Asam Garam Kehidupan: entri pra balik kampung

Nuffnang

Pages

24 Jul 2014

entri pra balik kampung

In shaa Allah, kalau tak esok, lusa kami sekeluarga akan bertolak balik ke Kuala Terengganu, rumah arwah ma. Kena balik awal sebab banyak benda nak kena buat, kena kemas..maklum saja rumah yang ditinggal lama, penuh debu dan sawang lelabah. Memangla ada mak sedara yang tinggal sekali di situ, tapi saya tak boleh harapkan mereka membuat kerja-kerja tu semua, mereka juga sudah agak uzur dan ada ada urusan masing-masing. Saya balik ke Terengganu pun kerana nak ziarah mereka berdua yang direzekikan menjadi tetamu Allah tahun ini, Alhamdulillah...

Baru sebentar tadi kakak beritau dia pun dah mula bercuti hari ini dan akan balik ke rumah arwah mak hari ni juga, adik-adik dah tak sabar nak jumpa kakak, terutama si Umar Zikri yang dok membilang hari nak jumpa kakak.

Hari ni sebenarnya banyak urusan juga, ermmm..urusan apa tu, macam konfidensyel sangat yek, takdelah..urusan surirumah ler, apa lagi..rumah kena clear sebelum balik, kalau tak semut datang buat highway plak dalam rumah, semut dari rumah kosong sebelah punya sebelah, rumah saya nombor tiga dari tepi, rumah tu corner lot, terbiar lama..takdelah menyeramkan pun, cuma menyakitkan hati sebab semut yang suka sangat berhijrah ke rumah saya, kalau rumah tak di'clear'kan betul-betul, alamaknya, balik dari kampung je saya kena berperang dengan semut plak.

Semalam,majlis berbuak puasa di syarikat tempatku bekerja GISB, dapatla hamper..tapi belum sampai rumah dah terbarai dikerjakan deka anak-anak yang excited tengok besarnya hamper tu.
Apa-apapun di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil fitri, maaf zahir batin buat semua teman alamaya saya dan sesiapa saja yang sudi singgah di sini, maafkan sekiranya ada apa yang saya coretkan di sini secara tak sedar menyentuh peribadi teman semua, saya doakan semoga teman semua beroleh rahmat dan kasih sayang serta keampunan dari Allah swt walau di mana jua kita berada, doakan saya juga..doa ihklas dari seseorang kepada seseorang sangatlah didengar Allah sebenarnya..
Rumah arwah ma, tingkap yang tertutup tu bahagian ma saya, rumah ni dibahagi 3 beradik
antara ma dan dua orang makcik saya, bila saya balik barulah tingkap dan segala debu sawang saya bersihkan, rasa sayu dan rasa arwah ma ada memerhati apa saja yang saya lakukan.


Oh ye..minta maaf sesangat pada kengkawan yea, tak taulah apa masalah tenet ni, kot jem kot, ramai yang guna, ada rumah kengkawan yang saya sampai tak dapat masuk, ada yang dijemput masuk tapi tak dapat nak bagi buah tangan lak ( komen ler ), mudah-mudahan sari dua lagi oklah hendaknya.




.

6 comments:

  1. Moga perjalanan dipermudakanNYA dan moga raya kali lebih bermakna berbanding sebelum ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas doanya, moga aizamia sekeluarga juga beroleh rahmat dan kasih-sayang Allah, amin..:)

      Delete
  2. Selamat hari raya juga bukat kak Zimah..ehh..akak ke..ntah2 sebaya JM je ehehehe
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin walaupun baru kenal JM tergoda untuk terus singgah di blog ni..
    Semoga selamat dalam perjalan pulang ke kampung dan selamat kembali bertugas sepeti biasa aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah yek, kot saya yg kakak kot, ngiiii...:-)
      Salam aidil fitri juga buat JM, mzb moga dikurnia berkat dan rahmat dunia dan akhirat, in shaa Allah, smlm saya try juga nk follow tapi tenet masalah... terimakasih sesangat atas doanya

      Delete
  3. Selamat Hari Raya kak NA..maaf zahir batin kalau ada silap di mana-mana.Sorry tak reply kad raya..huhu. Hati-hati di jalan raya n take care ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea sal, akk sebenarnya dlm perjalanan ni, tak jadi nk balik smlm sbb anak2 masih sekolah, salam aidil fitri juga, nnt jemput ke rumah

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign