Asam Garam Kehidupan: PERKAHWINAN LAMBANG KASIH SAYANG.

Nuffnang

Pages

2 Dec 2013

PERKAHWINAN LAMBANG KASIH SAYANG.

Perkahwinan asalah lambang kasih sayang
Kalau bukan cinta-mencintai
Tidak akan jadi suami isteri
Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca
dari kasih sayang
dan cinta-mencintai

Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata
Makin lama berkahwin makin ramai anak-anak
penghibur hati
Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa
Hiburan ertinya kebahagiaan
dan penyejuk hati dua ibu bapa
Kelahiran anak-anak adalah lambang
Kasih sayang sesama manusia.

Anak-anak yang lahir
dari suami isteri secara semulajadi
kasih sayang dengan ibubapanya
Betapalah ibubapanya lebih-lebih lagi
Kepada anak-anaknya
Datang generasi baru hasil perkongsian hidup
juga lambang kasih sayang
Kasih sayang cinta-mencintai
di antara adik-beradik semula jadi
Lahirlah perpaduan di kalangan keluarga
hasil kasih sayang
diikat pula satu sama lain oleh ibu bapa mereka
kepunyaan bersama.

Tapi apabila mereka dewasa
perlu berumah tangga
Masing-masing membangunkan pula
rumah tangga yang tersendiri
Oleh kerana mereka masing-masing
ingin mempertahankan keluarga mereka
Dengan adik-beradik mereka mulalah renggang
sesama sendiri.

Kalau dari asal adik-beradik mulanya kasih-sayang
akhirnya renggang
Renggang oleh kerana kepentingan diri atau keluarga
Betapalah dengan orang yang tidak ada 
hubungan keluarga
Lebih mudah lagi hilang kasih sayang
sesama mereka,

Di sini dapat difahami
perpaduan atas dasar fitrah semula jadi tidak mencukupi
Mudah renggang, mudah hilang
apabila ada kepentingan peribadi
kerana kepentingan peribadi sering membawa perpecahan
dan menjadikan manusia 
terseksa sesama mereka.

Kasih-sayang amat penting
kerana ia keperluan bersama
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan
sesama manusia.

Dari perpaduan ada rasa bersama
boleh bersama dan bekerja sama hidup harmoni pun menjelma
Di sinilah kebahagiaan manusia sejagat
keamanan dan keharmonian.

Kerana kasih sayang keperluan bersama
dari sanalah datangnya bahagia
Sepatutnya setiap bangsa dan agama
perjuangkan kasih sayang di mana-mana
Rahsia kasih-sayang yang teguh
dan perpaduan yang unggul perlu dicari
Perjuangkan Tuhan, hingga Tuhan dicintai
Dari cinta Tuhan, terjadi cinta sesama manusia
keamanan sejagat pun berlaku
hidup harmoni pun menjadi realiti

* Ilham Mursyidku tercinta*

6 comments:

  1. Dan kerana ketulusan sebuah kasih sayang...maka keakaraban jalinan hubungan sebuah keluarga menjdi lebih kukuh dan erat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. keakraban yang dijalinkan oleh ibu bapa berasaskan cinta Allah..moga kekal ke syurga

      Delete
  2. Sungguh kasih-sayang adalah anugerah Allah yg perlu dipupuk dan dibaja tak kira dlm institusi apa sekalipun. Hilang kasih sayang akan rosaklah institusi itu...

    ReplyDelete
  3. yelah nor..knor pun dah tak ada ayah dan ibu..sudah berpuluh tahun..masa tu knor sek rendah lagi..adik bongsu masih menyusu bdn ketika tu..

    ada hikmah disebalik semua kejadian...redha,kami adik beradik org susah..menumpang sana sini..akhirnya kami bersatu di suatu tempat dibumi Allah ni..semua sudah berumah tgga..cuma adik yg kecik tu nak kawin thn hadapan.

    ReplyDelete
  4. alahai knor, saya tersentuh hati dengan kisah knor, tapi kesusahan tu sebenarnya merapatkan lagi kasih-sayng sesama insan kan..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign