiap hari tau MD, tak tahan hati bayangkan dia bgn pagi2 utk buat roti tu, mgkn tak susah mana, tapi hati akk ni tpp rasa sayu..

      Delete
  6. sayunya..tk pernah alami keadaan belajar mcm ni sbb dpt biasiswa..semoga kakak tabah dan berjaya dgn cemerlang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu senang kan nk dpt biasiswa, skrg susah. Elaun pun tkde

      Delete
  7. Saya pernah melalui saat-saat ini tapi Alhamdulillah saya dapat elaun. Tapi bila tak cukup duit memang cuba elakkan bagitahu mak sebab tak nak buat mak rasa bersalah.

    ReplyDelete
  8. Sabar ya NA, faham perasaan tu.. kita sbg ibu mmg x sgup dgr semua tu, jk boleh nak anak senang, x perlu bersusah payah..

    Anak bujang kita yg dpt biasiswapn x pnah cukup, awal bulan jer dah mnta kita topupkn duit, macam2 kena beli kt kolej tu, mknnpn boleh tahan juga mahalnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasiswa lak, elaun..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ni mana ada elaun, tu yg perit tu.
      Makpak berduit takdelah susah sgt UA, ni makpak marhaen ni, huhu..
      Doa je dpt dikirim, moga Allah permudahkan urusan ankku itu.

      Delete
  9. Sedih saya baca. Sangat tabah dan kuat anak akak..

    ReplyDelete
  10. Sedih saya baca. Sangat tabah dan kuat anak akak..

    ReplyDelete
  11. Hati ibu tetap sayu.

    ReplyDelete
  12. Aku pun sedih mak baca entri ko ni. Matangnya lahai kakak ni....

    Laki aku selalu cerita kisah hidup dia masa kat U dulu. Dia share makan ramai ramai ikan seekor. Kadang share duit Rm1 sehari untuk beli lauk. Nasi pulak masak sendiri.

    Tp aku pulak lain, nasib aku kira baik sikitlah dari laki aku, tak de lah sampai mcm laki aku tu walaupun mak bapak aku cuma penoreh getah je. Agaknya sebab aku ni anak bongsu kot mak, jadinya aku enjoylah sikit kalau cite bab makan masa belajar dulu. Lagi pun mungkin kakak abang aku tak de yg belajar tinggi jadinya mak bapak aku tak delah terbeban sangat.

    Apa pun rezeki manusia Allah dah tetapkan berbeza mak. Lebih yg itu, yg ini pulak kurang. Apa pun moga kakak akan berjaya satu hari nanti dan kekalkan nilai nilai murni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rm1 pun kenyang mak, la ni, rm1 dpt apa? Nasi lemak pun tak dpt dah.

      Untung ko mak, kira mudahlah urusan belajar tu, tak perlu pikir pasal tak cukup belanja. Yelah dah kira rezeki ko kan mak.
      Aku tak belajar kt U, jadi aku tkde pengalaman hidup kt situ, aku ada pengalaman di universiti kehidupan je, banyakkk.

      In shaaAllah, moga ank aku ni terus tabah utk berjaya.

      Delete
  13. sodih baca �� sy dpt dermasiswa RM7k setahun. setahun ada 2 sem, yuran 1 sem dekat 4k. memang dermasiswa tu khas utk yuran ja. tiket flight, makan semua duit sendiri. my parents gigih cari rezeki supaya sy x pinjam ptptn sebab kalau pinjam tinggi sngt bunganya nak byr balik.

    kami 3 beradik study d kolej swasta. memasing yuran nak 4k. nasib baik sy dpt dermasiswa, adik pompuan plak dpt pinjaman mara. yg lelaki x dapat pinjaman lgsg. jd kami berdua akan kongsi duit share dkt adik lelaki.

    my parents selalu pesan, jgn biar perut lapar. makan selagi ada duit. takda duit, bagitau kat dorang. segan plak nak minta kat depa ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pilihan nour, usaha juga ni buat pinjaman ptptn, tapi tggu semester depanlah, sementara ni kenalah usaha apa yg termampu nour.

      Mmg, ibubapa mana yg tak berhempas pulas utk kejayaan masa depan ank. Tengok ank berjaya tu satu kepuasan.
      Bila ada saling ambil berat sesama afik-beradik tu, yg berat tu jadi ringan juga kan Nour.

      Delete
  14. Semalam saya baca entry ni tapi tidak tumpu perhatian sepenuhnya. Saya baru baca lagi, satu tamparan bagi saya. Saya terasa pilu.

    Biasanya orang yg bercerita keperitan akan merasa sedih tetapi ada orang yg membacanya terluka di hati. Itulah saya.

    Kamu tabahkan hati, buat mana yg betul untuk masa depan kamu. Bukan saya tidak mau menolong, maklumlah kita bukan kenal mengenali.

    Apa yg boleh saya bantu sekarang ialah dengan memberi pendapat tentang kehidupan. Kamu boleh bertanya saya sebarang kemusyikilan. Bertanyalah di blog dan bukan melalui email.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma bercerita dan menulis di sini sekadar satu perkongsian saja, juga utk kenang2an hari tua.

      Delete
    2. Trmkasih en Adam atas sokongannya.

      Delete
  15. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sayu juga membaca entry ini. Begitulah lumrah jalan menuntut ilmu, sepertimana disebutkan oleh Imam Syafi`e rahimahullah, menuntut ilmu payah jalannya, panjang masanya, banyak pula belanja dll. Insya-Allah wa bi iznih, kesusahan dan kepayahan hari ini adalah untuk kesenangan dan kebahagiaan hari esok. Moga akak sekeluarga dipermudahkan setiap urusan....
    #teringat anakanda saya yang akan ke Mesir 21 April ini.. moga dipermudahkan jua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ustaz, setuju..jln menuntut ilmu tu panjang kan, menuntut ilmu pun sebenarnya tak pernah habis.
      Semoga anakanda yang akn ke Mesir tu dipermudahkan semua urusannya, dan pulang dgn kejayaan. Aminn.

      Delete
  16. Bertakung air mata CH zimah baca entri kali ini..
    Alhamdulillah ..
    Anak2 masih betah hidup sederhana..
    Macam CH dulu2..
    Seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan mak abah..
    Tahu keadaan macam mana kan..

    Kalau anak2 CH telefon tanya masak apa..
    seboleh-bolehnya CH cakap ikan goreng biasa jer..
    Jadi bila mereka balik..
    Masak yg mereka suka kan ..

    ReplyDelete
  17. Sedih PH baca cerita ni. Ya lah, mak mana yang tak sedih bila anak dia dalam keadaan macam tu. Takpe ticer, this part of her character building. She will be a stronger person nanti. Percayalah.

    ReplyDelete
  18. Allahu sedihnya :'(

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign