Asam Garam Kehidupan: Luahan Mangsa Banjir

Nuffnang

Pages

12 Dec 2013

Luahan Mangsa Banjir

Ada yang mengambil kesempatan. Diwaktu orang menempuh kesulitan, diwaktu keadaan sangat genting dan sulit, ada ramai manusia yang akan tampil mengambil kesempatan. Nampak awalnya seperti bersimpati, bersusah payah mahu menolong tetapi rupanya itulah ruang bisnes yang direbut. Kesulitan orang lain dijadikan ruang memberi 'harga' kepada setiap bantuan yang diberi.


Dalam orang lain sibuk mengumpul derma untuk di beri kepada mangsa banjir, ada juga manusia yang sanggup mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain - mangsa-mangsa banjir menjadi korban. Ada manusia yang sanggup kenakan tambang/caj bot sampai RM100.00 ++ pada mangsa2 banjir. Manakala di pusat penempatan mangsa banjir pula ada yang sanggup jual mineral water dengan harga sehingga mencecah RM6.00 sebotol. Tidak ada perasaan ingin membantu dan mahu berkorban demi menolong orang lain bahkan yang dilihat 
bagaimana dapat memeras wang ringgit orang lain yang sedang tersepit. 
 
Mangsa banjir sudah kehilangan harta benda. Kerosakan rumah, tempat tinggal, kenderaan, peralatan dan sebagainya sangat menyedihkan. Ada yang menanggung kerugian puluhan ribu ringgit. Bagaimana mereka akan memulihkan segalanya selepas ini. Inilah yang sedang bermain di fikiran masing-masing. Kesulitan makan minum, tidak usah dicerita lagilah. Setiap hari - di pusat penempatan banjir itu- tentulah perlu kepada makan minum. Keselesaan jauh sekali

Dalam keadaan susah begitu, sepatutnya masing-masing turun membantu dan berkorban. Apa pun inilah wajah dan nilai masyarakat kita!! Orang yang tidak berhati mulia, akan terus memikirkan untung wang ringgit daripada keuntungan maknawi yang hakiki. Membantu orang yang susah akan membuka pertolongan Allah untuk kita di waktu kita kesempitan dan kesulitan. Waktu dan masa kita menempuh susah akan sampai gilirannya pada kita satu masa nanti. 

Bacalah luahan hati mangsa banjir seperti di bawah; 










9 comments:

  1. Muga ini bukan fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..moga bukan fitnah, apala yang dapat kalau saja2 nak buat cerita

      Delete
  2. Apa nk jadi...la...betul , semoga ini bkn fitnah...

    ReplyDelete
  3. Hanya mereka yg ada ditempat itu saja yg tahu Azi. Kalau benar bagai dikata alangkah sedihnya. Menangguk di air keruh. Tak takut balasan Allah gamaknya...

    ReplyDelete
  4. dalam keadaan susah dan terhimpit macam ni, memang masing2 fikir untuk diri sendiri je..tapi tak dinafikan ada yang berhati mulia..

    ReplyDelete
  5. memang ada yang berlaku macam tu... unit amal baju merah tak tunjuk pun dalam tv sebab mereka dari PAS...

    ReplyDelete
  6. beramal bukan untuk nilaian manusia

    ReplyDelete
  7. https://srikandiofficialblog.blogspot.co.id/2013/12/mencungkil-hikmah-dan-taqdirnya.html?showComment=1494699954389#c3314791022346179434

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign