Kemiskinan bukan satu masalah ataupun kehinaan. Oleh itu jika kita ditakdirkan hidup miskin, maka bersyukurlah kerana terpilih untuk mengikuti cara hidup nabi. Ia juga merupakan satu darja yang mulia yang direbut oleh Nabi dan para sahabat. Hidup miskin dikejar kerana...
1. Beruntung kerana tidak perlu mentadbir harta kekayaan dan wang ringgit yang mana kita berkemungkinan tidak dapat berlaku adil dengan harta pinjaman Allah itu.
2. Bebas daripada tipuan-tipuan dunia yang berbagai, yang sering berpunca dari harta. Dunia kalau tidak ada, tidaklah menipudaya, tapi kalau sudah ada si tangan, bisikannya terlalu menggoda, hingga jarang yang selamat dari tipudayanya.
3. Kurangnya hisab ke atas diri di alam akhirat yang sungguh menyiksakan nanti.
4. BERPELUANG MASUK KE SYURGA lebih dahulu kerana tidak lama dihisab.
5. Orang miskin yang bertaqwa tidak mengadu-ngadu dan meminta-minta pada manusia, sebaliknya lebih suka mengadu kepada Allah kerana sedar Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
6. Sabar dan redha dengan kesusahan yang ditanggung kerana menganggap ia sebagai penghapusan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah.
Betul. Ramai orang yang kaya-kaya yang kita tengok, akan diuji pula dengan dugaan kekayaan. Yang penting, kita bersyukur dalam apa jua keadaan.
ReplyDeletekekayaan harta bukan jaminan bahagia, yang bahagia bila kaya hati
Deleteluas sebenarnya maksud miskin ini.
ReplyDeleteadakalanya orang kita lihat kaya tapi dia merasakan dirinya masih miskin buatkan dia 'rompak' duit rakyat. ada yang kita lihat miskin tapi hidupnya kelihatan sentiasa cukup. bila datang ke rumahnya, ada saja juadah yang dihidang.
itulah kaya hati namanya, miskin harta..kaya jiwa
Delete